Whitney adalah salah seorang artis wanita R & B yang paling berjaya.Dia memperolehi 6 Grammys, 22 Anugerah Muzik Amerika, 30 Anugerah Muzik Billboard dan dua Emmys.
Ahad, 12 Februari 2012
Punca Kematian Whitney Houston-Polis Menolak Perbuatan Khianat
Memenangi Grammy-R & B superstar Whitney Houston telah meninggal dunia pada usia 48.
Gambar Sambutan Hari Jadi Neelofa Yang Ke 23 Di Bora Asmara
Kelab Peminat Neelofa atau lebih dikenali dengan nama@NeelofaTeam telah mengadakan sambutan hari jadi untuk pelakon pujaan mereka di Restoran Bora Asmara, Sungai Penchala pada 11 Feb 2012. Ada beberapa aktiviti menarik diadakan bersama Neelofa semasa sambutan harijadi beliau yang bertemakan berwarna biru. Awal Ashaari pula menjadi hos pada malam itu.
![]() |
Neelofa di majlis hari jadinya yang ke 23 tahun |
![]() |
Awal Ashaari menjadi Hos di majlis hari jadi Neelofa |
Gambar mesra Nabila & Johan- Tidak Menolak Jika Ada Jodoh
MELIHAT kemesraan mereka, terdetik barangkali benar wujud rasa cinta di hati dua insan ini. Tingkah laku mereka seakan mengiyakan perkhabaran terbaru yang hangat diperkatakan media kebelakangan ini.Tatkala perihal itu dibangkitkan, Nabila Huda Suhaimi, 28, dengan tenang menjelaskan antaranya dan Johan Arrif Asa’ari berkawan rapat. Kehadiran jejaka itu menggantikan kekosongan hatinya yang pernah kehilangan teman rapat satu ketika dulu.
Gandingan dalam siri Pelangi Kasih membuka matanya untuk menerima jejaka itu sebagai insan yang paling dekat di hatinya kini. Kejujuran dalam persahabatan yang terjalin membuatkannya selesa berkongsi apa saja cerita dengan jejaka yang muda dua tahun daripadanya itu.
![]() |
Nabila panggil sayang |
Sabtu, 11 Februari 2012
Video Mabuk- Komen Aliff Aziz
Penyanyi terkenal Aliff Aziz kesal dengan ugutan Pelakon Seksi Zarina Lavocah yang menuduh beliau menipu melalui laman sosial Twitter. Namun Aliff tidak akan membuat sebarang kenyataan balas buat masa ini atas arahan syarikat rakaman beliau Sony Music.
Penyanyi kelahiran Singapura itu juga mengakui reputasi beliau dalam bidang nyanyian tergugat gara-gara tuduhan Zarina. Beliau kini sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk memilih masa yang sesuai untuk memberi penjelasan sebenar mengenai isu tersebut.
Hadiah Istimewa Hari Valentine-Gaun Dari 1725 Kuntum Bunga Mawar
Hari Valentine semakin menghampiri dan Asda ingin memastikan semangat kasih sayang itu dengan melancarkan gaun tak bertali bahu berwarna merah yang menakjubkan diperbuat dari 1.725 kuntum mawar.
Berat gaun ini sekitar 12 kilogram serta dibuat selama 170 jam.Syarikat Asda bekerjasama Joe Massie yang berusia 23 tahun untuk memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meraikan dengan yang tersayang pada 14 Februari.
Gambar Tomok Di Stadium Old Trafford Manchester-Jemputan Khas Mister Potato
Akhirnya, impian penyanyi Tomok untuk menjejakkan kaki ke Stadium Old Trafford, Manchester tercapai jua. Segalanya direalisasikan dan terlaksana setelah Tomok dijemput khas oleh pihak Mister Potato, selaku Rakan Snek Rasmi Global Manchester United yang menaja penerbangan pergi balik, penginapan dan trip ke Stadium Old Trafford selama 4 hari sekali gus dapat berpeluang menyaksikan perlawanan hari sabtu ni antara MANCHESTER UNITED vs LIVERPOOL..
Ann Ngasri & Video Mabuk Punca Zarina Anjoulie Ugut Aliff Aziz
Entry Semalam Zarina Anjoulie Ugut Aliff Aziz Di Twitter.Zarina Anjoulie telah mendakwa Aliff Aziz sebagai penipu dan juga cerita disebalik mengenai 'malam itu'. Aliff yang didakwa segelintir pihak sebagai lelaki bermulut manis yang gemar berjanji pada gadis... dirakam gambarnya sedang memeluk Zarina daripada belakang.
![]() |
Aliff Aziz didakwa bercinta dengan Ann Ngasri |
Jumaat, 10 Februari 2012
Mikail Andre Pelakon 'Hantu Dalam Botol Kicap' Adik Pierre Andre
Masih baru dalam dunia hiburan tanah air memungkinkan nama Mikail Andre agak tenggelam, namun sekarang dia bakal menyinar dengan filem pertamanya, "Hantu Dalam Botol Kicap".
Bermula dengan kariernya di belakang tabir yang hanya membantu abangnya ketika penggambaran filem "Al-Hijab", Mikail memberanikan dirinya untuk meluahkan hasrat hati menjadi pelakon.
![]() |
Mikail Andre |
Sinopsis Ijam Non Yangkee-Cerekarama TV3
Setiap hari sabtu pasti ramai yang menonton Cerekarama di TV3. Untuk minggu ini pula 11 Februari 2012 satu lagi Cerekarama yang berjudul Ijam Non Yankee bakal bersiaran. Telefilem ini adalah arahan pengarah terkenal Heykal Hanafiah.
Zarina Anjoulie Ugut Aliff Aziz Di Twitter
Lewat malam tadi, Zarina Anjoulie melalui akaun Twitter rasmi beliau menulis sesuatu tentang Aliff Aziz. Zarina Anjoulie menyuarakan rasa kemarahannya terhadap penyanyi, Aliff Aziz atas sebab yang tidak diketahui. Zarina menyebut bahawa Aliff Aziz telah kantol menipu dan meminta agar penyanyi berwarganegara Singapura itu meminta maaf daripadanya secara peribadi.
Langgan:
Catatan (Atom)