“Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi esok (hari ini),” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.
“Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court,” katanya.
Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.
“Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini,” katanya.
1 ulasan:
skrg mmg musim batu karang la gamaknya.. ramai betui dengar sane sini kene batu karang
Catat Ulasan