Jumaat, 18 Mei 2012

Penyanyi Yuna Rugi RM5,000 Dan Hilang Gitar Kereta DiPecah Masuk Perompak

Penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna mengalami kerugian lebih RM5,000 selepas keretanya dipecah masuk di Subang Jaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, penjenayah melarikan set radio kereta dan dua gitar termasuk milik penyanyi baru yang juga anak didiknya, Diandra Arjunaidi.
kereta Yuna dipecah masuk
Kereta penyanyi terbabit sebelum itu digunakan seorang rakannya, pemain gitar kumpulan muzik yang sering mengiringi persembahannya dikenali sebagai Farhan Fadzlishah atau Pa'an, 26, untuk pulang ke Subang Jaya pada jam 7 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan, Tan Ah Chuan, ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat.

“Bapa Pa’an terjaga jam 5.30 pagi selepas terdengar bunyi bising di bahagian garaj kereta.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.


3 ulasan:

Unknown berkata...

Kecian Yuna

maszull berkata...

assalamualaikum CT....kesian yuna...:)

P43H berkata...

budaj sekarang da xde kerja lainker


Keter hensem dan jimat minyak