Jumaat, 14 November 2014

Tahniah! MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KURSUS MASAKAN & JAHITAN anjuran MAINS & MANGKUKTINGKAT.COM.

Selasa 11hb November 2014.
Menghadirkan diri ke majlis pemyampaian sijil kursus insentif  Mangkuk Tingkat Dot Com anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Sangat-sangat berbangga dapat menghabiskan modul kursus selama 1 bulan.


Kursus dari Mangkuk Tingkat Dot Com anjuran MAINS ini sudah bermula pada awal Januari yang lalu. Ada 2 kursus yang disediakan iaitu Kursus jahitan dan masakan. Kursus ini diadakan adalah untuk membantu terutama Ibu tunggal, Asnaf, siswazah mengangur,lepasan sekolah dan mereka yang berpendapatan rendah supaya dapat memajukan diri dan menaik tarafkan kehidupan mereka.



Saya adalah peserta kursus Jahitan dari kumpulan ke-3. Setiap bulan seramai 10 orang akan dipilih dan menghabiskan kursus selama sebulan.

Modul
Baju kurung
Baju kurung moden
Baju kebaya
Jubah
Tudung
Langsir
Asas perniagaan.

Untuk peserta kursus masakan 
Modul masakan
1- Frozen
2 - Donut
3 - Nasi Arab
4 - Bun
5 - Cookies
6 - Coklat
7 - Chicken Chop
8 - Cakoi
9 - Kek
10 - Pes
11 - Kek Deco

Kursus insentif Jahitan dan masakan Mangkuk Tingkat Dot Com anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dijalankan di pusat Latihan Asnaf ,Bentaria Ampangan.

Seramai 210 peserta Kursus jahitan dan masakan dari Mangkuk Tingkat Dot Com anjuran MAINS menerima sijil masing-masing sebagai tanda dapat menamatkan kursus dengan jayanya yang bertempat di Hotel Palm Mall Seremban.
Para peserta telah dihidangkan dengan perkongsian ilmu dan pengalaman usahawan yang kini berjaya dipersada perniagaan iaitu, Pengasas B'zura Skin Care, Puan Azura bte Baharudin dan Pengarah Eksekutif Solizha World Sdn Bhd, Puan Soliha bte Ahmad.

Yang paling istimewa pada majlis ini adalah apabila semua peserta kursus jahitan dan masakan mendapat ucapan tahniah dari Dato Siti Nurhaliza melalui video. Dato Siti Nurhaliza juga telah menyumbangkan beberapa produk jenama Simplysiti sebagai hadiah untuk peserta kursus.


Di majlis pemyampaian sijil kursus insentif  Mangkuk Tingkat Dot Com anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) itu juga dipamerkan hasil jahitan dan masakan dari peserta-peserta kursus.

Termasuklah hasil jahitan beg dari saya Untuk info modul jahitan beg tidak ada dalam kursus ya. Tapi kita digalakan menuntut ilmu, walaupun tidak serius untuk mengambil tempahan jahitan baju,tapi boleh lah untuk jahit baju sendiri dan saudara mara.

Majlis penutup penyampaian sijil itu telah disempurnakan oleh Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran bin Kamarudin. Turut hadir, Pengurus Mangkuk Tingkat Dot Com, Encik Khairul Anwar serta Pengurus Baitulmal Negeri, Ustaz Zainal bin Said.


Diharapkan melalui program ini seramai 210 peserta telah berjaya mengubah diri dan kehidupan ke arah lebih baik dengan memiliki kemahiran dan pengalaman menimba ilmu dalam bidang memasak dan jahitan   untuk dijadikan sebagai bekalan menjadi seorang usahawan berjaya.

Untuk mendapatkan info mengenai kursus percuma jahitan dan masakan ini boleh ke web  http://www.mangkuktingkat.com/07/

Untuk mengetahui info-info terkini kursus yang dianjurkan oleh Mangkuk Tingkat Dot Com  boleh ke FB https://www.facebook.com/mangkuk.tingkat.5?fref=ts

KURSUS MASAKAN & JAHITAN : Khas buat warga negeri Sembilan yang terdiri dari Ibu tunggal, Asnaf, siswazah mengangur,lepasan sekolah dan mereka yang berpendapatan rendah,  mangkuk tingkat dot.com bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan menjalankan KURSUS MASAKAN & JAHITAN secara percuma. Jika berminat sila hubungi Chef Azlan 016 4344408 (Masakan) atau Cikgu Su 016 2092316 (Jahitan)


Terima kasih kepada Mangkuk Tingkat Dot Com dan Mains,juga tenaga pengajar khususnya Cikgu Su yang memberi peluang kepada saya untuk menambahkan ilmu, semoga usaha yang murni ini akan dapat diteruskan dan dapat membantu kepada sesiapa yang memerlukan.


Tiada ulasan: