Tegas Nora, dakwaan itu tidak masuk akal memandangkan antara dia dan Adi memang tiada hubungan istimewa.
"Saya dan Adi hanya berhubung ketika kerja. Selepas waktu kerja, kami tidak pernah keluar bersama. Sepanjang mengenali Adi, kami juga tidak pernah berkongsi kisah peribadi.
"Adi sendiri tidak suka menceritakan masalah rumah tangganya kepada saya," jelas Nora ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Gambar mesra Nora Danish & Adi Putra dalam filem Aku Terima Nikahnya |
Akhbar sebelum ini melaporkan Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 31, telah memfailkan permohonan cerai terhadap Aida di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu iaitu dua hari selepas beliau pulang daripada menunaikan umrah.
Adi dan Nora sama-sama menunaikan umrah kerana kedua-duanya merupakan duta kepada sebuah syarikat yang menawarkan pakej umrah.Khabar angin itu diperkuatkan dengan tersebarnya gambar-gambar Nora dan Adi sepanjang mereka mengikuti rombongan umrah pada 27 April hingga 8 Mei lalu.
Nora turut menyatakan perasaan terkejut dengan tindakan Adi itu kerana aktor kacak tersebut dikatakan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi masalah rumah tangga semasa mereka berada di Mekah dan Madinah.
Siapa sangka, impian pasangan yang selama ini mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga itu bakal bertemu penamat yang menyedihkan.
3 ulasan:
hanya die yg tahu betul @ tidak....
no comment ..haha
dugaan..kalau hati tak kuat nak hadap dugaan rumah tangga...gitu la..aii.. macam2..
terima kasih kerana berkunjung di blog saya..;-)
Catat Ulasan