Rabu, 12 September 2012

Beribu Ulat Bulu Serang Sekolah Di Sentul

Beribu-ribu ulat bulu ditemui memenuhi kawasan sekitar pondok keselamatan dan tempat pejalan kaki sebuah sekolah di Sentul di sini.

Serangga ulat bulu berwarna hitam bersaiz tiga hingga lima sentimeter itu dilihat merayap di sepanjang tempat pejalan kaki sekolah berkenaan.

Menurut pengawal keselamatan sekolah tersebut yang enggan disebut namanya ketika ditemui berkata ulat bulu itu telah memenuhi kawasan tersebut sejak seminggu yang lalu.
Ulat bulu hitam-gambar hiasan

Selasa, 11 September 2012

Cinta Ally & Farah Lee Segar Dan Misteri-Cover Mingguan Wanita


Dengan cabaran hubungan jarak jauh, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi dan Nurfarahin kedua pasangan ini tetap utuh dengan prinsip serta tatacara yang menjadi amalan mereka. “Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, perkahwinan kami sudah masuk bulan yang kelapan. Sebenarnya, memang banyak yang perlu dipelajari memandangkan hubungan kami berlangsung dengan cara yang istimewa.
Ally Iskandar & Farah Lee cover mingguan Wanita

Beg Cotton + Jeans Untuk Dijual (Murah,Cantik & Banyak Pilihan)

Untuk melihat koleksi terbaru bulan Oktober Beg Cotton + Jeans sila ke Facebook.Lebih banyak corak dan pilihan.

Beg cotton + Jeans untuk dijual. Boleh pilih berbagai warna dan corak. Beg ini adalah Handmade yang dijahit sendiri oleh tuan blog. Boleh dibawa kemana sahaja dan sesuai untuk mengisi keperluan baby juga dibawa ke sekolah dan pergi shopping.
Contoh beg cotton +Jeans yang telah dijual
Beg cotton + Jeans corak berbunga-sold out
Beg cotton + Jeans corak bunga besar-Sold out
Beg cotton  + Jeans warna kuning terang-CEPAT! Last stock
Beg cotton bercorak jalur dan polka dot -sold out
Beg cotton + Jeans corak merah dan pink-sold out
Beg cotton bercorak hitam putih
Beg cotton warna hitam putih dan bercorak 'love'
Beg cotton + Jeans warna ceria-sold out
Beg cotton bercorak bunga kecil
Beg cotton + Jeans berbunga besar dan warna terang-sold out
Beg cotton bercorak 'simple'-sold out
Beg cotton + Jeans berbunga kecil dan warna lembut-sold out
 Beg cotton + Jeans(detail)Warna dan corak adalah limited, hanya dijual yang sama warna dan corak 1 atau 2 helai sahaja. Jadi siapa cepat dia dapat.
Kain cotton dan jeans jenis tebal.
Boleh request jika ingin panjangkan talinya mengikut kesesuaian anda,tapi bergantung jika masih ada stock kain.
Ukuran panjang,lebar boleh tengok gambar diatas.
Ada 3 poket didalam beg dan ruang dalam beg sangat luas.
Hanya beg yang bertanda no 1-12 yang masih ada stock.

Beg cotton + jeans warna merah & polka dot hitam -sold out
beg cotton + Jeans ukuran dan gambaran dalam beg
Kalau ada rakan-rakan diluar sana yang suka dan berminat hendak membeli bolehlah hantar e-mail kepada sitinoorhz@gmail.com ataupun tinggalkan komen dibawah,Ct akan contact balik. Juga boleh add di Facebook  untuk lebih senang berurusan juga boleh melihat berbagai lagi jenis Handmade yang telah dihasilkan.

Untuk mengikuti koleksi terbaru Handmade ct N honey sila ke Fanpage ct N honey


Isnin, 10 September 2012

Memey Suhaiza Tidak Rela Bermadu

Hubungan Memey dan bekas isteri Norman, Abby Abadi yang sebelum ini tegang kini telah pulih sepenuhnya. Memey menolak hubungan baik itu sebagai petanda suaminya merujuk bekas isterinya itu kembali.

Malah kata Memey, Abby sendiri pernah memberitahunya, dia boleh berbaik semula, tetapi bukan untuk bermadu dengan Memey kerana menghormati hubungan suami isteri itu.

Memey juga sebagai seorang wanita mengakui jika boleh, dia enggan berkongsi kasih dengan wanita lain dalam hidupnya.
Memey dan Norman Hakim

Khamis, 6 September 2012

Kenapa Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan Di TV3?

Setelah mendapat kecaman dari berbagai pihak mengenai isu negeri Bintulu 'daif' yang dikatakannya semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia, kini khabar terbaru mengenai pengacara TV3, Nurul Ain Nurul Syuhada dikatakan telah menghantar notis perletakan jawatan berkuatkuasa hujung September ini.
Nurul Syuhada sudah memakai hijab

Punca Amanda Fong Di Belasah Suaminya

Video Suami belasah Amanda Fong Yang Hamil 2 Bulan Tersebar di laman sosial facebook baru-baru ini. Dua video yang diupload pada facebook Amanda Fong yang berdurasi 11 minit setiap video kini tersebar meluas.

Isnin, 3 September 2012

Farazila (Isteri Sham Kamikaze) Tuntut Cerai-Hanya Bahagia Setahun Sahaja

Isteri kepada pemuzik dan pendakwah Sham (Kamikaze) iaitu Farazila Abdul Jabar memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 30 Ogos lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini kerana konflik dalaman yang berlanjutan sejak tiga tahun lalu.

Farazila, 31, berkata, keputusan itu diambil selepas pelbagai usaha untuk memulihkan rumah tangganya dengan Sham atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 36, menemui jalan buntu.
Sham Kamikaze & Farazila,isteri pertamanya

Gambar Majlis Nikah Dan Resepsi Pelakon Izreen Azminda Dan Riza

BAIT-BAIT lirik lagu Kau Tercipta Untukku dendangan kumpulan Ungu menyambut kehadiran tetamu pada majlis pernikahan pelakon popular Izreen Azminda Aznam, 27, dan Muhd. Riza Baharuddin, 29, yang berlangsung di Darulaman Golf and Country Club di Jitra, Kedah.

Pasangan raja sehari itu selamat diijab kabul bapa Izreen sendiri, Mohd. Aznam Mohd. Noor tepat pukul 9.50 malam 30 Ogos 2012, sambil bersaksikan Zakaria Abd. Rahman, 61, dan Mohamad Abdullah, 55. Dengan sembilan dulang hantaran dari Riza berbalas 11 dulang dari Izreen, termaktub juga janji setia mereka hingga akhir hayat.

Wang hantaran RM19,001 berserta mas kahwin RM999 mengukuhkan lagi ikrar mereka untuk melayari bahtera rumah tangga.

TV3 & Nurul Syuhada Mohon Maaf Beri Ulasan Bintulu Negeri Daif Secara Live Di Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55

Stesen televisyen TV3 dan pengacara program Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin, 28,memohon maaf berhubung ulasan semasa siaran lintas langsung Perarakan Hari Kemerdekaan ke-55 pada Jumaat lalu berkenaan pemilihan lokasi sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Sarawak yang dikatakan daif.

TV3 membuat permohonan maaf dalam satu kenyataan di sini semalam sementara Nurul Syuhada pula menulisnya dalam laman sosial Facebook beliau setelah menerima kritikan serta gesaan pelbagai pihak supaya berbuat demikian.
Nurul Syuhada mohon maaf

Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar Majlis Khatam Al-Quran Izreen Azminda (Pelakon Juvana)

Satu perubahan besar bakal berlaku dalam hidup pelakon sensasi, Izreen Azminda Aznam pada malam ini. Kerana kurang 8 jam lagi, wanita berusia 27 tahun ini akan melangkah ke gerbang perkahwinan setelah setahun menyulam cinta.

Memilih Muhd. Riza Baharudin, 29, sebagai teman hidupnya, Izreen yang popular dengan drama Juvana dan Tentang Dhia ini nyata tidak dapat menyembunyikan debarannya tatkala jari menghitung hari bahagia yang semakin menghampiri.
Majlis khatam al-quran Izreen Azminda