Jumaat, 13 April 2012

(13) Gambar Sekitar Majlis Sambutan Hari Jadi Rita Rudaini Ke36

Rita Rudaini meyambut hari jadinya yang ke 36 di Hotel Royale Chulan, 11 April 2012, majlis itu dihadiri oleh 300 orang tetamu yang terdiri daripada rakan artis, peminat Rita Rudaini dan juga pihak media. Majlis harijadi Rita Rudaini bertemakan Luxurious Black. Biarpun Rita bersedih dengan berita kurang baik mengenai perceraiannya dengan Aidil , dia tetap mendapat sokongan kuat dari para peminat dan rakan artis serta keluarganya.
Sambutan hari lahir Rita Rudaini ke 36

Malah, sewaktu meraikan majlis ulang tahunnya, Rita masih mampu tersenyum dan kelihatan ceria melayan para tetamu yang hadir.


Semasa diberi peluang untuk menyampaikan ucapan di hadapan tetamu sempena majlis ulang tahunnya itu, pelakon berkenaan memberitahu ia merupakan kali pertama dia meraikannya secara besar-besaran.


"Sebenarnya bukan senang untuk saya mengumpulkan ahli keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat dan saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bersama anda semua bersama-sama meraikan hari ulang tahun kelahiran saya.
"Apa sahaja dugaan dan cabaran yang melanda terhadap diri saya sekarang, paling penting saya masih mempunyai kedua-dua orang anak yang menjadi kekuatan untuk saya meneruskan kehidupan," ujarnya.


Menurut Rita, selama ini dia tidak pernah meraikan sambutan ulang tahunnya dalam sebuah majlis yang besar serta menganggap ia merupakan hadiah yang paling bermakna buat diri saya.


"Lagipun tujuan saya menganjurkan majlis ini adalah untuk meraikannya bersama rakan-rakan dan peminat yang telah banyak menyokong semenjak saya terbabit dalam industri seni.



 "Saya juga sangat berterima kasih dengan beberapa orang pengarah yang banyak memberi tawaran berlakon serta rakan media yang masih memberi peluang kepada saya, meskipun sebelum ini saya pernah dipulau oleh mereka," ujarnya yang kelihatan cukup jelita dengan kuntuman bunga mawar yang didandan kemas di kepalanya.

Dilihat tenang pada mulanya ketika menjawab setiap soalan daripada para wartawan yang hadir, akhirnya Rita yang mengakui sukar untuk mengalirkan air mata tidak dapat menahan sebak apabila diasak dengan persoalan tentang sensasi rumah tangganya yang tidak pernah surut sehingga akhirnya berpenghujung dengan sebuah penceraian.

Sambutan hari jadi Rita yang dihadiri keluarga terdekat, rakan artis, penerbit drama serta teman media itu dianjurkan sahabat baiknya, Linda dan Diana Rafar yang turut membuat persembahan menghiburkan tetamu yang hadir.

Manakala, suami Diana, pelakon Zamarul Hisyam yang menaja coklat jenamanya untuk majlis itu tidak dapat hadir petang itu.
Hadiah Rita Rudaini dari Peminat








4 ulasan:

ir yien 9897 berkata...

terpaksa tabah kan diri..
biasa lah seorang perempuan..

rita cantik lorh

Tanpa Nama berkata...

Harap Rita tabah mnempuh dugaan ini...

Hudalatip berkata...

Harap Rita sabar dan tabah!

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya perkahwinan yg bahagia memerlukan restu kedua ibubapa..