Khamis, 13 Oktober 2011

Isi kandungan buku terbitan Kelab Taat Suami- “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyekat pengedaran buku “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” atau “Sex Muslims, Jews fight the discretion to return Islam to the world of sex" yang diterbitkan oleh Kelab Taat Suami kerana didakwa mengarut dan memalukan.


Gambar kulit buku kontroversi  “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”  terbitan Kelab Taat Suami
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk seri Jamil Khir Baharom berkata perbincangan mengenai hubungan seks dalam buku berkenaan walaupun secara halal antara suami dan isteri adalah tidak wajar kerana ditonjolkan dengan cara tidak beradab dan boleh mengundang tanggapan negatif.

“Apatah lagi apabila membicarakan mengenai khayalan yang Allahyarham Asaari Muhammad atau Abuya (bekas pemimpin Al-Arqam) sedang melayari hidup di alam sendiri dan akan menguruskan isterinya untuk dibawa ke alam roh, ini hal karut,” katanya.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Jamil Khir menambah, “kita akan siasat dengan teliti kandungan buku ini dan melihat sejauh mana tindakan yang boleh diambil, termasuk kepada Kelab Taat Suami yang diketuai Hatijah Aam (isteri Asaari) ini.”

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang, salah satu petikannya ialah “Kemuncak cinta kita ialah celah kangkang. Tangan, kaki dan segalanya terdorong kuat untuk menuju ke situ [The peak of our love is the cleft in between. Hands, feet and everything are strongly driven there].”turut menyiarkan gambar Hatijah atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah, yang mendakwa ketika dunia menyangka Abuya sudah meninggal dunia, pengikutnya kini bangkit memperjuangkan seks Islam.

Sementara itu bekas pengikut Al-Arqam Mohd Zawawi Aman berkata buku berkenaan yang diterbitkan di Pasir Puteh, Kelantan kira-kira dua bulan lalu hanya dijual kepada ahli dengan harga RM50 senaskhah. malaysianinside 

Baca di sini untuk pandangan dari sudut positif mengenai buku tersebut.

5 ulasan:

MalizaMah berkata...

Terima kasih sebab sfollow blog sya.
saya dah follow blog awak juga.
moga sama2 dpt bntu tingkatkan trafik dan dana blog.

puteraduyong berkata...

jom kita buat kelab taat Allah...

Tanpa Nama berkata...

Berdakwah lah ke Jalan Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

putera duyong...jgn ckp je...wt la dulu..klu isteri pn susah nk taat suami lg nk taat Allah..huish..jaoh skali...ta mngkin owg bleh taat Allah tnpa taat suami..tp klw da taat suami i.Allah taat Allah..

Tanpa Nama berkata...

taat allah swt dan rasul saw...inshaalah taat suami taat kedua ibu bapa...etc...mgikut...