“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara 'face to face' untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina mengulas tentang isu kahwin lari yang dihadapinya ketika ini.
Fazurina dan Hykal Zulkifli kawin lari |
Dalam masa yang sama, Fazurina mengakui yang dia dan suami Hykal Zulkifli berasa agak terkejut dengan kontroversi yang menimpa mereka. Jelas pelakon ini, kalau boleh dia tidak mahu memperbesarkan isu ini, namun akur dengan keadaan.
“Kalau boleh Rina tidak mahu memperbesarkan isu ini. Sebab kalau ikutkan, tiada sebarang isu pun. Tapi kalau pihak media menuntut penjelasan daripada Rina dan suami, Rina tidak ada masalah untuk berbuat demikian. Rina akan buat sidang media dalam waktu terdekat untuk jelaskan semuanya. Mungkin dalam bulan ini juga. Rina akan maklumkan kemudian nanti,” ujar Fazurina lagi.
Sementara itu, Fazurina juga sempat memohon maaf kepada pihak media kerana tidak menghantar jemputan bagi menghadiri majlis pernikahannya pada Khamis lalu. Bagaimanapun, Fazurina berjanji akan menjemput pihak media untuk menghadiri majlis resepsi perkahwinannya pada 9 Februari hadapan.
“Lokasi belum boleh dimaklumkan lagi sebab tak tahu hendak buat di mana. Namun yang pasti, Rina akan buat di Pulau Pinang sebab Hykal orang sini dan sanak-saudara Rina juga ramai di sini,” ujar Fazurina yang masih berada di Pulau Pinang.
Bercerita sedikit tentang jejaka pilihannya itu, Fazurina memberitahu Hykal merupakan rakan perniagaanya sebelum ini. Selain itu, Hykal juga terlibat dengan kerja-kerja pembinaan.
“Hykal bukan pengurus Rina, sebaliknya dia adalah rakan perniagaan untuk produksi yang Rina miliki. Selain itu, Hykal juga mempunyai perniagaan dalam kerja-kerja pembinaan,” ujar Rina.
Ketika dihubungi sebentar tadi, suara Fazurina kedengaran gembira walaupun sedang diasak dengan kontroversi. Jelas Fazurina, dia gembira dengan perkahwinannya itu. Buat masa ini mereka belum merancang tentang destinasi bulan madu. Sebaliknya mengambil kesempatan bercuti di Pulau Pinang dengan menziarahi sanak-saudara di sana.Info dari gua.com
2 ulasan:
teringin nk tahu Pasal dia artis ni.skg da tahu.huhuhu.thanks
Lama dah tak tengok lakonannya,rupanya sibuk berniaga...Bagus!
Catat Ulasan