Memaparkan catatan dengan label pertunangan celebriti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pertunangan celebriti. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2012

Gambar Majlis Pertunangan Farhan AF4 & Ahmad Rashdan

Setelah hampir lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi Farhan Azizan atau Farhan memilih Ahmad Rashdan Shuhaimi sebagai bakal suaminya. Farhan dan Rashdan mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012 di The Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, Kuala Lumpur lebih kurang jam 3.30 petang Ahad.

Farhan dan Rashdan bertunang

Rabu, 8 Februari 2012

Majlis Pertunangan Farhan & Ahmad Rashdan

Setelah hampir lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi Farhan Azizan atau Farhan memilih Ahmad Rashdan Shuhaimi sebagai bakal suaminya.

Enggan menangguhkan perkara yang baik, Farhan dan Rashdan bakal mengikat tali pertunangan pada 12 Februari (Ahad) ini di Ampang.

Farhan bersama bakal tunangnya Ahmad Rashdan
 

Jumaat, 3 Februari 2012

Gambar Majlis Pertunangan Leuniey dan Hisham

Mesti ada yang sudah tahu siapa Leuniey ni kan. Sekarang ini gossip tentang Leuniey dan Khairul Fahmi/Apex sedang hangat diperkatakan. Bukan nak cerita tentan gossip tu tapi nak kongsi gambar-gambar yang cantik ini di majlis pertunangan Leuniey dan Hisham. Meriah sungguh majlis pertunangan mereka yang mengenakan warna pink. Harap mereka akan berbahagia dan gossip itu tidak benar.

Sabtu, 21 Januari 2012

Gambar Pertunangan Sharif SleeQ & Malaque Mahdaly

Setelah kontroversi perhubungan dia dengan penyanyi Malaysia Amanda Imani tercetus bulan lalu, Syarifullah Ahmad atau dikenali sebagai Sharif dari kumpulan SleeQ, telahpun membuka lembaran baru dengan tunangnya, Malaque Mahdaly, bekas peserta Singapore Idol musim ketiga.

"Percintaan saya dengan Malaque masih teguh dan sebab itu kita memutuskan untuk bertunang. Bagi saya memang adat perhubungan cinta mesti ada cabarannya. Tapi saya yakin dengan cinta kita dan mahu melangkah lebih jauh bersamanya", kata Sharif tentang pertunangannya yang berlangsung 1 Januari lalu.

Sharif  SleeQ dan tunangnya  Malaque
Majlis pertunangan Sharif SleeQ & Malaque

Isnin, 2 Januari 2012

Gambar Pertunangan Izreen Asminda (Melly/Cikgu Zakiah) & Muhammad Riza

Setelah mendapat banyak kontroversi terutama kisah percintaan yang tidak kesampaian bersama Johan, akhirnya Izreen Asminda Aznam memilih jejaka yang bernama Muhammad Riza Baharudin sebagai penganti. Lebih manis lagi apabila pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Januari 2012.

Isnin, 19 Disember 2011

Majlis Pertunangan Izreen Azminda(Juvana) & Muhamad Riza Januari 2012

Setelah mengharungi kisah kontroversi cinta dengan Johan As'ari, akhirnya pelakon berbakat Izreen Azminda,26.  mengambil keputusan untuk bertunang dengan jejaka pilihannya, seorang jurukamera yang dikenali dengan nama Muhamad Riza. Majlis akan berlangsung pada 1 Januari 2012 nanti bertempat di kampung halaman Izreen sendiri di Alor Setar, Kedah.

Selasa, 29 November 2011

Gambar Pertunangan Shida Harmi (Wanita Yang Didakwa Skandal Terbaru Apek/Khairul Fahmi)

Selepas nama Dahlia Teck menjadi sebutan ramai, hari ini, peminat bola tempatan sekali lagi digegarkan dengan cerita panas mengenai penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat berkenaan penyebaran foto mesra bersama seorang wanita baru-baru ini.

Ahad, 20 November 2011

Gambar Majlis Pertunangan dan Pernikahan Ezlynn & Adam-Dilakukan pada hari yang sama

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu 'Hi Hi Bye Bye' Ezlynn, 30, kini sah bergelar isteri kepada Adam Fahmy Shamsudin, 35, yang juga pengurus peribadinya tepat jam 5.55 petang tadi.

Isnin, 31 Oktober 2011

Majlis Perkahwinan Erni Dekritawati 4 Disember terima Hantaran RM30,000

Kira-kira 500 orang membabitkan ahli keluarga dan kenalan rapat menghadiri majlis pertunangan anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 26 dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah, 35, malam tadi.

Rabu, 5 Oktober 2011

Gambar majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz

Tahniah buat pelakon Ana Dahlia,28, dan anak Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri atau Chef Riz,30, yang  bertunang pada hari ini, 5 Oktober 2011. Majlis telah berlangsung pada tengahari tadi di kediaman Ana Dahlia di Batu 8 Changkat Jering, Taiping, Perak. Rombongan pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang.

Isnin, 19 September 2011

Gambar majlis pertunangan Suraya Hot FM

Penyampai radio Hot FM Suraya telah melangsungkan majlis pertunangannya baru-baru ini. Kalau di lihat dari gambar majlis ini, memang meriah lagi dengan pelamin dan hiasan bunga segarnya. Dalam majlis itu rakan-rakan sekerja seperti FBI, Tini, dan Ikhwan telah hadir memeriahkan majlis tersebut.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Chef Riz(anak Chef Wan) bakal bertunang dengan Ana Dahlia


Anak teruna Datuk Chef Wan iaitu Mohd. Nadzri,30, mengakui sudah bersedia untuk menjadikan pelakon filem Mantera, Ana Dahlia,28, sebagai calon isteri selepas enam bulan berkenalan.

Mohd. Nadzri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Riz berkata, majlis pertunangan mereka akan diadakan sebelum hujung tahun ini tetapi enggan mendedahkan tarikhnya kerana ia masih dalam perbincangan.

Jumaat, 5 Ogos 2011

Kami tidak di jodohkan bersama-Ally Iskandar


Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang berada di ambang peretakan sekitar minggu lepas akhirnya terjawab jua. Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.

Selasa, 2 Ogos 2011

Giliran Ally Iskandar pula putus tunang


Selepas Apek dan Elia putus tunang, kini seorang lagi celebriti terkenal dalam bidang pengacaraan pula dengarnya dah putus tunang. Macam penyakit berjangkit pula. Dari apa yang di maksudkan dari artikel di bawah bunyinya macam Ally Iskandar sebab tiada lagi pengacara popular TV bertunang dengan peserta rancangan realiti. Bukannya apa Ct memang minat dengan Ally ni dari dulu lagi. Ternanti-nanti juga majlis perkahwinannya. Tapi khabar angin yang belum pasti kesahihannya membuatkan Ct tumpang sedih juga. Harap ini bukan betullah ye...

Ahad, 19 Jun 2011

Anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertunang

Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.
Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Pasangan itu bertemu ketika menuntut di AS.
Tiket percuma ke Hong Kong Disneyland
                                                    
Nooryana Najwa dan Daniyar Nazarbayev


Nooryana Najwa, bakal suaminya Daniyar Nazarbayev, ibu Daniyar - Maira Nazarbayev dan adik Daniyar - Khanbolat Nazarbayev. 

mstar.com.my
Gambar pencarian google

Isnin, 6 Jun 2011

Video Pertunangan Elly Mazlein & Azmi Hatta


Apabila tengok video majlis pertunangan Elly Mazlein ini, cuma 'WOW aje yang dapat di katakan.Meriah macam majlis perkahwinan, cantik baju yang dipakainya, mewah sebab naik kereta kuda lagi. Majlis pertunangan ini yang berlangsung di Bukit Kiara Ekuestarian Park.

                                                       Download Opera Mini and it is FREE now