Siapa tak suka kalau dapat cek kan. Hendaknya kalau dapat RM ribu-ribu. Setelah hampir 3 tahun jadi blogger,ini lah pertama kali dapat cek dari Nuffnang banyak dari biasa. Al kisahnya dalam pertengahan tahun lalu Ct perasan dapat banyak CPUV campaign berlumba-lumba masuk. Tak tahu lah kenapa jadi macam tu,mungkin sebelum ni pernah dapat sponsor post, lepas tu barulah pihak Nuffnang ni perasaan kewujudan blog ct N honey ni kot,tu yang dibaginya CPUV campaign banyak-banyak......
Berbalik kisah cek dari Nuffnang tadi. Lama juga nak kumpulkan sehingga rm1000. Rasanya lepas dapat sponsor post masa hari raya puasa tahun lepas. Ingatkan dapat cepat,tapi kena tunggu dalam 3 bulan juga baru boleh cash out. Dapatlah dalam rm600++ . Bila dah tengok banyak duit dalam akaun campur dengan CPUV dan CPC campaign sayang pula nak keluarkan.
|
Cek ke lima dari Nuffnang |
Memandangkan sekarang ini buat bisnes online,mestilah perlukan modal. Dengan berat hati bercampur suka cash out kan lah duit dalam akaun Nuffnang. Bila dah terima cek semangat berkobar-kobar pula nak menghabiskannya.
Alhamdulillah bisnes online Ct nampaknya berjalan dengan lancar. Ct mengeluarkan product handmade berjenama Handmade ct N honey. Productnya seperti Handbag,Sling bag,pencil case,Cosmetic bag dan juga product dari felt.
|
Koleksi terbaru Handmade Cotton Bag ct H honey |
|
Koleksi Mini Travel Bag ct N honey |
|
Koleksi Clutch/Purse ct N honey |
|
Cosmetic bag/ Pencil case Handmade ct N honey |
Jadi duit Nuffnang tu beli material seperti kain dan alat-alat jahitan untuk membuat beg. Bagi yang berminat hendak memiliki corak dan warna kain-kain dari koleksi Handmade ct N honey boleh juga berhubung dengan Ct melalui page
Handmade Bag/Craft ctNHoney
Bagi mereka yang berminat untuk melihat product handmade ct N honey bolehlah ke
Handmade Bag/Craft ctNHoney untuk mendapatkan detail & harga product. Terima kasih kerana menyokong product Handmade.
16 ulasan:
waaa.. rezki2 tu.. :)
rezki tu..moga terus success dear
Rezeki tu. Takpernah lagi dapat sponsored post dan juga CPUV. =(
@Syuhada Salleh boleh lah ke page untuk melihat lagi corak lain
@Qashmere mudah2 nanti dpt
@ct cheery terima kasih
@Rina Ellisa terima kasih
Wah...banyaknya. Tahniah. Cantik2 koleksi tu.
@Fiza Rahmanterima kasih silalah kepage klu nak tgk lagi koleksi
https://www.facebook.com/HandmadeBagCraftctNHoney
Ct.tahniah dan slamat maju jaya
@SueZ
terima kasih,su pun sama gak kan biz women
tahniah
Tahniah. Lumayan sungguh jumlah tu. kena gigih lagi ni berblog.
tahniah...dulu kami ada juga buat advertisement, lastly malas nak update punya pasal...terus kami delete je semua ads dalam blog kami..huhu
Nak tanya jap...maksud adik sponsor post tu apa...?
fida z ein
sponsor post pihak nuffnang sendiri yg akan bagi kita buat/review iklan. klu dpt offer tu rezeki lah...
Catat Ulasan