Hashim Rejab kembali dengan sebuah lagi filem bergenre komedi seram yang berjudul "Halim Munan".
Filem berkenaan bukanlah jenis seram yang terlalu menakutkan atau terlalu kompleks dari segi jalan cerita. Apa yang cuba diterapkannya adalah elemen kelakar yang menghiburkan, santai dan tidak membuatkan penonton teruja untuk mempertikaikan aspek seram diterapkan.
Sinopsis Filem Halim Munan
Filem ini mengisahkan Halim bin Munan (Fizo Omar) yang seringkali dibuli oleh rakan-rakannya kerana sifat yang lurus dan nama yang dianggap pelik. Malah Halim sendiri turut menganggap dirinya tidak dapat dilihat dan suka menari 'puf' serta berangan menjadi halimunan. Satu hari, Halim telah difitnah oleh orang kampung kerana mengintai Suriyati (Fiza). Untuk membersihkan namanya, Halim sanggup bertemu seorang bomoh bagi merealisasikan hajatnya.
Keasyikan seorang bomoh, Wak Mali melayan irama tiupan seruling kesayangannya di serambi rumah mistik di kelilingi kolam ikan, terhenti seketika. Matanya tiba-tiba menjadi liar.

Sebaik menjawab salam dihulur, wajahnya berkerut-kerut bingung kerana tidak nampak atau melihat sesiapa memberi salam di depannya. Ketika masih tercari-cari dan mengamati dari mana datang suara itu, dia pengsan apabila mendapati suara salam datangnya dari seorang anak muda yang dianggap penduduk kampung banyak memberi masalah.
Halim muncul di depan rumah Wak Mali sebagai ‘halimunan’ selepas mencuri kain kafan di sebuah kubur berhampiran. Belum pun sempat Halim datang menyerahkan separuh kain kafan seperti diminta Wak Mali sebagai syarat ‘minta ilmu’, dia sudah pun bertukar menjadi halimunan.
Bagaimanapun, kain kafan kubur dibawa Halim tidak menepati apa diminta Wak Mali. Halim yang memiliki karakter lurus bendul dan suka berangan menjadi halimunan sejak kecil, bukannya membawa kain kafan wanita mati malam Jumaat seperti diminta, tetapi kain kafan seorang pawang hitam baru meninggal dunia.
Keadaan menyebabkan Halim resah kerana menyedari dirinya tidak lagi dapat dilihat orang lain. Pada masa sama, penduduk yang mencarinya bersama ibunya, melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya bertukar menjadi pocong mengacau ketenteraman selepas insiden mencuri kain kafan di tanah kubur.
Halim Munan adalah filem pertama RR Empire Sdn Bhd yang sebelum ini mengendalikan perniagaan restoran masakan Nigeria di Mantin dan studio ‘jamming’ muzik di Taipan Senawang, Negeri Sembilan.
Penerbitnya, Roslina Rohani, 51, mengharapkan filem sulung diterbitkan berbaloi selepas mengambil keputusan menceburi bidang perfileman yang baru hadir dalam istilah perniagaannya.
“Sudah lama hendak membikin filem, baru sekarang tercapai. Jadi, harapan dan jangkaan diletakkan memang tinggi.
“Keyakinan timbul selepas mendapat kerjasama Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
“Banyak perkara mahu diketengahkan melalui filem terutama idea, mesej dan teknologi baru untuk merancakkan industri.
“Apa saya harap daripada filem ini adalah dapat memberi kepuasan terbaik kepada penonton apabila ditayangkan tidak lama lagi,” katanya.
Filem Halim Munan bakal menemui penonton pada 13 September 2012.
3 ulasan:
It's great, i've read rich knowledge in here
thank,
Hello siti,
Saya dari syarikat RR Empire, tolong kasi email puan.
Salam
Abu Huraira
@Huraira maaf lambat balas.Email saya sitinoorhz@gmail.com
Catat Ulasan