Isnin, 31 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi Che Mat Dan Leuniey Natasha-30 Dis 2012

Majlis resepsi pertama pasangan Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah berlangsung meriah di Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.

Dalam majlis resepsi pertama yang berlangsung malam tadi, pasangan popular ini mengenakan busana songket rekaan eksklusif pereka terkenal Ezuwan Ismail yang ditaja oleh Atikah Songket dengan perhiasan mahkota untuk pengantin perempuan selain pemakaian tanjak dan keris pada pengantin lelaki.

Hampir 1,500 tetamu hadir, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim, Ketua Istiadat Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa, Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman dan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Majlis lebih meriah, apabila kedua mempelai turut disajikan dengan dendangan lagu yang semakin mendapat tempat di hati peminat dan menjadi tema telemovie Adam dan Hawa, dendangan duet Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz AF yang dipersembahkan penghibur jemputan.

Khairul Fahmi Che Mat(Apex) & Leuniey Natasha telah mengadakan majlis pernikahan mereka pada 28 Disember 2012 yang lalu. Satu lagi majlis bersanding akan diadakan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan dengan tema ala kampung dan satu lagi majlis resepsi di Hotel The Royale Bintang, Damansara Kuala Lumpur.
Apek dan Leuniey di majlis resepsi mereka di kelantan(sebelah perempuan)

Sabtu, 29 Disember 2012

Gambar Sekitar Tanah Runtuh Di Taman Puncak Setiawangsa.

Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam.

Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi
Tanah runtuh di Puncak Setiawangsa

Hantaran Artis-Hantaran Perkahwinan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Penjaga gol skuad bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Chet Mat, 23, atau Apex memanjatkan kesyukuran kerana majlis akad nikahnya telah berlangsung dengan selamatnya.

"Saya sendiri rasa macam tidak percaya bahawa saya kini sudah bergelar suami kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar. Namun, Alhamdulillah kerana segalanya telah dipermudahkan Allah SWT.

"Mengenai wang hantaran berjumlah RM19,000 ia sebenarnya simbolik kepada angka 19 yang juga merupakan nombor bertuah bagi saya. Jadi, saya harap jumlah wang hantaran ini akan memberikan tuah dalam perkahwinan saya bersama Leuniey.

"Tentang soal berbulan madu, saya dan Leuniey masih belum memikirkannya lagi kerana apa yang penting adalah mendahulukan perkara yang wajib. Selepas kahwin, rutin harian saya tetap sama iaitu menjadi penjaga gawang Kelantan," katanya kepada murai.com.my.

Jumaat, 28 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Apek (Khairul Fahmi) Dan Leuniey

Selepas melalui pelbagai episod kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21, akan diijabkabulkan hari ini.

Majlis akad nikah Khairul Fahmi dan Nur Eilunie telah berlangsung di kediaman Nur Eilunie atau Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat pada pukul 10 pagi 28 Disember 2012.Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sah bergelar suami isteri.
Leuniey dimajlis pernikahannya bersama Apek

Khamis, 27 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Siti Fazurina Dan Hykal

Perkahwinan Siti Fazurina dan Hykal boleh dikatakan penuh dengan kontroversi.Siti Fazurina telah dikatakan kawin lari oleh keluarganya. Tapi bila melihat majlis pernikahan Siti Fazurina dan Hykal nampaknya seperti majlis artis yang lain meriah dan siti Fazurina begitu cantik sekali.
Siti Fazurina dan Hykal di majlis pernikahan mereka

Bekas Anggota Kumpulan Hip Hop Ruffedge Didakwa Rogol Anak Tiri

Salah seorang anggota kumpulan Ruffedge didakwa rogol anak tiri
Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.

Isnin, 24 Disember 2012

Gambar Majlis Pertunangan Syafiq(Anak Datuk Yusof Haslam) dan Aeisyah Zainal

Anak kepada pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof mengikat tali pertunangan dengan rakan kolejnya, Aeisyah Zainal di rumah tunangnya di Gombak, Selangor semalam.

Pada majlis tersebut, Syafiq, 20, yang juga seorang pengarah filem sudah dua tahun menjalin hubungan cinta dengan Aeisyah, 20, memberi tunangnya sebentuk cincin yang disarungkan oleh ibunya, Datin Fatimah Ismail beserta tujuh dulang hantaran.
Gambar tunang Syafiq Yusof, Aeisyah Zainal

Sabtu, 22 Disember 2012

Gambar Majlis Perkahwinan Anne Ngasri dan Mohd Sumali

Nasriah Ngasri telah menamatkan status jandanya pada 22 disember 2012. Dengan sekali lafaz, Anne Ngasri sah bergelar isteri kepada Sumali Reduan dengan mas kahwin bernilai RM22.50 & hantaran RM11,111. Majlis pernikahan mereka telah di adakan di kampung Anne di Benut, Pontian.

Untuk kali ini, Anne hanya mengadakan majlis kesyukuran dan menjemput seramai 3,000 tetamu di majlis itu.

Anne yang sangat cantik mengenakan busana rekaan Ezuwan Ismail yang dipenuhi dengan mutiara.
  Anne Ngasri di majlis pernikahan ke-2nya 

Majlis pernikahan ke-2 Anne Ngasri dan Mohd Sumali
Anne Ngasri dan Mohd Sumali di hari pernikahan mereka
Hantaran perkahwinan Anne Ngasri dan Mohd Sumali
Pelamin pernikahan Anne Ngasri dan Mohd Sumali






Jumaat, 21 Disember 2012

Siti Fazurina Beri Penjelasan Tidak Kawin Lari Dengan Hykal Zulkifli

Berita hari ini kecoh tentang Fazurina kawin lari tanpa restu keluarga. berikut penjelasan dari pelakon Trilogi Cinta itu.

“Rina tidak melarikan diri atau akan senyap sahaja. Rina akan jelaskan semuanya nanti. Rina minta maaf sebab tidak boleh jelaskan di telefon. Bimbang berlaku salah faham pula nanti. Adalah lebih baik kita berjumpa secara 'face to face' untuk bercerita tentang perkara ini,” ujar Siti Fazurina mengulas tentang isu kahwin lari yang dihadapinya ketika ini.
Fazurina dan Hykal Zulkifli kawin lari

Khamis, 20 Disember 2012

Apa Kaitan Gangnam Style Dengan Ramalan Kiamat Nostradamus

Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku esok dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan, Psy?
Menurut ramalan kontroversi Nostradamus, jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton, maka kiamat akan berlaku.

Siapa sebenarnya Nostradamus? Dia ialah penyair, peramal astrologi yang lahir di Perancis pada 1503. Namanya sangat terkenal selepas beberapa ramalannya menjadi kenyataan.

Beberapa ramalannya yang terkenal dan terbukti tepat ialah Revoulsi Perancis, Kebakaran di London, kematian Puteri Diana, kematian John F Kennedy dan tragedi pengeboman di Nagasaki, malah tragedi serangan 11 September di New York.

Berdasarkan turutan rekod itulah, dunia mulai cemas dengan ramalan dunia akan berakhir atau kiamat yang dijangka berlaku ketika penonton Gangnam Style di YouTube mencecah angka satu bilion. Mengapa Gangnam Style dan mengapa angka satu bilion? Berikut ialah ramalan Nostradamus mengenai akhir zaman.

Petikan ramalan Nostradamus yang berkaitan dengan Gangnam Style

Sabtu, 15 Disember 2012

Sinopsis Drama Hanya Padamu Slot Zehra TV3

CINTA hadir tanpa diduga, itulah ungkapan yang boleh diberikan terhadap jalan penceritaan drama Hanya Padamu yang bakal menemui penonton menyusuli drama Runtun Qalbu di slot Zehra bermula 28 Disember ini.
Pelakon utama drama Hanya Padamu slot Zehra TV3

Khamis, 13 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Betty Banafe & Bruce Dargus

Seorang lagi selebriti yang mengabadikan tarikh 12 Disember 2012 untuk meraikan detik istimewa dalam kehidupan mereka. Betty Banafe & suami Bruce Dargus tidak ketinggalan melangsungkan majlis resepsi yang begitu meriah di Danga Bay, Johor Bahru.

Pada Ahad yang lalu, Betty Banafe sah bergelar isteri kepada perunding teknologi Bruce Dargus dalam sebuah majlis yang berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan.
  Majlis Resepsi Betty Banafe & Bruce Dargus yang serba mewah

Gambar Majlis Resepsi Diana Danielle & Farid Kamil Di Jitra

Farid Kamil dan Diana Danielle antara pasangan di negara ini yang mengabadikan detik manis dan tarikh bertuah 12.12.12 dengan mengadakan majlis perkahwinan.

Majlis persandingan Farid Kamil dan Diana Danielle dengan konsep tradisional ini berlangsung di Darulaman Park Lake Park di Jitra, Kedah.
 Diana Danielle & Farid Kamil di majlis resepsi mereka  di Jitra,Kedah

Rabu, 12 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Zakiah Anas Dan Raja Shahrul Azmi

Berpakaian serba putih, Zakiah Anas dan pasangannya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 tahun, kemudian dinikahkan oleh kadi, Haji Mohd Arip Johdi dengan masa kahwin RM13,500 tunai.

Dengan sekali lafaz, mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri pada jam 11.35 pagi, diwalikan oleh abang Zakiah, Mohd Adnan Anas.

Zakiah anak kelahiran Bagan Serai, Perak dan anak bongsu daripada enam adik beradik dan graduan Komunikasi Massa, Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam.

Azmi juga berasal dari Perak dan pernah bersama Zakiah menuntut di institusi pengajian tinggi sama dalam jurusan Pelancongan dan Pengurusan Hotel.

Majlis pernikahan Zakiah Anas dan Raja Shahrul Azmi Raja Sahar

Isnin, 10 Disember 2012

Gambar Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri-8.12.2012

Tahniah diucapkan kepada pelakon, Shah Jaszle kerana telah pun mengikat tali pertunangan dengan Redzwani Puteri pada Sabtu lalu( 8 Dis 2012).
Majlis Pertunangan Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri-8.12.2012  
  Shah Jaszle Dan Redzwani Puteri 

Sabtu, 8 Disember 2012

Gambar Majlis Pernikahan Betty Banafe Dan Bruce Dargus

Dengan sekali lafaz Betty Banafe selamat menjadi isteri kepada Bruce Dargus yang telah berlangsung pada pukul 2 petang tadi. Majlis tersebut berlangsung di sebuah villa di Kempas, Johor. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah Johor Bahru, Ustaz Ahmad Faizal dengan berwakil wali adik lelaki Betty: Rifqi Benafe. Mas kahwin pasangan ini ialah sebentuk cincin.
  Betty Banafe Dan Bruce Dargus dimajlis pernikahan 

Jumaat, 7 Disember 2012

Koleksi Jenama Tudung FARAHiskandar-Milik Farah Lee

Farah Lee isteri kepada pengacara terkenal Ally Iskandar kini telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Farah memiliki perniagaan online sendiri, yang menjual tudung Bawal berjenama Farah Iskandar.
Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah.

Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan.
Tudung Farah iskandar-warna biru

Khamis, 6 Disember 2012

Apakah Kesalahan Farid Kamil Memakai Uniform Tentera Di majlis Resepsinya

Farid Kamil dikatakan telah melanggar peraturan pemakaian untuk golongan tentera, memandangkan pelakon dan pengarah muda ini telah memakai uniform yang menyerupai ala tentera yang berpangkat tinggi.
Pakaian tentera yang di pakai oleh Farid Kamil di majlis resepsinya

Selasa, 4 Disember 2012

Tarikh Hari Kiamat 21 Disember 2012-Planet Rempuh Bumi, UFO Muncul

Gunung Pic de Bugarach tempat yg selamat dari Hari Kiamat 21 Disember 2012
Gunung Pic de Bugarach setinggi 1,230 meter di selatan Perancis dipercayai merupakan satu-satunya tempat di dunia yang akan selamat daripada 'hari kiamat' pada 21 Disember depan, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Isnin, 3 Disember 2012

Gambar Majlis Resepsi Diana Danielle Dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian

Bertemakan ‘Barbeque Wedding’, Farid dan Diana berarak masuk ke perkarangan Taman Ekuestrian diiringi Unit Berkuda PDRM.

Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson,21, tampil anggun dalam busana mewah rona putih ala puteri raja hasil rekaan daripada label MimpiKita dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Chot. Manakala Farid Kamil pula mengenakan uniform khas yang ditempahnya untuk digayakan pada malam tersebut.
Majlis Resepsi Diana Danielle Dan Farid Kamil di Taman Ekuestrian 
 Dato` Dr Zahari bapa Farid telah bermurah hati menghadiahkan anak dan menantunya sebuah kereta BMW X6 Sport sebagai hadiah perkahwinan mereka. Ini adalah tanda restu daripadanya dan keluarga dengan penyatuan dua hati ini.

Diana Danielle dan Farid Kamil menaiki kereta kuda di majlis Resepsi mereka
Baju pengantin Diana Danieele
 Selain sahabat dan saudara mara, majlis ini turut dihadiri oleh tetamu dikalangan orang kenamaan, para media dan rakan artis. Antara selebriti yang hadir adalah Maya Karin, Fazura, Nad Zainal, Zulhuzaimi, dan Zul Suphian. Manakala, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Adira dan Amir Jahari.
Pelamin perkahwinan dalam taman Diana Danielle dan Farid Kamil
Majlis resepsi kedua bagi pihak lelaki akan diadakan di Jitra, Kedah pada 12 Disember ini dan masih mengekalkan konsep perkahwinan dalam taman.

Gambar Ella Yang sangat Cantik dan Ayu Di Majlis Resepsinya

Bertemakan serba putih dan dihiasi ‘chandelier’ klasik, pelamin juga cantik dihiasi bunga-bungaan putih hasil tangan Pak Abu. Majlis resepsi ratu rock Negara tersebut memulakan acara makan beradab. Bon Jova Accoustic yang merupakan sahabat handai Azhar membuat persembahan sebagai halwa telinga sambil menikmati hidangan yang disediakan.Dang Suria pula berkhidmat sebagai pengerusi majlis.
Ella dan Azhar di majlis resepsinya
Pasangan mempelai kemudiannya menukar busana masing-masing untuk upacara memotong kek. Ella kelihatan sungguh ayu dengan busana kedua rekaan Rizman Ruzaini yang berwarna merah jambu manakala Azhar pula kelihatan kacak dengan sut kelabu yang dikenakan.

Sabtu, 1 Disember 2012

Gambar Terowong Tentera Jepun Perang Dunia Ke-2 Di Palekbang

Gambar terowong tentera Jepun Perang Dunia Kedua di kampung Palekbang
Kampung Palekbang di sini tiba-tiba menjadi tumpuan apabila tersebar cerita penemuan terowong peninggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di laman sosial, di blog dan cakap-cakap di kedai kopi sejak seminggu ini.

Kewujudannya terus menjadi teka-teki apabila khabar angin mengatakan terowong tersebut panjangnya 100 kilometer bersambung sehingga ke Takbai, Thailand dan mempunyai lapangan terbang bawah tanah hingga Lalang Luas, Machang.

Dikatakan juga di bawah tanah itu terdapat bekas kubu tentera Jepun, landasan kereta api dan juga ada hasil bumi, yang kini dalam kajian pembangunan ekosejarah selia Kerajaan Negeri Kelantan.

Beberapa hari lalu kelihatan anggota polis, tentera, bomba berada di lokasi tersebut.

Bagaimanapun kesahihan kewujudan terowong tersebut masih menjadi persoalan hingga kini.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi tersebut mendapati kawasan tersebut sedang giat dibersihkan dan kelihatan beberapa telaga ditemui, didakwa sebagai lubang untuk turun ke bawah tanah.

Turut juga kelihatan binaan lama yang sudah ditenggelami tanah dibersihkan serta beberapa kawasan yang sudah dikawal oleh pihak keselamatan.

Seorang penduduk tetap Kampung Palekbang, Zakaria Abdul Kadir, 74, berkata, cerita kewujudan terowong bawah tanah ini adalah cerita karut yang sengaja digembar-gemburkan.

“Memang tidak wujud terowong bawah tanah, itu semua cerita karut, tidak ada stor bom atau pun senjata api di sini,” katanya.

Menurutnya, telaga yang ditemui di kawasan tersebut adalah tempat simpanan air untuk kegunaan kereta api dan bukannya terowong untuk turun ke bawah tanah.

Zakaria berkata, lokasi tersebut asalnya pelabuhan dan stesen kereta api yang tersohor menjadi nadi penghubung rakyat Kelantan untuk ke Kota Bharu serta sebagai pusat perdagangan.

Menurutnya, Kampung Palekbang wujud sebelum kedatangan Inggeris di Kelantan.

Bagaimanapun kewujudan kampung itu disenaraikan dalam rekod setelah kerajaan Inggeris membina landasan kereta api pada pertengahan 1920.

“Palekbang adalah kampung yang termaju sekali dalam Kelantan pada masa itu apabila muncul sebagai pusat perdagangan dan pekan transit dari luar Kelantan ke Kota Bharu serta tempat-tempat lain.

“Dengan kemudahan pengangkutan yang maju dan kedudukan yang strategik, Kampung Palekbang berfungsi sebagai pusat pengumpulan, pengedaran sama ada dengan kereta api atau feri yang merentasi Sungai Kelantan,” katanya.

Zakaria berkata, pada masa itu, Kampung Paklebang mempunyai stor simpanan sejuk yang menyimpan stok minuman botol F&N dan Coca-cola, serta depo minyak Shell dan Esso untuk bekalan bagi seluruh negeri Kelantan.

“Di sini juga terdapat kilang air batu yang besar untuk membekalkan air batu bagi seluruh negeri Kelantan dan kesemua bangunan tersebut terletak di pinggir sungai Kelantan seiringan dengan stesen kereta api Palekbang,” katanya.

Bagaimanapun, kata Zakaria, stesen kereta api Palekbang terpinggir sekitar tahun 1970-an apabila Jambatan Sultan Yahya Petra dibina dan dibuka menjadikan jalan darat berkembang.

Gambar Majlis Resepsi Nasha Alyssa Hishammuddin Dan Muhd. Anas Zawawi Khalid (Anak Tiri Ct Nurhaliza)

Majlis kenduri perkahwinan anak perempuan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Tun Abdul Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam tadi berlangsung dalam suasana meriah dengan dihadiri kira-kira 10,000 tetamu.

Pada majlis itu, kedua-dua mempelai, Nasha Alyssa, 23, dan Muhd. Anas Zawawi Khalid, 25, mengenakan pakaian pengantin berwarna coklat keemasan dan kelihatan ceria melayan tetamu termasuk perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang sedang berlangsung.

Majlis resepsi Nasha Alyssa dan Muhd. Anas Zawawi Khalid

Penyerang Penuntut Malaysia Muhammad Ashraff Haziq Rossli Dibebaskan

Dua lelaki yang dipenjara kerana merompak penuntut Malaysia dalam rusuhan tahun lalu, dibebaskan semalam selepas tuduhan ke atas mereka dibatalkan.

John Kassongs Kafunda, 23, dari Ilford, timur London, dan Reece Donovan, 25, dari Romford, Essex, dituduh merompak Muhammad Ashraff Haziq Rossli di Jalan Queen, London.


Kafunda dijatuhi hukuman penjara empat tahun tiga bulan kerana merompak, manakala Donovan dijel lima tahun selepas disabitkan kesalahan merompak, berkelakuan ganas serta mencuri.
Penyerang Muhammad Ashraff Haziq bebas

Jumaat, 30 November 2012

Untukmu Palestin-Lelong Trofi Kemenangan Faizal Tahir Dapat RM80,000

Program amal ‘Untukmu Palestin’ telah disiarkan secara langsung di TV3 yang bermula pada jam 11.00 malam. Selain menyaksikan beberapa artis ternama membuat persembahan istimewa seperti Raihan, Tomok dan Misha Omar, Faizal Tahir pada malam itu turut mengumumkan bahawa setakat ini, trofi kemenangan yang mahu dilelong demi membantu insan yang memerlukan sudah pun mencecah angka RM80,000.
Trofi kemenangan Faizal Tahir di lelong

Ahad, 25 November 2012

Gambar Anak Perempuan Nabil Raja Lawak Dan Nazirah

Tahniah diucapkan kepada Ahmad Nabil bin Ahmad dan pasangannya Nazirah Ayub diatas kelahiran cahaya mata sulung jam 8.40 pagi tadi.

Bayi perempuan comel seberat 2.67kg yang dilahirkan melalui pembedahan  di Klinik Umra, Shah Alam.
Doktor mencadangkan pembedahan memandangkan bayi sudah besar.
Nabil dan Nazirah mendapat anak perempuan

Gambar Majlis Pernikahan Anas Zawawi(Anak Datuk K) Dan Anak Perempuan Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein

Anak sulung Datuk K iaitu Anas Zawawi, 25, telah selamat bernikah dengan Allysa anak Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dan Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah.
Gambar majlis pernikahan anak tiri Dato Siti Nurhaliza

Khamis, 22 November 2012

Gambar Pra Perkahwinan Apex (Khairul Fahmi) Dan Leuniey (Eilunie Natasha)

Sungguh sweet gambar pra perkahwinan Apex dan Leuniey, sama cantik sama padan.

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey pada 28 Disember ini pada majlis perkahwinan yang membabitkan kos RM300,000.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek, 23, berkata, keputusan untuk bernikah dengan Leuniey, 21, pada tarikh tersebut dicapai hasil persetujuan kedua-dua keluarga.
Gambar cantik Leuniey bakal menjadi raja sehari

Handmade Sling Bag Untuk Student-'Simple But Nice'

Sekarang ini nak update blog sudah tidak ada masa. Sibuk dengan tempahan menjahit. Tapi harus juga dan paksa diri untuk mengup date walaupun satu entry.

Hari ini entry santai aje. Disebabkan sekarang Ct telah mula berbisnes melalui online dengan jenama Handmade Bag ct N honey eloklah kiranya entry ini mengenai hasil kerjatangan Ct itu.

Ini adalah tempahan dari rakan FB seorang pelajar U. Dia mahukan Sling Bag yang bersaiz A4,muat untuk mengisi fail dan buku ilmiahnya.

Sling Bagnya mestilah 'Simple But Nice'. Beg ini diperbuat dari kain jenis Jeans. Jadi rasanya sangat sesuai lah beg ini buat dia.

Sling Bag Handmade-Pattern yang 'Simple But Nice'

Rabu, 21 November 2012

Azhar Sulaiman Beri Penjelasan Kenapa Murtad

"Kenyataan saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu 'Nik Aziz dakwa Umno murtad'."

Begitulah penjelasan yang diberikan oleh aktor terkenal, Azhar Sulaiman, berhubung kenyataan mengenai dirinya kerana menjadi ahli Umno.

Azhar berkata, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

Facebook Azhar Sulaiman

Selasa, 20 November 2012

Anuar Zain Mengaku Meminati Nora Danish Jadi Teman Wanita

Penyanyi popular Anuar Zain membuat pengakuan pada majlis pelancaran video muzik Ajari Aku di Solaris Dutamas, semalam, benar-benar mengejutkan media yang hadir. Tanpa berselindung, Anuar, 42, mengakui meminati Nora Danish. Malah jika ditakdirkan dia bercinta dengan pelakon itu, dia tidak akan menolaknya.

“Memang Nora menepati cita rasa wanita idaman saya. Kalau ada teman wanita pun, saya akan cari seperti dia. Saya suka lihat wajahnya dan menyenangi karakternya yang feminin serta manja,” dedah penyanyi Ketulusan Hati ini. 
                                             Adakah cinta akan berputik antara Anuar Zain dengan Nora Danish?

Rabu, 14 November 2012

Tahniah-Pemenang Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway.

Sebelum itu nak tanya siapa yang pilih beg GA2 untuk Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway? Jika anda salah seorang yang memilih beg GA2 berkemungkinan anda adalah pemenangnya.

Rasanya ramai yang tidak sabar-sabar nak tahu pemenang  Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway. Mesti ada yang sudah berangan-angan memakai Handmade Bag ct N honey kan.

Oklah dengan tidak membuang masa lagi, Ct umumkan pemenang Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway yang sudah tamat pada 9-November-2012 yang lalu.Boleh klik Nama Peserta Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway.

Hadiah tempat pertama Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway
Pemenang tempat pertama Handmade Bag ct  honey 1st Giveaway-laughlovelifeforever

Pemenang tempat kedua Handmade Bag ct  honey 1st Giveaway -wadahberbicara

Pemenang tempat ketiga Handmade Bag ct  honey 1st Giveaway-kaybee8481

Jadi tahniah kepada pemenang Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway. Masalahnya sekarang semua pemenang minat dengan beg GA2 (beg warna pink).Jadi sekarang untuk pemenang tempat kedua dan ketiga terpaksalah memilih antara beg GA1 dan GA3. Cepat inbox Ct diFacebook yang mana menjadi pilihan.

Bagi ketiga-tiga pemenang ini, diingatkan tarikh akhir memberi detail alamat adalah 19 November 2012.(sila inbox di FB) Sekiranya senyap tanpa khabar berita bermakna ada peluang lah bagi peserta lain untuk memiliki hadiah Handmade Bag ct N honey tersebut.

Bagi semua peserta  Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway Ct tidak lupakan kesudian anda semua sama-sama menjayakan Giveaway ini. Seperti yang dijanjikan setiap peserta akan mendapat diskaun jika membeli  Handmade Bag ct N honey. Baca syarat-syarat dibawah.

1.Tarikh potongan harga untuk semua peserta sehingga 31 Disember 2012.

2.Peserta hanya dibenarkan mendapat potongan harga untuk sehelai beg Handmade Bag ct N honey sahaja.

Jadi apa tunggu lagi selamat bershopping.Sila lihat Koleksi Handmade Bag ct N honey untuk memilih warna dan corak kegemaran. Ingat stock sangat terhad, siapa dulu dia dapat.

Ahad, 11 November 2012

Gambar Tunang & Majlis Pertunangan Anne Ngasri Dengan Ahli Politik

Akhirnya gossip Anne Ngasri dengan VIP menjadi kenyataan. Selepas percintaan yang tidak kesampaian dengan Aliff Aziz, hari ini hatinya sudah pun terisi selepas sah bergelar tunangan orang.

Hari ini Anne Ngasri sah bergelar tunangan kepada seorang ahli politik berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.
Majlis pertunangan Anne Ngasri & Ahli politik

Nama Peserta Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway

Berakhir sudah Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway. Bagi mereka yang join GA ini diucapkan terima kasih. Untuk mereka yang tidak sempat nak join mungkin GA yang akan datang boleh lah join pula ye.

Sebelum nama pemenang diumumkan Ct nak bagi suspen kepada semua peserta Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway. Ini bukan entry nama pemenang tetapi untuk memastikan tiada nama peserta yang tercicir di senaraikan dalam list Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway.

Sila pastikan semua syarat Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway telah dilakukan. Jika ada nama peserta yang tiada di bawah ini sila inbox di FB sitinoor.
Senarai nama peserta Handmade Bag ct N honey

Sabtu, 10 November 2012

Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway

Terlebih dulu nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pengunjung yang tak jemu-jemu datang ke blog ct N honey. Walaupun kadang-kadang Ct tak sempat nak membalas kunjungan tapi anda masih setia tanpa jemu bertandang.

Sebagai tanda mengucapkan terima kasih kepada semua, Ct mengadakan buat pertama kalinya satu Giveaway. Syaratnya senang aje dan rasanya berbaloi kalau join Giveaway ini.

Sebelum itu nak beritahu setiap peserta "Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway" 
1. Akan dibolehkan memilih yang mana satu beg yang anda minat jika menjadi pemenang pertama nanti. Jika seandainya anda menjadi pemenang tempat kedua & ketiga pemilihan Handmade Bag akan mengikut budi bicara Ct.

2.Cabutan hadiah akan dibuat sebanyak 3 kali. Maksudnya hanya 3 peserta sahaja akan bertuah mendapat Handmade Bag ct N honey.

3. Walaupun anda tidak menjadi pemenang tempat pertama,kedua atau ketiga, anda masih berpeluang memiliki Handmade ct N honey dengan mendapat diskaun jika membeli nanti.

Syarat-syarat nak join "Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway"
1. Buat satu entry yang bertajuk Giveaway Handmade Bag ct N honey beserta gambar Giveaway dan link Giveaway ini dalam blog anda.

2.Didalam entry blog itu letakkan sekali gambar Handmade Bag yang menjadi pilihan jika menang.

3.Like fanpage ct-N-honey  untuk mendapat keputusan pemenang "Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway" nanti.

4. Inbox/message di facebook sitinoor bagi link entry "Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway" (mudah Ct nak rujuk untuk mendapatkan diskaun jika berminat membeli Handmade Bag ct N honey nanti).

5.Juga add facebook sitinoor untuk mendapatkan corak dan warna terkini Handmade Bag ct N honey jika berminat membeli Handmade Bag ct N honey nanti

6.Seandainya peserta sudah menjadi fanpage dan friend Ct sebelum ini sila berikan nama FB semasa membuat syarat no4.

7.Tarikh "Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway" akan berlangsung dari 2-11-2012 dan tamat  9-11-2012 sehingga pukul 11.59pm.

8.Harap peserta Giveaway mengikuti semua syarat. Nama peserta yang layak akan diupdate dari semasa ke semasa nanti.

Pilih beg yang anda minat mengikut no di gambar beg.
 Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway-Corak  polka dot &  warna grey
 Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway-Corak berjalur  pink
 Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway-Corak bunga besar & jalur hijau
Memandangkan ini adalah Giveaway Ct yang pertama,jika ada salah silap harap ditegur dan dimaafkanlah hendaknya.

Good Lucky kepada semua peserta,semoga akan mendapat Handmade bag ct N honey yang anda minati nanti......

Nama Peserta Handmade Bag ct N honey 1st Giveaway