Ahad, 18 September 2011

Hantaran Eira Syazira dan Azad Jasmin

Tanggal 22 Februari 2008, itu tarikh detik perkenalan diantara mereka. Bermula dengan ikatan persahabatan. Kemudian pada Mei lalu, keluarga Azad datang merisik. Dan akhirnya semalam,(16 Sept 2011) pada ketika umum menikmati cuti sempena merai hMalaysia, pasangan aktor-aktres ni mencipta hari bahagia mereka.

Selama 3 tahun menyulam cinta dan selepas berdepan dengan pelbagai dugaan juga suka duka bersama, akhirnya dengan sekali lafaz, Syazira Shuhaimi atau lebih mesra ngan panggilan Eira Syazira, sah menjadi suri kepada Azad Jasmin John Louis bin Jeffri aka Azad. Pasangan ini selamat dinikahkan oleh bapa Eira sendiri, Shuhaimi Hj. Aceh, dengan mas kahwin sebanyak RM 300, disaksikan oleh Ustaz Abdul Manaf bin Mat, Imam besar masjid putra Jakim, Putrajaya. Turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran sanak saudara serta kawan-kawan terdekat.

Di sini Ct nak share aje hantaran dari kedua-dua belah pihak. Baca lagi di Gambar majlis pernikahan Eira Syazira dan Azad
jersey dan topi Chelsea
Hantaran Kemeja
Jam tangan Jenama Police
Kasut berjenama Aldo

Hantaran Eira untuk Azad(Samsung Galaxy)


Hantaran ipad('Like it,Push it')
Hantaran kasut dihias indah Jenama Charles & Keith
Sirih junjung pembuka kata
Beg tangan Tod's
HantaranAzad untuk Eira(BlackBerry RM399!)