Khamis, 20 September 2012

Hubungan Yuna Dan Qi Putus-Single But Not Available

Teka teki hubungan cinta antara mereka berdua kini akhirnya terlerai juga apabila Yuna sendiri mengakui yang ikatan cinta antara mereka sudah tidak seperti dahulu.

Yuna dan Qi putus
Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau Yuna hari ini mengakui hubungan dengan pengacara dan pelakon Qushairi Razali atau Qi kini tidak seperti dahulu. Menurut Yuna dalam kenyataan terbaru kepada GUA hari ini, dia dan Qi mengambil kata sepakat untuk tidak terikat dengan sebarang komitmen bagi menumpukan perhatian kepada karier masing-masing.

“Saya akui sekarang ini we are taking a break from our relationship. Keputusan ini kami buat kerana mahu memberi tumpuan kepada karier masing-masing. Lagipun susah, sebab saya di sana (Amerika Syarikat) dan dia di sini. Saya hormati kemahuan dia, dan dia juga hormati kemahuan saya. Kami saling memahami dan percaya keputusan ini memberi ruang kepada kami untuk melakukan perkara yang sepatutnya. Bagaimanapun, kami masih berkawan dan ada hubungan yang baik seperti dahulu. Saya pun baru sahaja lepak dengan Qi dua tiga hari lalu” ujar Yuna menjawab spekulasi yang mendakwa pasangan ini sudah putus cinta.

Dalam masa yang sama, Yuna juga mengakui jarak yang memisahkannya mereka adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada perpisahan mereka.

“Saya mula rasa susah untuk teruskan hubungan kami sejak akhir-akhir ini. Jarak jauh memang menyulitkan untuk kami saling berhubungan. Jadi, adalah lebih baik kami beri ruang kepada diri masing-masing. Lebih baik tidak ada sebarang komitmen di antara kami. Qi boleh mencari teman wanita lain jika dia mahukan begitu. Sama juga seperti saya. Tetapi saya lebih suka mengatakan status saya kini single but not available. Not available kerana saya terikat dengan kerja. Saya tidak punya masa untuk memikirkan soal cinta buat masa ini. Keutamaan saya adalah pada kerja,” ujar Yuna lagi.

Sebelum mengakhiri perbualan, Yuna sempat berpesan kepada peminat supaya mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan juga Qi.

“Saya tahu ramai yang inginkan hubungan kami berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Jadi, doakanlah yang terbaik untuk kami. Tetapi apa yang boleh saya katakan, kalau ada jodoh, adalah. Kami tidak boleh gembirakan semua orang. Sebaliknya, kami juga perlu gembirakan diri sendiri,” ulas Yuna.

3 ulasan:

a.R berkata...

(=

Irfa berkata...

takpelah dik,ada jodoh tak kemana
muda lagi..

Kak Mahh berkata...

Insyaallah jika jodoh mereka pasti mereka bertaut kembali.