Isnin, 20 Februari 2012

Majlis Pertunangan Misha Omar & Firos Diadakan Secara Tertutup

Lebih setahun berperang dengan gosip yang menjerut rasa, Misha Omar akhirnya meleraikan segala prasangka dengan memperkenalkan lelaki yang mendampinginya sebagai bakal tunangnya. Jejaka berusia 30 tahun , Firos Ezzwan Rossly yang bertugas sebagai juruterbang sebuah syarikat penerbangan tempatan menamatkan segala spekulasi yang pernah menyelubungi penyanyi Bunga-Bunga Cinta itu apabila mereka bakal mengikat tali pertunangan dalam masa terdekat ini.
Misha Omar & Firos


Enggan berkongsi tarikh sebenar pertunangan, Misha berharap keputusannya itu tidak dijadikan isu oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

"Saya cuma memenuhi permintaan kedua-dua keluarga yang mahukan majlis pertunangan kami dilakukan secara tertutup. Untuk tidak menjadikan perkara itu ribut, saya sedia luangkan waktu memenuhi sesi fotografi dengan media yang rapat di samping memperkenalkan bakal tunangan saya. Kami sepakat akan berkongsi tarikh pernikahan apabila segala-galanya sudah ditetapkan nanti", kata Misha.(BMinggu 19 Februari 2012.)
Misha Omar nikah tahun ini
Baca pula bagaimana Misha & Firos jatuh cinta

Tiada ulasan: