Memaparkan catatan dengan label handbag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label handbag. Papar semua catatan

Ahad, 13 September 2015

Beg Buatan Tangan Bermotif Rare

Beg buatan tangan black alphabet motif
Selamat berhujung minggu kepada pengunjung blog ct N honey. Terima kasih kerana masih menyokong dan meminati handmade bag saya. Bagi yang pertama kali bertandang ke sini untuk pengetahuan semua saya telah mengadakan GIVEAWAY HANDMADE BAG dan hadiahnya adalah beg yang berwarna biru corak kipas tu (handbag japanese motif). Best kan. Kalau berminat kena cepatlah sebab tarikh tutupnya 14hb sept 2015 tepat pukul 12.00 tmlm.

Sabtu, 12 September 2015

Giveaway Handmade Bag

Bulan ni,dapat tempahan saiz besar-besar saja. Jadi kena kuatkan semangat dan banyak-banyaklah bersabar dari part mengiron hinggalah menjahitnya.


Jumaat, 31 Julai 2015

Tote Bag Handmade ct N honey

 Tote bag meow lagi. Kali ini warna babyblue.Comell...sesangat.Tak lah lama nak siapkannya.

Khamis, 16 Julai 2015

Handbag Hari Raya

 SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pelanggan handmade bag ct N honey,juga kepada pengunjung blog ini.

Sabtu, 4 Julai 2015

Beg Sedondon Untuk Ibu Dan Anak

Happy Family. Keluarga si Meow
 Ada seminggu lagi nak siapkan tempahan pelanggan. Dalam pada nak siapkan tempahan sambil tu sempat juga buat untuk readystock.

Khamis, 25 Jun 2015

Eyelet Bag Handmade ct N honey

 Kadang-kadang boring pula bila buat photoshoot dalam rumah saja,dan latarbelakangnya warna putih.Hari ini terlebih rajin,pagi-pagi lagi angkat kayu pallet buat studio..hi..hi...kelakar pula

Khamis, 16 April 2015

Koleksi Tempahan Handmade Bag ct N honey 2015

shoulder bag vintage rose
Ini lah koleksi handmade bag ct N honey yang saya siapkan dalam masa 2 minggu. Terima kasih kepada pelanggan yang menyokong saya dan sabar menunggu tempahan siap.

Selasa, 24 Mac 2015

Koleksi Tempahan Handbag Handmade ct N honey

handbag vintage rose pink  dan vintage rose terqouise
 Lega....Siap tempahan untuk minggu ini.Memang paksa diri untuk siapkan juga. Ada 3-4 tempahan lagi untuk bulan Mac yang perlu diselesaikan.

Jumaat, 13 Mac 2015

Elly Handbag Baby Pink Colour

Elly Bag. Corak ini memang ramai peminatnya. Terutama corak vintage rose. Banyak juga saya dah re stock kainnya.

Selasa, 27 Januari 2015

Elly Handbag 2015

 Kali ini nak share dengan peminat handmade ct N honey 2 biji Elly Handbag untuk tahun 2015. Part yang susah ialah nak pasang handle.

Selasa, 9 Disember 2014

Vintage Paris Handbag

 Kali ini handbag handmade ct N honey gabungan kain linen cotton bercorak Eiffel Tower berwarna hijau dan purple polka dot. Kalau diikutkan warna tu macam tak kena.

Sweet Purple Floral Handbag

 Siap sudah handbag tempahan pelanggan untuk kali ini.Comel-comel gitu. Suka pula tengok corak dan gabungan warna bila dah siap. Pandai pelanggan saya ni pilih corak.

Ahad, 7 Disember 2014

Giraffe Handbag Handmade ct N honey


 Ini gambar handbag bercorak giraffe pula. Terus terang, mula-mula pelanggan memilih corak giraffe ini untuk dijadikan handbag saya ragu-ragu juga. Ok ke kalau guna corak ni. Tapi ini citarasa pelanggan tak bolehlah nak bantah.

Handbag Collection Handmade ct N honey

Tempahan yang baru siap hari ini. Handbag sama pattern cuma corak yang berlainan. Satu menggunakan corak vintage rose dan satu lagi corak zirafah.Boleh ke link untuk melihat handbag bercorak zirafah.  http://cthoney.blogspot.com/2014/12/giraffe-handbag-handmade-ct-n-honey.html

Sabtu, 8 November 2014

Handmade Fabric Handbag Purse

Hari ni pagi-pagi lagi dah masuk bilik menjahit.Seperti semalam semangat menjahit masih panas lagi. Nak buat beg pattern baru juga hari ini. 

Selasa, 28 Oktober 2014

Latest Handbag Handmade ct N honey

Perkara yang susah nak difikirkan setelah menyiapkan beg. Nak letak nama beg. Nak letak nama orang ke, nama bunga ke. Nak letak nama anak tak boleh pula, semua lelaki, tak sesuai. Kalau ada sesiapa yang sudi beri nama beritahu lah ya. Tapi tak de hadiah lah.


Selasa, 21 Oktober 2014

Handbag Dari Material PU PVC

Ini adalah hasil ke tiga saya menggunakan material PU/PVC. Sebenarnya ini adalah salah satu proses pembelajaran saya menggunakan material tersebut.

Saya masih belum berani lagi untuk mengambil tempahan menggunakan material ini. Banyak cara dan perkara yang perlu di ambil perhatian jika mahu menghasilkan product yang baik jika menggunakan material PU/PVC.

Masalah utama saya sekarang adalah untuk mendapatkan supplier material PU/PVC ini. Kebanyakkan yang dijual secara online adalah nipis dan tidak sesuai rasanya untuk dibuat beg.

Pattern yang saya hasilkan ini agak ringkas dan mudah. Ada 1 poket berzip dan 1 kocek dibahagian dalam beg. Tidak mengguna zip cuma magnetic button sahaja. Disertakan satu set dengan beg kecil untuk menyimpan hp dan barangan kecil. Menggunakan eyelet dan tali PU leather.

Harap lepas ini saya akan dapat menghasilkan pattern yg lebih baik dan bersedia untuk mengambil tempahan.
handbag ct N honey dari material PU/PVC

Sabtu, 13 September 2014

Koleksi Beg Motif Bunga Warna Pastel Dan Ceria.

Minggu yang memenatkan,tapi harus gagahkan juga untuk settlekan tempahan minggu depan. Banyak juga tempahan minggu ini yang berjaya disiapkan. Alhamdulillah. Macam-macam warna yang dipilih oleh pelanggan untuk beg tempahan kali ini.

Beg bermotif bunga,motif kilt (warna merah),vintage roses juga warna pastel dan yang ceria.

In sha allah ada projek baru dalam perancangan. Kalau berjaya nanti saya sharelah dengan semua. Kalau tak dapat duduk menung sorang-sorang.

Hari ini dah mula cuti sekolah selama seminggu. Pasti dalam rumah dari pagi hingga ke malam riuh dengan suara anak-anak bujang. Tak tahu lah macam mana nak fokus menjahit. Seorang nak makan,seorang nak mandi yang lain berkelahi...uhuh..minggu yang penuh kesabaran.

Sebahagian koleksi tempahan handmade ct N honey 

Khamis, 21 Ogos 2014

Vintage Roses Handmade Bag

Vintage Roses Handmade bag
 Vintage Roses Handmade Bag. Boleh dijadikan beg berbagai guna.Bersaiz besar dan mempunyai ruang yang luas.

Ukuran
Panjang 17"
Tinggi 11"
Lebar tapak 7"