Sabtu, 29 Disember 2012

Gambar Sekitar Tanah Runtuh Di Taman Puncak Setiawangsa.

Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi
Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Penjaga gol skuad bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Chet Mat, 23, atau Apex memanjatkan kesyukuran kerana majlis akad nikahnya telah berlangsung dengan selamatnya.

"Saya sendiri rasa macam tidak percaya bahawa saya kini sudah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar. Namun, Alhamdulillah kerana segalanya telah dipermudahkan Allah SWT.

"Mengenai wang hantaran berjumlah RM19,000 ia sebenarnya simbolik kepada angka 19 yang juga merupakan nombor bertuah bagi saya. Jadi, saya harap jumlah wang hantaran ini akan memberikan tuah dalam perkahwinan saya bersama Leuniey.

"Tentang soal berbulan madu, saya dan Leuniey masih belum memikirkannya lagi kerana apa yang penting adalah mendahulukan perkara yang wajib. Selepas kahwin, rutin harian saya tetap sama iaitu menjadi penjaga gawang Kelantan," katanya kepada murai.com.my.

Jumaat, 28 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini.

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie telah berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi 28 Disember 2012.Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.
Leuniey dimajlis pernikahannya bersama Apek

Khamis, 27 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi.Siti Fazurina telah dikatakan kawin lari oleh keluarganya. Tapi bila melihat majlis pernikahan Siti Fazurina dan Hykal nampaknya seperti majlis artis yang lain meriah dan siti Fazurina begitu cantik sekali.
Siti Fazurina dan Hykal di majlis pernikahan mereka

Bekas Anggota Kumpulan Hip Hop Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri

Salah seorang anggota kumpulan Ruffedge didakwa rogol anak tiri
Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Isnin, 24 Disember 2012

Gambar Majlis Pertunangan Syafiq(Anak Datuk Yusof Haslam) dan Aeisyah Zainal

Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.
Gambar tunang Syafiq Yusof, Aeisyah Zainal

Sabtu, 22 Disember 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Anne Ngasri dan Mohd Sumali

Nasriah Ngasri telah menamatkan status jandanya pada 22 disember 2012. Dengan sekali lafaz, Anne Ngasri sah bergelar isteri kepada Sumali Reduan dengan mas kahwin bernilai RM22.50 & hantaran RM11,111. Majlis pernikahan mereka telah di adakan di kampung Anne di Benut, Pontian.

Untuk kali ini, Anne hanya mengadakan majlis kesyukuran dan menjemput seramai 3,000 tetamu di majlis itu.

Anne yang sangat cantik mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail yang dipenuhi dengan mutiara.
  Anne Ngasri di majlis pernikahan ke-2nya 

Majlis pernikahan ke-2 Anne Ngasri dan Mohd Sumali
Anne Ngasri dan Mohd Sumali di hari pernikahan mereka
Hantaran perkahwinan Anne Ngasri dan Mohd Sumali
Pelamin pernikahan Anne Ngasri dan Mohd Sumali






Jumaat, 21 Disember 2012

Siti Fazurina Beri Penjelasan Tidak Kawin Lari Dengan Hykal Zulkifli

Berita hari ini kecoh tentang Fazurina kawin lari tanpa restu keluarga. berikut penjelasan dari pelakon Trilogi Cinta itu.

“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara 'face to face' untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina mengulas tentang isu kahwin lari yang dihadapinya ketika ini.
Fazurina dan Hykal Zulkifli kawin lari

Khamis, 20 Disember 2012

Apa Kaitan Gangnam Style Dengan Ramalan Kiamat Nostradamus

Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

Petikan ramalan Nostradamus yang berkaitan dengan Gangnam Style

Sabtu, 15 Disember 2012

Sinopsis Drama Hanya Padamu Slot Zehra TV3

CINTA hadir tanpa diduga, itulah ungkapan yang boleh diberikan terhadap jalan penceritaan drama Hanya Padamu yang bakal menemui penonton menyusuli drama Runtun Qalbu di slot Zehra bermula 28 Disember ini.
Pelakon utama drama Hanya Padamu slot Zehra TV3