Jumaat, 11 Januari 2013

Diana Danielle Ditahan di Sydney Dan Farid Kamil Ambil Tindakan Undang-undang

Desas-desus sekarang ini dikatakan Diana Danielle Danny Beeson, ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia kerana faktor kandungan melebihi bulan yang dibenarkan untuk menaiki pesawat.

“Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana meneruskan pengajiannya,” kata pelakon terkenal, Farid Kamil mengenai perkara itu.

Farid berkata, dia hanya kembali seorang diri ke sini kerana komitmen terhadap kerja lakonan. Sebelum itu, mereka meluangkan masa berbulan madu selama dua minggu di sana sebelum Farid kembali ke tanah air sejak seminggu lalu.

“Dia (Diana) sebenarnya mempunyai temu duga melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, Diana yang mengandung dua bulan perlu terus tinggal di sana kerana menantikan keputusan temu duga dan akan pulang ke sini selepas segala urusan pendaftaran pelajar selesai.
Diana Danielle dan Farid Kamil di Sydeney semasa berbulan madu

Khamis, 10 Januari 2013

Sinopsis Drama Janji Shirah DiTV3

Akan datang drama bertajuk Janji Shirah akan menemani anda setiap Ahad jam 9 malam di TV3.Pelakon utamanya ialah Nabila Huda ,Iqram Dinzly,Aeril Zafril, Fauzi Nawawi, Zarina dan juga Fasha Sandha.
Poster drama Janji Shirah

4 Gambar Dan Video Kereta Ferrari 360 Spider Terbakar Di Kajang

Seorang pemilik sebuah premis mencuci kereta tergamam apabila melihat sebuah kereta mewah jenis Ferrari 360 Spider bernilai lebih RM1 juta milik pelanggannya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Putera 3, Taman Putera, Kajang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.25 malam itu berlaku beberapa minit selepas kereta mewah tersebut diletakkan di situ oleh pemiliknya untuk dicuci.

Namun belum sempat ia dicuci, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terkejut apabila mendapati kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan kereta itu musnah.
Kebakaran Kereta jenis FERRARI

Bayi Maut Disuntik Ubat Kecut Rahim Selepas Dilahirkan

Lagi kecuaian dari pihak hospital. Sepasang suami isteri memfailkan saman atas kecuaian kakitangan hospital swasta di sini, yang didakwa menyuntik ubat mengecutkan rahim sehingga menyebabkan kematian bayi lelaki mereka.

Juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Petaling Jaya, Selangor Mohd Helmi Mohd Isa, 30, dan isterinya, Norehan Abdul Hassan, 30, yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah politeknik di Tanjung Malim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini, semalam.

Mereka yang berkahwin tiga tahun lalu, mendakwa kecuaian itu menyebabkan bayi pertama mereka yang dilahirkan pada 5.19 petang, 13 April lalu menerusi pembedahan, maut dengan kecederaan teruk pada organ dalaman serta kepala.
gambar hiasan

Selasa, 8 Januari 2013

Berita Datuk Seri Najib Razak Kena Strok Tidak Benar

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.
 "Saya sihat", kata Najib

Isnin, 7 Januari 2013

Alasan Media Prima Kenapa Aizat Gantikan Uji Rashid Nyanyikan Terukir Di Bintang AJL27

BERIKUTAN terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan pada malam Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), Yunalis Zarai terpaksa memilih penyanyi gantian bagi menyanyikan lagunya, Terukir Di Bintang.

Pada awalnya, penyanyi Uji Rashid dipilih berikutan Yuna sekeluarga meminati penyanyi itu, namun berlaku pertukaran di saat-saat akhir.

Mengulas lanjut soal itu, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihaknya tidak terlibat membuat keputusan bagi persembahan AJL.
Persembahan Aizat menyanyikan Lagu Terukir Di Bintang AJL27

Ahad, 6 Januari 2013

Tempahan Craft Dari Felt Dan Fabrik Denim-Pencil Case

Sekolah untuk tahun 2013 sudah seminggu bermula. Bergaya sungguh anak atau adik kita bergaya dengan seragam baru. Hujung tahun 2012 sibuk betul nak siapkan tempahan pencil case,maklumlah mesti siapkan sebelum sekolah dibuka.

Ini ada beberapa contoh tempahan dari pelanggan Handmade ct N honey. Ada juga customer re-order.
Jika ada yang berminat sila ke FB koleksi Handmade ct N honey. Boleh tinggalkan pesanan dengan memberi detail order.

1.warna pencil case (bergantung pada stock)
2. Standard saiz 8x5 inci. Boleh juga ditukar mengikut kesesuaian anda.
3.Jika Corak sendiri (sila berikan corak yang anda kehendaki.cth rama-rama,bunga,ladybird,dll)
4.Nama yang ingin diletak di pencil case.
5.Harga untuk corak depan rm10
6.Harga untuk corak depan belakang rm15.
7.Jenis kain denim atau Heavy Cotton.
7.Harga belum termasuk kos penghantaran.
8.Berikan Ct masa dlm seminggu untuk menyiapkannya.

Boleh digunakan sebagai Pencil case,Pouch,beg mekap.Corak dari Felt

Sabtu, 5 Januari 2013

12 Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Natasha-5 Jan 2013

Hari ini satu lagi majlis bersanding diadakan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu dengan tema ala kampung.

Pasangan pengantin Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha sungguh cantik dan berseri dengan busana berwarna biru sentuhan azuracouture. Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Satu lagi majlis resepsi untuk pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha akan diadakan di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur.

Majlis resepsi Khairul Fahmi Che Mat (apek) Dan Leuniey Natasha-5 jan 2013

Khamis, 3 Januari 2013

Tanah Runtuh Di Putra Height,Subang Jaya, 6 Kereta Tertimbus

Tanah runtuh di Subang Jaya-3 Jan 2013
Enam kereta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berhampiran Balai Polis Putra Height, Subang Jaya, dekat sini hari ini.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu dilapor berlaku pada pukul 6.12 petang.

"Sehingga kini maklumat yang diterima hanya melibatkan kenderaan yang tertimbus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Sehingga kini kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan oleh tujuh anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang.info sinarharian


Rabu, 2 Januari 2013

Pelakon Dan Model Zarina Anjoulie Lavocah Didakwa Memiliki Dadah

Awal-awal lagi tabir 2013 dibuka dengan kisah yang ‘gempak’! Muka depan Harian Metro, semalam memaparkan kisah seorang pelakon wanita seksi ditahan pihak berkuasa selepas didapati memiliki dadah di sebuah kediaman mewah, kelmarin. Dia dilaporkan bersama teman lelakinya, seorang penganggur memiliki pil disyaki Eramin 5.
Zarina Anjoulie didakwa memiliki dadah