Khamis, 14 Jun 2012

Komen Anzalna Bakal Disaman Neelofa-Tidak Takut, Sedia Bersemuka

Pelakon drama bersiri Indera Joned, Nur Anzalna Nasir akan memikirkan jalan terbaik untuk menyelesaikan kontroversi antara dia dan Neelofa dalam tempoh tujuh hari ini.


Bagaimanapun, katanya, dia belum menerima sebarang notis tuntutan penjelasan daripada pihak Neelofa.



Mengakui tidak takut dengan sebarang tindakan yang bakal diambil terhadapnya, Anzalna turut menegaskan, dia bersedia bersemuka dengan pelakon dan pengacara itu.

Anzalna dituduh memfitnah Neelofa

"Benda ini perkara kecil sahaja. Boleh dibawa berbincang. Tak perlulah nak saman menyaman.


"Saya hairan juga kenapa saya seorang yang ingin disaman. Kenapa tak saman akhbar yang terbitkan cerita itu sekali?" katanya ketika dihubungi  www.utusan.com.my di sini hari ini.



Neelofa hari ini memberikan tempoh selama tujuh hari kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Neelofa bakal saman Anzalna
Pelakon dan pengacara popular, Nur Neelofa Mohd. Nor, 23, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Nur Anzalna Nasir, 24, kerana didakwa telah memburukkan nama dan reputasinya.

Justeru Neelofa berkata, pihaknya memberikan tempoh selama tujuh hari berkuat kuasa hari ini kepada pelakon tersebut untuk tampil dengan penjelasan dan bukti terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

"Sekiranya dia tidak berbuat demikian, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kontroversi kedua-dua pelakon itu tercetus apabila Anzalna mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa kononnya pelakon dan pengacara Nona itu telah memfitnah dirinya....
Neelofa di sidang media 13 Jun 2012

2 ulasan:

MalizaMah berkata...

macam2 citer nyer.

nurmisnan berkata...

Perkara boleh dibawa bincang, tak perlu saman menyaman untuk meraih perhatian umum. Nak bercakap pun kena hati2...