Filem KL Zombie diarahkan oleh Woo Ming Jin dan skripnya masih mengekalkan Adib Zaini yang juga penulis asal novel Zombijaya.
Filem KL Zombie menampilkan bintang popular Zizan Raja Lawak yang memegang watak utama sebagai Nipis serta barisan pelakon baru yang berbakat besar seperti Siti Saleha, Izara Aishah, Faezah Elai, Zain Hamid, Iedil Putra dan Azhan Rani.
Sinopsis Filem KL Zombie
Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?
Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.
5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.
Dijangka ditayangkan pada tahun 2013, filem KL Zombie sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita.
4 ulasan:
SERONOK KE MOVIE NIE?...
assalamualaikum CT....yer la seronok ke filem ni...:)
@Cik Rose Cute
tak tahulah best ke tidak,tunggu ajelah tahun dpn
@maszull
klu ada zizan tu mesti best kot?
Catat Ulasan