Jumaat, 2 Disember 2016

Material Dan Aksesori Beg Terbaru (Handmade Bag)

Walaupun sekarang sibuk dengan kedai kecil online saya yang menjual material dan aksesori beg, selalunya kalau sudah lebih seminggu tidak memegang mesin jahit mulalah rasa boring sangat. Memandangkan material yang sedang hangat sekarang sudah sampai samplenya, apa tunggu lagi...merempitlah....


Material PU leather bercorak cork ini..memang sedang hangat bagi pembuat handmade beg,terutama minah-minah orang putih. Sebenarnya ada bermacam-macam warna, tapi buat masa ini supplier saya hanya ada warna natural (seperti dalam gambar)
Untuk percubaan saya hanya membuat sling beg yang simple ditambah dengan aksesori ringkas. Saiz sling beg ini pun comel sangat sesuai untuk remaja ataupun yang mahu membawa barangan penting sahaja.
Untuk yang berminat untuk membeli material dan aksesori beg boleh lah ke page saya  https://www.facebook.com/heavycottononline/

Tiada ulasan: