Rabu, 2 Mei 2012

Gambar-Banjir di Lembah Klang 2 Mei 2012 & Amaran hujan Lebat Peringkat Jingga Dikeluarkan

Hujan lebat lebih daripada sejam melanda Lembah Klang menyebabkan tiga kawasan termasuk Ampang, Kajang dan Cheras dilanda banjir kilat dengan dua insiden pokok tumbang, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata hujan lebat sejak 1 tengah hari di Kajang telah menyebabkan air naik mendadak kira-kira satu meter disebabkan longkang tersumbat, dan menjejaskan pekan itu seketika.

Dua jentera dari balai Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan menyelamat mangsa banjir, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada jam 4 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan turun renyai-renyai," katanya.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan pula berkata banjir kilat turut melanda kawasan berhampiran Balai Polis Salak Selatan, Cheras pada 2 petang tadi, dengan air naik kira-kira 1.5 meter.

Katanya memandangkan hujan masih lagi lebat dijangka air akan lambat surut.

"Kami telah menghantar dua jentera 14 anggota untuk memantau keadaan banjir di sana serta membuat tugasan menyelamat," katanya.


 banjir kilat di Pekan Salak Selatan lama
 Jalan Kuching banjir
Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat peringkat jingga di Kuala Lumpur dan Selangor, yang dijangka berterusan sehingga petang ini.

Dalam kenyataannya, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan yang terlibat di Selangor ialah daerah Petaling, Kuala Langat, Gombak, Hulu Langat, Sepang dan Klang.

Amaran yang sama dikeluarkan di beberapa tempat di Kedah (daerah Kulim dan Bandar Baharu), Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak dan Batang Padang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Jempol), Johor (Segamat, Kluang dan Mersing), Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Rompin, Pekan dan Kuantan), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).

Turut menghadapi keadaan yang sama ialah Sarawak di bahagian Mukah (daerah Mukah) dan Sibu (Selangau), yang dijangka hujan lebat berterusan sehingga lewat petang.

Keadaan cuaca yang sama juga dijangka berlaku di Pahang (daerah Temerloh dan Bera), Terengganu (Setiu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Sarawak (bahagian Limbang, Miri dan Bintulu).

Keadaan ini mungkin menyebabkan angin kencang dan banjir kilat.
Pekan Salak Selatan lama banjir
Pekan Salak Selatan lama banjir 2 Mei 2012

 Perkim , Jalan Ipoh banjir 2 mei 2012
Kajang banjir 2 mei 2012
Sg Gombak banjir 2 mei 2012
 Celcom, Jalan Tun Razak banjir 2 mei 2012
 Gambar dari  melvister.com

1 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Setiap kali hujan di sini,pasti banjir.Harap penduduk yang berada dilokasi rendah lebih berhati-hati di masa akan datang.