Isnin, 24 September 2012

Adegan Cerai Vanida Dan Rashidi Dalam Filem Untuk Tiga Hari Mufti Nasihat Rujuk

Pasangan pelakon Rashidi Ishak dan Vanidah Imran (Vee) digesa segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi terhadap Vanidah dalam filem Untuk Tiga Hari.
Filem Untuk Tiga Hari
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Rashidi Ishak & Vanidah Imran supaya segera merujuk kepada jabatan agama Islam berikutan dialog dalam filem Untuk Tiga Hari.

Beliau turut berkata yang lafaz cerai yang diungkapkan Rashidi Ishak sewaktu melakonkan watak Zafrin menyebabkan status perkahwinan mereka sejak tahun 2000 tidak sah di sisi agama.
Adegan dalam Filem Untuk Tiga Hari mengundang kontroversi untuk Vanida dan Rashidi
“Ia umpama menjadikan sesebuah perkahwinan itu sebuah permainan seperti kahwin muta’ah. Justeru, saya menasihatkan kedua-dua mereka merujuk kepada jabatan agama Islam dengan segera,” ujar Tan Sri Harussani Zakaria.Utusan Malaysia

Adegan majlis perkahwinan dalam filem untuk tiga hari

2 ulasan:

Hudalatip berkata...

UHH, Better rujuk pejabat agama..

Secret Garden berkata...

err... tak sangka dalam lakonan pun boleh betul! BALA!.. rasanya memang patut wat rujukan dulu~