Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.
Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.
Gambar seksi Fasha Sandha di Pulau Redang berhoneymoon |
“Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.
Fasha dan Jejai menetap di The Taaras Beach & Spa Resort yang merupakan penerima Star Diamond Award 2012 selama mereka berbulan madu di Pulau Redang tersebut.
Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.(Gambar akan diupdate lagi)
1 ulasan:
Contoh yg baik.Utamakn negara sendiri.
Catat Ulasan