Rabu, 9 Mei 2012

Gambar Honeymoon Fasha Sandha &Jejai Di Pulau Redang

Seksinya Fasha, nampak dalam gambar tu macam pakai bikini aje..
Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.
Gambar seksi Fasha Sandha di Pulau Redang berhoneymoon

Status Video Penderaan Bayi Yang Tersebar 9 Mei 2012-Pendera Sudah Ditangkap

Polis Diraja Malaysia melalui fanpage ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi beberapa minit lepas tentang video yang telah disebarkan di FB dan Twitter beberapa jam tadi yang menunjukkan seorang wanita sedang mendera seorang bayi.

Permohonan Maaf Terbuka David Teo-Isu Beri Sedekah Kepada Bob Kuman

Isu Saiful Apek yang kurang berpuashati dengan kenyataan David Teo sebelum ini berkaitan arwah Bob Kuman telah menjadi panas.

Beberapa laporan media ada menyebut yang David Teo pernah menggelarkan perbuatan Bob Kuman mendedahkan keadaan kewangan beliau sebagai tindakan meminta sedekah.

Akibat dari itu David Teo telah  mengeluarkan permohonan maafnya di FB beliau.

Penculik Nayati Shamelin Sudah Ditangkap

Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kes penculikan kanak-kanak lelaki warga Belanda, Nayati Shamelin Moodliar, pada 27 April lepas.

Menurut sumber polis, suspek yang berusia antara 30-an dan 50-an itu ditangkap dalam operasi berasingan di Perak dan Cheras, Selangor, sejak Ahad hingga awal pagi ini.

 Nayati Shamelin Moodliar

Selasa, 8 Mei 2012

RM15,000 Durian Runtuh Untuk Peneroka Felda

Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan.

Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua.

Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi.
Peneroka akan terus menerima "durian gugur" menerusi dividen Tabung Amanah FELDA hasil keuntungan FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan bulan depan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, Tabung Amanah FELDA itu akan memiliki 20 peratus ekuiti FGVH dan keuntungan akan diagihkan kepada setiap peneroka.

"Sekiranya FELDA Global dapat untung maka dividen ini akan diberi kepada setiap keluarga peneroka," katanya ketika berucap pada majlis Sejahtera Peneroka bersama Perdana Menteri di padang FELDA Jengka 8, Pahang.

Sementara itu semua kakitangan FELDA akan menikmati bonus khas dua setengah bulan gaji sebagai menghargai jasa dan khidmat mereka.

12 Gambar Perkahwinan Fezrul Khan & Noorhafizah

Fezrul Khan pelakon utama sumpahan Kum Kum telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya Noorhafizah. Majlis pernikahan Fezrul Khan dan Noorhafizah berlangsung pada 6 Mei 2012.
Fezrul Khan dan Noorhafizah

Majlis yang berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran keluarga dan saudara mara terdekat.

Isnin, 7 Mei 2012

Hantaran Artis-Hantaran Pertunangan Akma AF dan Farih Hamshi

Akma AF,27, telah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan Farih Hamshi bin Dato Mohamad Fatmi, 28 di rumah keluarga Akma di Petaling Jaya pada petang 6 Mei 2012. Gambar Hantaran ini adalah dari Farih untuk Akma.
Gubahan hantaran  buah-buahan
Rombongan pihak lelaki membawa lima dulang berbalas tujuh daripada pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, cincin, tafsir Al-Quran, manisan, kain pasang, telekung dan kain baju melayu.

OST Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

DRAMA bersiri 24 episod yang diadaptasikan daripada novel hasil tulisan Wan Mahani iaitu Seindah Sakura diarahkan oleh pengarah muda yang kreatif, Zul Huzaimy Marzuki, 33. Akan menemui penonton setia Slot akasia TV3 pada 7 Mei 2012.

Video Awal Ashaari Nyanyikan Lagu Sedetik Lebih Untuk Scha Di Majlis Resepsi

Majlis persandingan SchAwal yang dinanti-nanti oleh semua umum dan peminat kedua selebriti popular telah berlangsung dengan gemilang dan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, malam tadi.


Menyaksikan kehadiran tetamu VIP, teman selebriti dan rakan media bersama hadirin yang dijemput dianggarkan seramai 1,500 orang, majlis tersebut bermula lebih kurang jam 9 malam di mana Awal Ashaari segak melangkah masuk diikuti Scha Al Yahya yang tiba beberapa minit kemudian.


Awal Ashaari dan Scha Al Yahya atau SchAwal telah selamat disatukan pada Jumaat 4 Mei lalu di Pullman Lakeside Putrajaya dan malam semalam telah berlangsungnya majlis resepsi buat meraikan kedua-dua mempelai yang sekian lama menyulam cinta di dewan utama yang diberi nama Laman Manis.


Selain daripada persembahan para rakan artis seperti Shila Amzah, Atilia, Alyah dan Ning Baizura, kejutan daripada Awal telah mencuri perhatian hadirin yang hadir sehingga membuatkan Scha menitiskan air mata.



Awal telah mendendangkan lagu Sedetik Lebih dengan petikan piano Sharon Paul dan siulan saksafon oleh Jari yang juga merupakan sepupu kepada Awal.



Scha menitiskan air mata bila Awal nyanyikan Lagu Sedetik Lebih untuknya di majlis resepsi

Wardina Safiyyah Ditahan Zionis Semasa Menggambaran Al-Hidayah TV3

BIBIRNYA tidak henti-henti melafazkan syukur apabila berjaya melepasi sempadan Jordan kerana impian menjejakkan kaki ke kota suci Baitulmuqadis, nadi bumi Palestin yang menyimpan 1,001 cerita, akhirnya dapat direalisasikan.


Tiada kata-kata dapat menggambarkan perasaan Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, tatkala tanah yang menyaksikan perjuangan nabi terbentang luas depan mata. Bersama kru produksi program Al-Hidayah yang bersiaran di TV3, Wardina yang diberi kepercayaan sebagai hos, memulakan kembara yang sungguh bermakna buatnya sebagai Muslim.



Kata Wardina, Rasulullah SAW pernah bersabda: “Janganlah kamu berasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid — Masjidil Haram, Masjid ku (Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada 100,000 kali tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” (Riwayat Ad-Darimi, An-Nasa’i dan Ahmad) “Alhamdulillah, impian saya untuk bersolat di Masjidil Aqsa jadi kenyataan. Semua ini rezeki Allah. Banyak pengalaman menarik saya lalui dalam kembara ini, tidak kurang juga insiden menakutkan.



“Air mata saya mengalir laju di Masjidil Aqsa. Di sana saya bertemu imam pertama, Syakh Yusuf Abu Sunainah yang berkhidmat 30 tahun. Beliau yang dilahirkan di perkarangan Aqsa menyampaikan salam buat rakyat Malaysia dan mengajak kita beramai-ramai sujud di Masjid Aqsa.



“Saya juga melihat mimbar Khalifah Umar, Mihrab Nuradeen, Tiang Jin Nabi Sulaiman, penjara jin, terowong yang digali orang Yahudi, melihat serpihan peninggalan bom, peluru dan kesan kebakaran dilakukan fanatik Yahudi.



“Bagaikan bermimpi apabila dapat bersolat Jumaat di Masjid Kubah Emas. Di situlah terletaknya batu tergantung yang dikatakan ingin mengikut Rasulullah SAW sewaktu perjalanan Mikraj,” katanya.