Selasa, 29 Januari 2019

Hobi Menjahit Beg

Setiap wanita suka beg yang cantik-cantik, betul? Selalunya setiap beg itu ada kegunaannya sendiri.Ada yang boleh diisi dengan lampin dan mainan apabila anda ada anak kecil, atau beg yang boleh diisi dengan komputer riba,buku apabila anda pergi ke tempat kerja atau sekolah.


Atau kadang-kadang dalam kes saya, walaupun tiada anak kecil masih tetap membawa beg bersaiz besar. Ada masa bukan semua barang peribadi sendiri tetapi barang suami dan anak-anak juga.

Beg adalah salah satu perkara yang paling saya suka untuk jahit. Bila dapat hasilkan handmade bag sendiri ini ada satu perasaan bangga dan puas hati dalam diri.
Jika anda tidak tahu bagaimana untuk menjahit beg, ada banyak tempat yang membuat kelas menjahit beg, dan juga kelas online. Boleh beli pola dan kelas online di https://www.bebagmaker.com/collections/sewing-pattern


Jika beg yang simple tapi dihias dengan aksesori yang sesuai, hasilnya lebih nampak cantik dan pasti mereka yang melihat akan terperanjat sebenarnya beg itu adalah hasil yang kita jahit sendiri. Banggakan...

Jika anda ada banyak masa terluang boleh lah cuba hobi baru ini, tak rugi jika kita menambah ilmu. Mungkin satu hari nanti dari hobi boleh menjana pendapatan sampingan. ..best kan...

2 ulasan:

الرحمه للتنظيف berkata...


شركة تنظيف كنب بالجبيل
شركة تنظيف مجالس بالجبيل
شركة تنظيف بالجبيل
شركة تنظيف خزانات بالجبيل

الرحمه للتنظيف berkata...


افضل خدمات التنظيف بالدمام تجدونها مع شركة تنظيف مسابح بالاحساء شركة المثالية للتنظيف المتفوقة والمتقدمة دائما لانجتزتها وخبرتها الكبيرة التي قدمتها لعملائها بالجودة والمواصفات القياسية بالاسعار المناسبة والجودة العالية بخصومات تصل الي 50% مع الضمان للجودة

شركة تنظيف مسابح بالدمام

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/