Ahad, 20 November 2011

Majlis Resepsi Eira Syazira dan Azad-Di Cheras 18 Nov 2011

Majlis Resepsi pada 18 November 2011, Eira memilih kontemporari Melayu  Inggeris, menggabungkan dua budaya berlainan dalam satu majlis sederhana. Konsepnya urban tapi Eira masih mengekalkan konsep tradisional. Majlis yang berlangsung di Dewan Pusat Belia Antarabangsa di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan kedua-dua mempelai.







                             
Majlis Resepsi Eira Syazira dan Azad di Cheras-18 Nov 2011
Majlis Resepsi Eira Syazira dan Azad bertemakan kontemporari Melayu  Inggeris
Majlis resepsi di pihak Azad pada 26 November di Pulau Pinang  
Pelamin Majlis Resepsi Eira Syazira di Cheras
Shaheizy Sam di majlis Resepsi Eira Syazira dan Azad
Turut hadir memeriahkan majlis persandingan itu ialah selebriti seperti pelakon Shaheizy Sam, Ainul Aishah, Fara Fauzana dan Adam Corrie Lee.

Majlis resepsi di pihak Azad pada 26 November di Pulau Pinang bertemakan Bollywood. Eira memilih tema itu untuk kelainan kerana jarang dijadikan sebagai tema majlis. Ia juga sesuai dengan identiti Azad sebagai anak mami. Pasangan ini  SAH BERGELAR SUAMI ISTERI pada 16 Sept 2011 lalu selepas tiga tahun MENYULAM CINTA.
Mengenai bulan madu, Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi mengakui kerana kesibukan juga hingga kini mereka masih tidak mempunyai peluang untuk berbulan madu. Mengikut perancangan mereka akan berbulan madu di Melbourne dan Gold Coast, Australia pada bulan depan. Selepas membuat penggambaran DINGIN LAVENDA (slot Zehra TV3) Eira sangat tertarik dengan tempat itu kerana ia sangat cantik. Manakala Gold Coast pula adalah pilihan Azad.

Dengan VibranceKegel hubungan suami isteri seperti MALAM PERTAMA







5 ulasan:

paihujey berkata...

eira syazira tu org klate..hehe

Saya perlukan bantuan anda untuk memenangi iPad 2. Anda hanya perlu klik Like, Tweet dan +1 sahaja. Bantuan anda semua amatlah saya hargai. http://paihujey.com/blog/apakah-gadget-impian-pilihan-aku/

NzA berkata...

eira tu sweet je orgnya...

Jendela Hati berkata...

pengantin dua2 segak dan cantek

cik wanie Lovela (CWL) berkata...

untung bini cantik!

khair berkata...

so sweet..
tahniah wat kedua-dua mempelai...:)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/