Isnin, 12 September 2011

Video Undilah-Ku Li, Afdlin Shauki dan Namewee terpilih

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersama pelakon Afdlin Shauki dan Namewee antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer terkenal, Pete Teo.

Pete Teo berkata, lagu itu akan dilancarkan pada 16 September ini, sempena Hari Malaysia.
“Lagu itu sebagai pemberitahuan kepada masyarakat untuk daftar sebagai pengundi dan menggalakkan rakyat Malaysia mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Orang ramai boleh memuat turun video dan lagu berkenaan setelah ia dilancarkan minggu depan,” katanya.

Beliau berkata, video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti, termasuk ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang, antaranya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei; Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Datuk Tony Fernandes.

“Secara keseluruhan, lebih 180 orang terlibat dalam penghasilan lagu Undilah, sebahagian video klip itu yang berdurasi 1.11 minit kini ditayangkan di Youtube,” katanya. Ini adalah video penuhnya


Bagi sesiapa yang belum mendaftar,harap-harap bila dah lihat video ni terbukalah hati nak mendaftar. Nanti rugi pula tak dapat pergi mengundi. 

2 ulasan:

Kak Aya berkata...

Alfatihah...bahaya demam boleh membaca maut.

Unknown berkata...

layan~