Pernikahan itu telah diadakan di Dataran Kaabah didalam Masjidil Haram, Mekah pada 4.45 petang selepas solat Asar. Pernikahan ini telah disaksikan oleh keluarga dari kedua-dua pihak dan juga kakitangan agensi Rayhar Travel. Juru nikah khas telah dijemput untuk menyaksikan acara pernikahan anak mereka.
Mohd Ashraf Muslim melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz.Selepas acara pernikahan itu, pada waktu malamnya telah diadakan majlis resepsi ringkas yang telah ditaja oleh Rayhar Travel. Majlis diadakan di dewan makan hotel Al-Azhar selepas solat isya’. Seramai 150 jemaah Rayhar dan sahabat handai telah hadir ke majlis itu. Juadah istimewa pada malam itu merupakan nasi mandi kisbah (anak kambing).
Majlis yang cukup sederhana pada pandangan Ct. Di harap Ashraf dan Dayana mendapat berkat sebab bernikah di Tanah Suci dan bahagia hingga ke akhir hayat.sumber mforum
9 ulasan:
alhamdululah . da selamat .. mmg ringkas . mudah2an dipanjgkan jodoh bersama hingga akhir hayat mereka . amin ~~
alhamdilillah..dah slmt..
Hari Raya Menjelma Kembali, Saya Ada Contest Raya Untuk Anda..Hanya Disini Caranya http://zulzol.blogspot.com/2011/08/hari-raya-photo-contest-2011.htm
dah mcm pak arab..hehe
semoga bkekalan...
slmt pngantin baru buat asraf muslim..
senang nak celebrate annivesary.sama tarikh dengan raya.hehe..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dan Salam Kemerdekaan :)
tahniah .. oh syahdu nyer.. ;)
Catat Ulasan