Antara rakan artis yang kelihatan hadir pada majlis perkahwinan mereka termasuklah Bront Palarae, Beto Khusairy, Farhan AF4, Zain dan penyampai HotFm Ikhwan.Malah, dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu, majlis pasangan ini nyata begitu meriah.
Zahiril meluahkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana dapat memperisterikan Syera yang memang menepati ciri-ciri gadis idamannya. Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, beliau yakin Shera pilihan yang tepat dan sesuai sebagai suri hidupnya.
“Hubungan cinta kami mula berputik sejak sama-sama berlakon dalam sebuah drama berjudul Ada Sesuatu Yang Tertinggal,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Kedua-duanya berkata, mereka saling menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing kerana menganggap tiada manusia sempurna.
Ketika ditanya mengenai lokasi berbulan madu, mereka mempunyai rancangan, namun masih belum ditetapkan memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya yang diceburi.
Menurut Shera yang juga pengacara Wanita Hari Ini (WHI), berhubung soal anak pula mereka berdua serahkan segala-galanya kepada ketentuan Ilahi.
“Saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan berharap kami dapat menempuh bahtera rumah tangga sehingga ke akhir hayat.
"Memandangkan masing-masing agak sibuk dengan jadual karier, lokasi untuk bulan madu tidak dapat dipastikan lagi, apatah lagi soal anak.
"Tetapi, jika rezeki datang dalam masa terdekat, sudah pasti kami menerimanya dengan hati terbuka dan bersyukur dengan kurniaan Tuhan,” kata bintang filem seram, Karak terbitan KRU Studios ini.

Gambar dari Twitter Hatta Dolmat
Gambar dari jangguttouch.com
Gambar dari Takara Sakana
2 ulasan:
simlpe sgt pelaminnya...
comelnya~ :)
Catat Ulasan