Kontroversi terbaru Shila Amzah mengenai tarian ghairahnya dalam konsert rancangan realiti Mania minggu lalu, menjadi perbualan ramai. Aksi itu menimbulkan rasa kurang senang bagi segelintir pihak yang menyifatkan pelantun lagu Patah Seribu ini semakin berani tanpa memikirkan sensitiviti budaya di sini.
Tidak mudah melatah dengan kontroversi yang melandanya, buah hati aktor Shanaaz Ahmad, menganggap itu semua sebahagian dari lumrah yang harus dilalui semua selebriti. Menurut Shila Amzah, 20, dengan adanya sokongan kedua orang tuanya, dia tidak akan sesekali mudah menyerah kalah.
“Saya tidak terkejut, lagi pun perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua orang tua saya. Bagi mereka perkara itu bukanlah satu masalah yang serius.
“Saya boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan dan saya sudah biasa menari seperti itu. Pada saya ia tidaklah keterlaluan,” katanya yang memilih lagu Kau atau Aku, nyanyian Elyana, dalam konsert Mania yang kelima itu.
“Kini, saya dikritik gara-gara aksi menari saya di konsert Mania minggu lalu, saya harap perkara ini tidak dipanjangkan. Saya tahu, mungkin ramai yang tidak biasa melihat saya begitu, tetapi saya berterima kasih kepada semua yang mengambil berat terhadap perjalanan karier saya hari ini,” katanya tenang.
Shila turut memohon agar isu ini segera dihentikan. Pinta Shila, hati keluarganya harus dijaga.
“Apa yang mereka katakan boleh menyentuh hati dan perasaan orang tua kami. Saya sedar yang mengkritik ini bukan sahaja mereka yang sukakan saya, malah sebaliknya juga.
“Oleh sebab itu, saya menerima apa sahaja yang dikatakan dan mengambilnya sebagai satu iktibar. Walaupun ia negatif, tetapi saya pandangnya dengan cara positif,” katanya.
5 ulasan:
x faham dekat mana yang ghairahnya.. stacy menari sakan atas pentas x ghairah ke?? adehhh x paham
adoyaii,,,,bdo laa spe y ckp dance shila nie agk tak elok bla bla bla..tah pape je,,,bese je tgk???
nie msti owg dengki gan dia,,btw zyra bukak fans shila pon..
takde ghairah mane pun..girang gembira je..cite je lebih...hihi
tak best pon dia nynyi
dunia akhir zaman, pabila artis menjadi pujaan dan para ulama di penjara..
kesian Malaysia.. :(
Catat Ulasan