Ahad, 23 September 2012

Betty Banafe Dan Bruce Dargus Nikah Disember Tahun Ini

Doa Betty Banafe moga dipertemukan jodoh di hadapan Kaabah tahun lalu, diperkenankan Ilahi apabila bakal melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan, Bruce Dargus pada 8 Disember ini.

Pertemuan pada 5 November 2011 menjadi detik terindah buat pasangan ini. Pertama kali beradu mata, terdetik rasa luar biasa hingga muncul rasa suka. Sejuk mata memandang, itulah tafsiran pertama Betty ketika memandang wajah Bruce.

Meskipun tidak meletakkan harapan, bagaikan sudah ditakdirkan persahabatan yang baru terjalin membuahkan rasa kasih hingga secara rasmi mereka bertunang 14 Jun lalu. “Dalam doa ketika mengerjakan umrah tahun lalu, saya mohon Allah pertemukan dengan jejaka jujur, bertanggungjawab dan berilmu. Saya tidak dambakan lelaki kaya, cukup jika dia berkeperibadian mulia, baik hati dan suka memajukan diri.
Betty Banafe bersama Bruce bakal suaminya

Sharifah Khasif Fadzillah Jawab Status Jadi Isteri Kedua Datuk Seri Mohammad Hizal Othman

Desas-desus naib juara Akademi al-Quran musim ketiga, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman mendirikan rumah tangga dan menjadi isteri kedua seorang Datuk Seri akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan status perkahwinannya kepada Metro Ahad, semalam.

Gosip pernikahannya dengan VIP itu disiarkan dalam ruangan CAK, Selebriti, minggu lalu. Berikut isi kandungan e-mel yang dikirim Sharifah Khasif berserta gambar pernikahannya.
Majlis pernikahan Sharifah Khasif Fadzillah & Datuk Seri Mohammad Hizal Othman
Sharifah Khasif Fadzillah dihari perkahwinannya

Sabtu, 22 September 2012

Gambar Tunang Diana Amir-Mohd Habib Bullah (Seorang Pendidik Bukan Ustaz)

Berita Diana Amir bertunang dengan seorang Ustaz semalam ada sedikit pembetulan, sebenarnya tunang Diana amir bukanlah seorang ustaz, tapi seorang pensyarah di UITM Merbok, kedah, berikut fakta yang betul dari Abang Nas, Wartawan Galaksi 

Jumaat, 21 September 2012

Diana Amir Sudah Bertunang Dengan Ustaz

Melalui laporan eksklusif Galaksi, dalam program hiburan di TV9, Diana Amir hari ini telah mengesahkan status beliau yang kini sudah bergelar tunangan orang & lelaki bertuah itu bergelar seorang ustaz.

 Dalam rancangan Galaksi itu terpapar gambar Diana Amir & tunang beliau seorang ustaz sedang memotong kek bersama.
Diana Amir bertunang dengan Ustaz

Shila Amzah Juara Asian Wave Shanghai Dan Video Persembahannya

Berkat usaha beliau yang begitu bersungguh-sungguh dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, akhirnya penyanyi Shila Amzah dinobatkan sebagai Juara Asian Wave yang baru saja berakhir sebentar tadi. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama Malaysia bukan sahaja di peringkat Asia malah tentunya peringkat antarabangsa.
Shila Amzah dengan trofi kemenangannya di Pertandingan Asian Wave Shanghai

Khamis, 20 September 2012

Hubungan Yuna Dan Qi Putus-Single But Not Available

Teka teki hubungan cinta antara mereka berdua kini akhirnya terlerai juga apabila Yuna sendiri mengakui yang ikatan cinta antara mereka sudah tidak seperti dahulu.

Yuna dan Qi putus

Larangan Menggunakan Internet Explorer

Pihak berkuasa Jerman kelmarin menggesa orang ramai supaya berhenti melayari internet menggunakan pelayar web Internet Explorer milik Microsoft Corp.

Gesaan itu dibuat berikutan penemuan satu lagi virus dalam pelayar web tersebut yang menyebabkan komputer peribadi terdedah kepada serangan penggodam.

Masalah yang menjejaskan beratus-ratus juta pengguna Internet Explorer di seluruh dunia itu dikatakan timbul pada pada hujung minggu lalu.

Rabu, 19 September 2012

Biodata Emma Maembong @ Fatimah Rohani

Emma Maembong mula menceburi bidang seni dengan lebih serius bermula Jun lalu. Katanya, ramai yang tidak menyangka nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail.

"Kalau orang yang rapat dengan saya biasanya menyapa saya Timah, yang baru kenal panggil saya Emma. Nama Emma itu singkatan Timah kalau disebut banyak kali dan laju-laju.

"Maembong pula gabungan nama ayah saya, Ismail dan datuk saya Embong. Itu nama pena dia sepanjang berkarya sebagai pelukis negara," sesi pengenalan itu diteruskan ketika jurusolek Mimie Romyza mula mengoles wajah mulus gadis kacukan Melayu dan Scotland itu.

Bakat luar biasa menggalas peranan gadis dianiaya ibu dan abang kandung sendiri dalam mencari sinar kebahagiaan dalam drama rantaian arahan Erma Fatima, Kau Yang Terindah secara jujurnya mencuri tumpuan ramai pihak.
Emma Maembong

Selasa, 18 September 2012

Hui Yee(Penerima Jantung) Meninggal Dunia Ketika Berumur 19 Tahun

Tee Hui Yee, gadis yang pernah menjalani pembedahan pemindahan jantung pada lima tahun lepas, meninggal dunia hari ini selepas mengadu sakit dada dan belakang sejak semalam.

Hui Yee, 19, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.02 pagi di Hospital Batu Pahat, selepas dihantar keluarganya dari rumah mereka di Kampung Parit Besar di sini, ke hospital berkenaan kira-kira pukul 9 pagi.

Ibunya, Dina Bato Sambua, 51, berkata anak bongsu daripada empat beradik itu mengadu sakit dada dan belakang serta mengalami muntah kira-kira pukul 11 malam semalam selepas pulang dari makan malam di sebuah restoran stimbot bersama seorang rakan.
 

Isnin, 17 September 2012

Ayah Artis Terkenal 80-an Menghuni Rumah Orang Tua-Uzur Dan Buta

24 September 2012 ini, genap dua tahun bapa kepada seorang selebriti popular di era 80-an, menghuni pusat jagaan orang-orang tua di Rumah Ehsan di sini.

Bapa berusia 75 tahun yang mesra dengan panggilan ‘Uncle Jai’ itu bukan saja menghidap pelbagai penyakit malah, kini hilang penglihatan.

Menurutnya, bukan kerana kejahilan si anak sehingga dia dibiarkan menghuni pusat jagaan itu, tetapi mungkin kerana kesibukan kerja memaksa dua anaknya yang sudah berkeluarga membiarkan Uncle Jai di rumah jagaan itu.

“Biarlah, jangan sebut sangat tentang mereka. Mereka mungkin sibuk dan banyak komitmen lain,” katanya.
Ayah seorang Selebriti 80'an tinggal di rumah orang tua