Isnin, 30 April 2012

Zizan Diserang Keradangan Otot,Hentikan Sementara Aktiviti Seni

Selepas pulih dari demam, batuk dan selesema, pelawak dan pengacara TV, Zizan Razak dilaporkan diserang sakit Acute Myositis (Fatigue) atau keradangan otot di seluruh badannya.


Oleh kerana itu, Zizan kini terpaksa ditahan di wad Hospital Pantai Bangsar untuk menerima rawatan yang lama.


Menurut pengurus peribadinya, Marina Juki menjelaskan doktor menasihatkan agar Zizan mengambil cuti rehat yang panjang supaya derita keletihan otot ini boleh beransur pulih dengan cepat.


"Syukur Alhamdulillah, keadaan Zizan tidak terlalu kritikal. Namun, dia masih perlu berehat sepenuhnya dan terpaksa membatalkan segala penggambaran termasuklah penglibatannya untuk program Melodi dan Super Spontan.

Zizan di hopital Pantai Bangsar
 "Zizan telah dikejarkan ke hospital kira-kira jam 1.30 pagi selepas dia mengadu sakit teruk dibahagian belakang badannya. Waktu itu, dia sebenarnya dalam perjalanan ke Ipoh untuk menjayakan siaran live Melodi di Jom Heboh di Ipoh, Perak..

"Setelah sampai di hospital, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah itu, doktor sahkan Zizan mengalami keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikan tenaga dan pulih sepenuhnya. Jadi, doktor telah menahannya di wad bagi menerima rawatan selain berehat dengan rapi tanpa gangguan selama lebih kurang dua minggu.

"Doktor memberitahu, punca Zizan alami sakit ini disebabkan dia terlalu banyak bekerja dan kurang berehat. Malah, Zizan juga terlalu banyak menjalankan aktiviti lasak yang mana Zizan perlu melakonkan beberapa aksi ganas dalam filem terbarunya. Ia juga berpunca dari tekanan kerja dan masalah yang terlalu banyak," katanya.

Dalam pada itu, Marina memberitahu setakat ini, pihak pengurusan terpaksa membatalkan sementara waktu segala aktiviti Zizan.Bagaimanapun, status Zizan menerusi program Super Spontan masih lagi tergantung. Seandainya Zizan cepat pulih, dia akan menyertai program ini pada minggu ke enam nanti.

"Zizan amat berterima kasih kepada penyokong dan sahabat yang mendoakan Zizan di twitter dan Facebook. ZIzan sendiri tidak menyangka di tahan di wad untuk beberapa hari. Dia akan kembali aktif selepas pulih sepenuhnya.

"Sebenarnya, ZIzan sedang sibuk menjalani penggambaran filem Tokan. Pun begitu, dia terpaksa berehat dan menghabiskan baki babak yang tinggal lebih kurang tujuh atau lapan hari lagi setelah sembuh nanti. Mengenai keputusan menyertai Super Spontan, ia tertakluk kepada keputusan sepenuhnya dari pihak doktor esok.," jelas Marina.


5 ulasan:

Hudalatip berkata...

memang kesian.kena kurangkan aktiviti dulu la, tapi dah nama pun popular kan.

mujagirl92 berkata...

sedeynya,, uwaaaaaa

maszull berkata...

assalamualaikum CT...alahai kesian nyer zizan moga beliau cpt2 sembuh yer...:)

Razf berkata...

semoga cepat sembuh zizan ku sayang

skuterlady.blogspot.my berkata...

no wonderlah masa super sontan last week dia nampak tak berapa ceria compare ngan minggu2 sebelumnya... air muka dia no happy sangat that week..ingatkan kenapa.. kesian...

memang patutlah dia berehat...

http://skuterlady.blogspot.com/