Khamis, 6 September 2012

Punca Amanda Fong Di Belasah Suaminya

Video Suami belasah Amanda Fong Yang Hamil 2 Bulan Tersebar di laman sosial facebook baru-baru ini. Dua video yang diupload pada facebook Amanda Fong yang berdurasi 11 minit setiap video kini tersebar meluas.

Isnin, 3 September 2012

Farazila (Isteri Sham Kamikaze) Tuntut Cerai-Hanya Bahagia Setahun Sahaja

Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.
Sham Kamikaze & Farazila,isteri pertamanya

Gambar Majlis Nikah Dan Resepsi Pelakon Izreen Azminda Dan Riza

BAIT-BAIT lirik lagu Kau Tercipta Untukku dendangan kumpulan Ungu menyambut kehadiran tetamu pada majlis pernikahan pelakon popular Izreen Azminda Aznam, 27, dan Muhd. Riza Baharuddin, 29, yang berlangsung di Darulaman Golf and Country Club di Jitra, Kedah.

Pasangan raja sehari itu selamat diijab kabul bapa Izreen sendiri, Mohd. Aznam Mohd. Noor tepat pukul 9.50 malam 30 Ogos 2012, sambil bersaksikan Zakaria Abd. Rahman, 61, dan Mohamad Abdullah, 55. Dengan sembilan dulang hantaran dari Riza berbalas 11 dulang dari Izreen, termaktub juga janji setia mereka hingga akhir hayat.

Wang hantaran RM19,001 berserta mas kahwin RM999 mengukuhkan lagi ikrar mereka untuk melayari bahtera rumah tangga.

TV3 & Nurul Syuhada Mohon Maaf Beri Ulasan Bintulu Negeri Daif Secara Live Di Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55

Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28,memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.

TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.
Nurul Syuhada mohon maaf

Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar Majlis Khatam Al-Quran Izreen Azminda (Pelakon Juvana)

Satu perubahan besar bakal berlaku dalam hidup pelakon sensasi, Izreen Azminda Aznam pada malam ini. Kerana kurang 8 jam lagi, wanita berusia 27 tahun ini akan melangkah ke gerbang perkahwinan setelah setahun menyulam cinta.

Memilih Muhd. Riza Baharudin, 29, sebagai teman hidupnya, Izreen yang popular dengan drama Juvana dan Tentang Dhia ini nyata tidak dapat menyembunyikan debarannya tatkala jari menghitung hari bahagia yang semakin menghampiri.
Majlis khatam al-quran Izreen Azminda

Ustaz Don Jawab Perkara Yang Menjadi Isu di Majlis Perkahwinannya

Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu. Sebagai seorang penceramah popular jadi setiap perkara yang dilakukan menjadi perhatian umum, termasuk juga ramai yang memperkatakan tentang  majlis perkahwinannya. Ramai yang mempersoalkan kenapa Husna memakai inai dan majlis persandingan juga telah diadakan, yang dikatakan seperti amalan kaum lain.


Juru gambar rasmi di majlis perkahwinan Ustaz Don dan Husna iaitu nadiazahariphoto Artmosphere Photography juga  Photoline-Creative-Studio melalui FBnya ingin berkongsi pengalaman ketika berbual dengan Ustaz Don menjawab isu -isu yang menjadi kontroversi tentang majlis perkahwinannya.

Maksud Lirik Lagu Gangnam Style Versi English

Gangnam style yang menjadi fenomena di seluruh dunia. Ramai yang membuat video klip meniru Gangnam Stye bahkan ada juga selebriti pun meniru gaya lagu ini. Rasanya tidak semua orang mengetahui maksud disebalik lagu berbahasa Korea Selatan tersebut.


Rabu, 29 Ogos 2012

(Video) Penyanyi Korea Psy - Pencetus Fenomena Gangnam Style

 Bagaikan ‘virus’ muzik 2012, lagu Gangnam Style kini menular di mana-mana sehinggakan dalam masa beberapa hari saja, jumlah tontonan video lagu berkenaan di YouTube mendadak sehingga lebih 60 juta.  

Namanya tiba-tiba menjadi sebutan satu dunia. Hanya kerana sebuah klip video yang dia muat turun di laman YouTube, siapa sangka video itu mengubah hidup Psy kepada seorang superstar. 

Jika di Korea Selatan, kehadirannya di persada seni bagaikan tidak ‘bernyawa’ lantaran fizikalnya yang tidak kacak, berbadan gempal dan hanya jadi bahan gurauan, berlainan pula pandangannya di sebelah Barat.

Selasa, 28 Ogos 2012

Tonton Drama Adam Dan Hawa Secara Online

Anda peminat setia Aaron Aziz & Nadiya Nisaa? Tidak dapat menonton drama bersiri Adam & Hawa yang telah pun bersiaran pada 27 Ogos 2012? Maklumlah drama ini bersiaran di Mustika HD. Ramai juga yang tak langgan Pakej Mustika. Kini, jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan Episod 1 hingga 4 drama bersiri Adam & Hawa secara ONLINE! 

Isnin, 27 Ogos 2012

Gambar Majlis Persandingan Ustaz Don Dan Husna Yang Romantik

Penceramah popular, Don Daniyal Don Biyajid, 28, selamat dinikahkan dengan gadis sama negeri dengannya, Husna Mohd Zahry, 24 pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Don Daniyal yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Don dinikahkan di rumah keluarga pengantin perempuan di Taman Jelita Kuala Sungai Pinang Balik Pulau oleh jurunikah Pejabat Agama Daerah Barat Daya selepas solat Asar.
Majlis persandingan Ustaz Don & Husna