Isnin, 14 Mei 2012

Cuti Umum 20 Mei Di Kelantan

Kerajaan. Kelantan mengumumkan 20 Mei ini sebagai cuti peristiwa, sempena final Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby FC di Stadium Bukit Jalil, sehari sebelum itu.

Cuti itu juga sebagai hadiah kepada rakyat Kelantan atas sokongan padu kepada skuad Bojan Hodak dalam misi The Red Warriors merebut Piala FA buat julung kali.

Sabtu, 12 Mei 2012

Sinopsis Teratak Shamsiah Cerekarama TV3-12 Mei 2012

Kepada pengemar slot Cerekarama TV3 saksikan telefilem Teratak Shamsiah yang akan disiarkan malam ini 12 Mei 2012.

Pelakon utama Teratak Shamsiah ialah Rita Rudaini, Diana Rafar, Jasmin Hamid, Azhan Rani dan Reza Hasbi.
Barisan pelakon Cerekarama Teratak Shamsiah di TV3

Jumaat, 11 Mei 2012

Kisah Sedih Ibu Yang Dikurniakan Bayi Buta (Video Sempena Hari Ibu)

Orang bertanya kenapa dia tidak memilih untuk menggugurkan kandungan beliau.Mereka merenung kedua-duanya.Mereka bercakap di belakang mereka. Hanya dia yang lebih mengetahui keistimewaan bayinya itu.Lihatlah video hebat ini. Anda mungkin akan menitiskan air mata.


Berita Terkini Bayi Yang Kena Dera Ibunya Ira

Bayi perempuan 10 bulan yang diperlakukan ibunya seperti haiwan dalam rakaman video di laman web YouTube kelmarin disahkan sihat dan menjalani kehidupan ceria bersama keluarga angkatnya.

Pengarah Bahagian Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Arfan Sulaiman berkata, bayi berkenaan kini dijaga keluarga angkat dan masih dipantau jabatan itu.

Saiful Apek & 50 Artis Bakal Membongkar Penipuan David Teo Ahad Ini

Ini bukan janji, tapi betul-betul pasti ni. Isu David Teo dan Apek betul-betul dah panas. Bukan Apek saja yang membongkarkan penipuan David Teo, tapi ada lebih 50 orang artis bakal turut serta.

Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan ‘perang’ terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.


Khamis, 10 Mei 2012

5 Lagi Artis Akan Sertai PAS

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPP Wilayah Persekutuan) mendakwa seramai lima artis akan menyertai parti berkenaan dalam masa terdekat.

Pengawal Peribadi Sultan Johor Bergaduh Dengan Pelancong Asing Di Pulau Rawa

Sultan Johor Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka, namun telahpun memaafkan empat warga asing yang terlibat dalam pergaduhan dengan pengawal peribadi rombongan diraja Johor di sebuah pusat peranginan di Pulau Rawa pada malam Jumaat minggu lepas.
 

(Video) Perbak Malaysia Buat Laporan Polis Drama "Ahmad Dream" Ajar Menjadi Murtad

Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak Malaysia) membuat laporan polis mengenai klip video yang dimuat naik ke laman web perkongsian video Youtube berjudul "Ahmad's Dream", sebuah drama yang memaparkan kisah seorang lelaki tempatan menerima wahyu.

Kejam! Warga Emas Diseksa Bergilir-gilir Oleh Isteri & Anaknya

Seksa bergilir-gilir: Video papar warga emas terlantar uzur didera isteri, anak lelaki.

Siasatan polis berhubung kes seorang warga emas terlantar sakit yang didera isteri dan anak lelakinya di Kampung Tanggung Unggar, di sini, membawa kepada penemuan mengejutkan apabila dua beranak itu didapati turut merakam perbuatan zalim mereka menggunakan kamera telefon bimbit.

Sinopsis Drama Dejavu di Kinabalu Akasia TV3

Sinopsis Drama Dejavu di Kinabalu slot Akasia
Drama Dejavu di Kinabalu mengisahkan tentang Rania dan Ryzal. Semasa mereka kanak-kanak, mereka merupakan pasangan kekasih. Mereka kembali ke tempat asal mereka di Kota Kinabalu.20 tahun kemudian, Rania menderita penyakit bhronchitisphenomia (jantung) yang membawa kepada kematiannya. Dalam diam-diam, Rania telah membuat perjanjian untuk mendermakan hatinya.