Rabu, 16 Mei 2012

Fenomena Transit Zuhrah Pada 6 Jun 2012

Transit Zuhrah adalah fenomena astronomi di mana planet Zuhrah akan melintas di antara matahari dan bumi dan ia dapat dilihat pada permukaan matahari. 


Semasa transit, planet Zuhrah akan kelihatan seperti satu tompok kecil berwarna hitam melintasi hadapan permukaan matahari menerusi penggunaan penuras matahari. 

Di Malaysia, ia akan mula kelihatan ketika matahari terbit pada jam 6:09 pagi, pada 6 Jun 2012, akan berakhir jam 12:50 tengah hari.

Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada 8 Jun 2004 dan transit seterusnya akan berlaku pada tahun 2117.

Planet Zuhrah adalah planet kedua dari matahari dalam sistem suria kita.

Zuhrah adalah planet paling panas dan dikenali sebagai bintang pagi atau bintang petang kerana ia boleh dilihat sangat terang tidak kira pada waktu subuh atau senja.

Zuhrah juga merupakan sebuah planet yang paling menyerupai bumi dari segi saiz dan jisim berbanding dengan planet-planet lain.

Penduduk di Sabah dapat menyaksikan keseluruhan fasa transit zuhrah berlaku kerana matahari telah terbit sebelum transit bermula manakala penduduk di semenanjung dan Sarawak dapat menyaksikan transit Zuhrah apabila matahari terbit.
GAMBAR Zuhrah (bintik hitam) melintasi matahari pada tahun 2004
Gambar Dan Live Streaming Video Transit Zuhrah 6 Jun 2012

4 ulasan:

alin berkata...

Menarik!! salam kenal..

http://alindanblog.blogspot.com/

maszull berkata...

assalamualaikum CT...wah !! info yg menarik ni nak tengok la kalau nampak...:)

Unknown berkata...

wah ! menarikkk.. ~!! =)

Tanpa Nama berkata...

@maszullPrint keluar page contest ini dan dapatkan diskaun 5% untuk tiket Maher Zain "Forgive Me" Live Di Malaysia. Kecuali tiket VIP. Dapatkan segera, jikalau anda kreatif mungkin anda boleh memenangi 10 tiket masuk PERCUMA ke konsert peminat anda. LIVE. Layari laman ini dan cetak keluar untuk dapatkan 5% diskaun, jualan sehingga hari konsert pada 16hb Jun 2012 di Stadium Merdeka http://www.newskaki.com/maher-zain-concert.