Jumaat, 6 April 2012

Mohon Faraq Syak Isteri Adalah Lelaki

Ini memang cerita gempak dan memeranjatkan. Rasa simpati ada juga. Hairan, bagaimana sudah setahun berkahwin baru terasa isterinya lelaki. 


Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Sri Wani Choo disyaki seorang lelaki
Curiga dengan status perkahwinan tersebut, Profesor Dr. Bahrom Sanugi, 61, bekas dekan Fakulti Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37. 
 Profesor Dr. Bahrom Sanugi
Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.

Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.

Pasangan itu juga difahamkan sempat mendapatkan sijil nikah palsu di Kedah sejurus mereka berkahwin di Songkhla untuk mengesahkan pernikahan tersebut.

Difahamkan, jabatan agama dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) masih menyiasat mengenai status jantina Sri Wani.

Susulan itu, Bahrom membuat permohonan pada 18 Januari lalu supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya Sri Wani menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk menentukan jantina sebenar Sri Wani.

3 ulasan:

T-ara Arzeillia berkata...

padan muka kau..kawen ngan pondan..hahaha

Tanpa Nama berkata...

Hehehehe dh kn mandrem ngan cik pon! Kahsian dech loe....tu lah gatai na!

Razil Tahir berkata...

gerun plak nak kawen nie...
kang salah orang plak kang.. huuu...