Isnin, 15 Julai 2013

Gambar Majlis Pertunangan Raja Azmi Dan Mohd Eddie

Penerbit filem kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman mengikat tali pertunangan dengan kekasih, Mohd Eddie Ghazali di kediamannya di Ampang, Selangor, petang tadi

Majlis pertunangan bermula jam 6 petang diikuti dengan majlis berbuka puasa serta solat Maghrib secara berjemaah.

Raja Azmi dimajlis pertunangannya dengan Eddie

Isnin, 24 Jun 2013

Sinopsis Drama Ummi TV3

Poster drama Ummi di TV3

Selepas program realiti hiburan Bintang Mencari Bintang, TV3 akan mempersembahkan sebuah drama bersiri 13 episod,Ummi yang diarahkan oleh Faisal Ishak pada setiap hari Ahad jam 9.00 – 10.00 malam mulai 30 Jun 2013. Drama bersiri terbitan Filmscape Sdn Bhd ini merupakan hasil garapan skrip oleh Amrul Hadi dan Umie Isa telah mengetengahkan Datin Paduka Umie Aida (Ummi) serta pelakon-pelakon cilik seperti Khyreena Kemal (Comel), Danish Adam (Amir) dan Ahmad Fadzli Masri (Danish) sebagai tunggak utama.
Pelakon utama drama Ummi di TV3

Ahad, 23 Jun 2013

Majlis Pernikahan Pierre Andre Dan Nurhidayah

PENGARAH dan pelakon, Pierre Andre selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini.

Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.

Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazrul Andre, 28 sah bergelar suami kepada Nurhidayah, 25 hanya dengan sekali lafaz.

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.

Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000.

Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak.

2 Gambar Parti Mandi Buih Diserbu

Seramai 47 remaja Islam termasuk tiga pelajar tingkatan lima ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika asyik berhibur dalam parti mandi buih di sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng di sini malam tadi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, pihaknya menahan seramai 38 lelaki dan sembilan perempuan yang berusia lingkungan 17 ke 30 tahun.
Parti mandi buih 
 Menurutnya, tiga daripada remaja perempuan terbabit berusia 17 tahun dan masih bersekolah.

"Ketika serbuan dilakukan kesemua mereka sedang menari sambil mandi buih dengan berpakaian seksi," katanya ketika ditemui selepas operasi yang turut disertai oleh anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Wan Jaafar, setiap pelanggan yang menyertai pesta itu dikenakan bayaran sebanyak RM40 seorang.

Beliau berkata, pihaknya melakukan intipan di restoran berkenaan setelah mendapat maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan maksiat itu.

Ahad, 16 Jun 2013

Yana Samsudin Punya Deria ke-6 Alami Perkara Pelik Dalam Hidup

Siapa sangka di sebalik keramahan dan senyum manis, hati Yana Samsudin gundah gulana. Sudah lama dia me­ngalami pengalaman pelik dan sering berteka-teki apa sebenarnya yang menghantui dirinya.

Tidak tahu apa puncanya, pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi yang mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.

Sabtu, 15 Jun 2013

Gambar Gaya Fesyen Artis Di Anugerah Blokbuster-2

Bertemakan Gaya Vintage Kontemporari atau Hipster, Anugerah Blokbuster edisi ke-2 ini telah berlangsung pada malam ini dengan dihadiri ramai selebriti popular yang memijak karpet merah seawal jam 8 malam.

Mengambil tempat di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru) Anugerah Blockbuster 2 menyaksikan sebanyak 16 kategori di’pertanding untuk di’rebut para penggiat filem tanah air. Jom layan dan cuci mata dengan gaya fesyen selebriti yang hadir


Khamis, 13 Jun 2013

Ibu Mertua Farid Kamil komen Mengenai Hubungan Dingin Mereka

Ibu kepada pelakon Diana Danielle, Norsiah Ramli, 50, menerima dengan hati terbuka kenyataan berbaur sindiran dikeluarkan menantunya, pelakon dan pengarah Farid Kamil di laman sosial Twitter, Isnin lalu.

Norsiah ketika dihubungi berkata, dia enggan memanjangkan perkara itu walaupun kenyataan Farid menerusi akaun Twitter miliknya itu kelihatan agak melampau dan seakan mengiyakan desas-desus mendakwa hubungan mereka berantakan sebelum ini.

Norsiah Ramli ibu mertua Farid Kamil

Ahad, 9 Jun 2013

Gambar anak Farid Kamil dan Diana Danielle

Ramai yang ternanti-nanti gambar bayi sulung Farid Kamil dan Diana Danielle kan. Tada...ni dia gambar comel anaknya. Untuk pengetahuan semua Pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle sudah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada hujung Mei lalu.
Gambar anak Farid Kamil dan Diana Danielle

Update
Sekarang ini ada sedikit kekeliruan..ramai yang kata ini bukan anak Farid Kamil....ini sebenarnya anak saudaranya...Kita tunggu lah pengesahan dari Farid Kamil sendiri....

Baca Penjelasan Farid Kamil mengenai 'Baby Boy'


update 2-7-2013

Selepas beberapa kali spekulasi timbul berkaitan kelahiran anak sulung pasangan ini, akhirnya Farid Kamil dan Diana Danielle berkongsi satu berita gembira yang bayi sulung mereka telah selamat di’lahirkan.

Menerusi akaun Instagram, Farid Kamil berkongsikan gambar bayi lelaki dengan kata kata welcome to the world my son selain menulis bayi ini lahir dengan berat 9.7lbs atau 4.39kg.

Gambar sebenar anak Farid Kamil dan Diana Danielle

Anak lelaki Farid Kamil danDiana Danielle


24 Gambar Majlis Perkahwinan Daus AF Dan Syaza Shamimi

Bekas pelajar Akademi Fantasia, Daus telah melangsungkan perkahwinannya bersama Syaza Shamimi pada 6/6/2013.

Majlis penyatuan dua hati itu berlangsung di Bintulu, Sarawak selepas mereka berdua bertunang pada bulan Disember tahun lepas.

Tahniah diucapkan dan semoga kekal bahagia.



Tahniah Diana Danielle Sudah Bersalin

Pelakon yang juga isteri kepada Farid Kamil iaitu Diana Danielle sudah pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Setakat ini, masih belum dapat pastikan nama bayi atau berat semasa dia dilahirkan, tetapi dengarnya si comel itu dilahirkan di sebuah hospital berdekatan tempat kediaman Diana di Sydney, Australia, pada hujung Mei lalu.