Jumaat, 10 Februari 2012

Petua Kebahagiaan Rumah Tangga Dari Datuk Nik Abdul Aziz

Sering tidur di riba isteri setiap kali pulang ke rumah selepas menjalankan tugas harian antara rahsia kebahagiaan rumah tangga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Menurutnya, walaupun kadangkala pulang ke rumah pada jam 2 atau 3 pagi, isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak tidak pernah merungut dan sebaik meletakkan kepala di riba isterinya, semua masalah yang semak dalam benak seperti hilang begitu saja.



Khamis, 9 Februari 2012

Hari Suami Isteri Mengantikan Hari Valentine

Kerajaan PAS Kelantan bercadang menggantikan hari mengingati kekasih, Hari Valentine yang disambut pada setiap 14 Februari kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata adalah lebih elok jika Hari Valentine, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai-Dapat Tajaan Mewah

Rasanya semua tertanya-tanya tarikh sebenar perkahwinan pelakon seksi lagi sensasi, Fasha Sandha bersama pasangannya Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.


Namun, dengarnya pelakon cantik itu dijangka akan menamatkan zaman bujangnya sama ada sebelum atau selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011(ABPBH 2011), 8 April ini. Sekiranya Fasha Sandha memilih sebelum berlangsungnya ABPBH 2011, maka tarikh kelahirannya yang ke 28 iaitu pada penghujung Mac depan akan menjadi tarikh keramat untuk mereka diijab kabulkan.

Tarikh hari bahagia Fasha Sandha & Jejai-Biarlah rahsia

Persiapan Perkahwinan Yusri & Lisa Surihani- Tema 'French Vintage'.

Kurang lebih dua minggu saja lagi menjelang hari penting buat pasangan ideal Yusri dan Lisa Surihani. Kini bakal raja sehari ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi majlis akad nikah mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari ini. Acara ijabkabul akan diadakan di sebelah malamnya, bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya. Kemudian majlis resepsi pula akan diadakan tiga hari selepas itu, di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Video Pondan Menari Ghairah di Kelab Malam

Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.

Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.

Sinopsis Cinta Buat Emelda-Slot Akasia TV3

Drama Cinta Buat Emelda arahan Abang Bob Hashim memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd, akan mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis mulai 26 Mac 2012 jam 7 malam.

Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Fizo Omar, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz, Uncle Amin  termasuklah pelakon cilik yang kecik dan comel, Mia Sara Nasuha dan Rykal Iskandar kepada anda semua dan ramai lagi.

Nur Fazura Artis Eksklusif-Bakal Berkahwin Dalam Masa Terdekat

NUR FAZURA Sharifudin mengaku sudah bersedia mendirikan rumah tangga pada bila-bila masa saja dan meminta peminat mendoakan kebahagiannya. Enggan menyatakan siapakah jejaka yang menambat hatinya tetapi pelakon cantik berusia 28 tahun ini memberi bayangan lelaki itu adalah pilihan terbaik untuk dirinya sambil menegaskan ‘biar waktu yang menentukan segala-galanya’.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pekan, Pahang ini berkata, dia tidak mahu terlalu ghairah untuk bercerita mengenai perkahwinannya.
Gambar terbaru Fazura bersama Tengku Mahkota Johor (Tuanku Ismail)  

Nama Pemain Rasuah Didedah FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengotakan janji untuk tidak ‘beri muka’ kepada pemain yang terlibat dalam rasuah bola sepak apabila menyiarkan nama pemain dan pegawai yang terlibat mengatur perlawanan, semalam.

Dalam kenyataan kepada media semalam, FAM mendedahkan nama 11 pemain pasukan Piala Presiden 2011 Negeri Sembilan yang didakwa terlibat dalam rasuah setelah Jawatankuasa Tatatertib mendapati wujudnya unsur-unsur rasuah dan gejala mengatur perlawanan.

Rabu, 8 Februari 2012

Majlis Pertunangan Farhan & Ahmad Rashdan

Setelah hampir lapan tahun menyulam cinta, akhirnya penyanyi Farhan Azizan atau Farhan memilih Ahmad Rashdan Shuhaimi sebagai bakal suaminya.

Enggan menangguhkan perkara yang baik, Farhan dan Rashdan bakal mengikat tali pertunangan pada 12 Februari (Ahad) ini di Ampang.

Farhan bersama bakal tunangnya Ahmad Rashdan
 

Nelayan Tangkap Ikan Sebesar Bas Sekolah

Nelayan di pelabuhan Karachi Pakistan mendapat lebih dari yang sepatutnya berikutan mendapat tangkapan ikan terbesar di lautan iaitu jerung gergasi.

Tribune Express, sebuah akhbar Pakistan, dilaporkan bahawa ikan 40 kaki panjang pertama kali dikesan sepuluh hari lalu di laut kira-kira 150 km (93 batu) dari bandar.