Selasa, 31 Januari 2012

Selebriti Yang Sanggup Berbogel Untuk Koleksi Jeans Terbaru

Adik beradik Kim, Kourtney dan Khloe Kardashian, telah melakukan langkah yang lebih berani untuk promosi koleksi jeans jenama mereka untuk kempen terbaru dengan bergaya di depan kamera cuma mengenakan seluar jeans. Adik-beradik itu bergaya demikian yang dianggap mahu meletakkan fokus hanya pada seluar jeans.

Koleksi Denim Kardashian ini boleh di dapati di Sears yang bakal dilancarkan bulan depan.

Gambar Pra Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai (Rizal Ashram)?

Gossip tentang adakah Fasha dan Jejai sudah berkahwin masih menjadi teka-teki. Bila ditanya kepada tuan badan Fasha masih tidak mengaku.

"Belum tiba masanya untuk saya beritahu tentang tarikh hari bahagia saya. Insya-Allah, saya tetap akan berkongsi berita gembira ini kepada semua, hanya itulah komen Fasha kepada media.
Eksklusif gambar pra perkahwinan Fasha Sandha dan Jejai

Isnin, 30 Januari 2012

Video Surprise Alyah Di AJL26 Menjadi

Rasanya ramai yang melekat di depan TV malam tadi menyaksikan Anugerah Juara Lagu  Ke-26. Cuma untuk entry ini nak cerita sikit pasal persembahan Alyah yang membawa lagu Kisah Hati. Bila Alyah mula menyanyi aje, terpegun seketika bila Alyah jadi Barbie Doll atas pentas tu.


Gambar Juara & Persembahan Artis Di Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) TV3

KARYA Datuk M Nasir masih berbisa apabila lagu ciptaannya Awan Nano diangkat sebagai Lagu Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. 


Lagu itu yang seni katanya ditulis oleh Budi Hekayat dinyanyikan oleh penyanyi muda dari Sarawak, Hafiz. 

Lagu Terbaik AJL26-Awan Nano

Ahad, 29 Januari 2012

Gambar Fesyen Artis Di Blue Carpet Anugerah Juara Lagu Ke 26-Tema Air

Fesyen Artis di Blue Carpet  Anugerah Juara Lagu 26 TV3 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 




9 Gambar Harith Iskander Tayang Perut Isteri

Ibu bapa sanggup melakukan apa saja demi menyambut cahaya mata yang bakal lahir. Sekarang pula sudah menjadi satu trend, bila sarat mengandung sahaja ada sesi mengambil gambar perut. Ada pula orang yang kata wanita mengandung itu ialah wanita yang paling seksi di dunia.

Bagi Harith Iskandar, juga tidak ketinggalan ingin mengabadikan gambar perut isterinya Jezamine Lim yang sedang mengandung. Kalau tak silap, Harith dan pasangannya Jezamine merupakan pasangan selebriti pertama yang berani mendedahkan gambar perut yang sarat dalam persalinan yang sangat minimalis.

Gambar Artis Di Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012, telah berlangsung di Kompleks Karangkraf di Seksyen 15 di sini, malam tadi.

Majlis Anugerah serta konsert yang dihoskan Nabil dan Dira Abu Zahar. Mendapat tajaan syarikat komunikasi Digi, majlis sempena meraikan ulang tahun ke-27 Majalah Hiburan No 1 tanah air, dihadiri hampir 10,000 pengunjung.

Fazura menang anugerah seksi wanita

Pemenang Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/2012-Aaron Aziz Menang Besar

Karnival Karangkraf telah berlangsung pada 27 hingga 29 Januari, bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan. Salah satunya adalah Konsert PPMH2011/2012 Media Hiburan dan Anugerah PPMH Media Hiburan yang telah berlangsung pada 28 Januari 2012 dan acara bermula pada pukul 8.00 malam.


Anugerah PPMH yang mula diperkenalkan sejak tahun 1996 ini bertujuan untuk menghargai golongan artis dan selebriti yang mewarnai dunia hiburan tanah air. Dalam masa yang sama, ia juga turut memberi peluang kepada pembaca setia Media Hiburan untuk memilih artis atau selebriti kegemaran mereka berdasarkan kategori yang dipertandingkan.

Bermula dari peringkat awal pencalonan sehinggalah kepada keputusan akhir, keseluruhan adalah berdasarkan undian daripada peminat.

Berbanding anugerah-anugerah lain yang ada dalam industri hiburan tanah air, Anugerah PPMH 2011/12 tampil berbeza melalui kategori-kategori yang dipertandingkan. Kategori-kategori ini diperkenalkan setelah menyedari peminat di luar sana bukan sahaja meminati bakat yang ada pada seseorang artis itu semata-mata, tetapi juga kepada faktor-faktor lain seperti fizikal dan keperibadian yang mereka miliki. Sebanyak 17 kategori yang dipertandingkan.


Sabtu, 28 Januari 2012

Mizz Nina Terima Undangan Ke Malam Anugerah Grammy ke 54

Artis Malaysia yang kini sedang menempa nama di persada Hollywood Mizz Nina telah disenaraikan antara Penyanyi yang dijemput ke Malam Anugerah Grammy ke 54 yang akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) pada 12 Februari ini.

Mizz Nina yang telah disahkan kini berada di Amerika Syarikat bagi membuat persiapan terakhir akan terlibat dalam beberapa sessi temuramah bagi artis yang bakal terlibat pada Anugerah tersebut.


Gambar & Video Majlis Persandingan Roslin Hashim & Rohayu Rosli

Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim yang pernah dikaitkan atas dakwaan khalwat dengan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, mengaku berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu.

Ahli sukan popular di arena hiburan telah berkahwin dengan Rohayu Rosli. Majlis persandingan mereka telah dilangsungkan pada 27 Januari 2012.

Majlis persandingan Roslin Hashim & Rohayu Rosli

Shah Rukh Khan & Priyanka Chopra Ada Skandal Cinta

Sejak melibatkan diri dalam dunia lakonan sejak tahun 2002, nama aktres jelita Bollywood Priyanka Chopra pantas meraih perhatian bukan sahaja kerana lakonannya tetapi gossip hangat yang tidak berkesudahan.

HANYA menggunakan tiket gelaran ratu cantik dunia yang diperolehinya pada tahun 2000, menjadikan langkah Priyanka Chopra yang juga seorang model cukup mudah untuk menjadi salah seorang aktres terkenal Bollywood.

Selepas putus cinta dengan aktor, Harman Baweja, Priyanka dikaitkan dengan aktor Akshay Kumar, Shahid Kapoor dan gosip yang sedang hangat diperkatakan di Bollywood kini adalah, skandal cinta antara Priyanka dan aktor terkenal, Shah Rukh Khan.

Jumaat, 27 Januari 2012

Penjelasan Tasha Shilla Mengenai Gossip Menari Ghairah di Rootz.

Rasanya ramai yang sudah baca mengenai gossip Tasha Shilla, dikatakan asyik menari secara ghairah di sebuah pusat hiburan terkenal semalam. Lebih panas lagi Tasha didakwa artis baru itu menari ala “pole dancing”, sejenis tarian ghairah yang sangat popular di kelab-kelab tarian bogel di luar negara. Tasha dikatakan baru pulang dari Perth, Australia baru-baru ini dan menyambut hari lahirnya yang ke-25 di pusat hiburan popular di sini, Rootz.


Akibat cerita yang kurang menyenangkan itu Tasha Shilla telah memberi penjelasan di FB beliau.

"Kebenarannya.. Tasha menari biasa2..Sekadar free dance.. Sebelum Tasha setuju dengan jemputan rakan2.. Tasha dah fikirkan kesannya.. But I know my limit.. Tapi Tasha x dapat nak control mulut orang yg tokok tambah cerita ni.. I don't like to be hypocrite.. Yes I when there but tiada tarian ghairah sprti yg digembar gemburkan.. Walaupun sedikit kecewa dgn statement tu tp Tasha, family Dan kawan2 yg dapat tau keadaan yg sebenar.. Tasha takkan Buat perkara yg memalukan yg boleh menjatuhkan karier Tasha.. Tasha redha and terima gossip ni sebagai asam garam dunia seni ini", jelas Tasha.

Itulah yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang bergelar selebriti. Lepas ni kalau nak sambut Birthday tak payahlah pergi kelab, walaupun kita tak buat, orang lain akan berkata yang tak elok juga. Maklumlah dah namanya kelab, banyak perkara yang buruk dari yang elok berlaku di situ. Apa kata sambut di KFC atau di Pizza Hut, rasanya mesti tak mendatangkan fitnah nanti.




Ramai Orang Berbohong Pada Bulan Januari

BULAN Januari, menurut sebuah penyelidikan merupakan bulan dimana orang lebih banyak berbohong dari semua bulan dalam satu tahun.


Berdasarkan undian dilakukan dalam satu rancangan bersiri, Lie To Me, setengah dari 2.000 orang dewasa yang mengikuti undian itu mengatakan, mereka sering tertangkap basah berbohong di bulan Januari. Ada enam pembohongan terbesar yang sering dilakukan orang pada bulan Januari :



Khamis, 26 Januari 2012

Video Ibu Bersalin Dalam Kereta-Cepat & Mudah

Adakah ibu ini wanita paling bertuah di dunia, atau sebaliknya? Apabila kita mendengar mengenai ibu yang melahirkan di lokasi yang bukan di hospital,  ianya menakutkan, kerana keadaan yang tidak dijangka. Tetapi apabila Jennifer Russell melahirkan seorang bayi perempuan di dalam kereta beliau, pendapat Ct ia adalah kelahiran yang paling mudah. Begitu mudah, sebenarnya.


Rabu, 25 Januari 2012

Gambar Anak Perempuan Serina/Cucu Perempuan Chef Wan

Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Isabella Saffiya O’ Luanaigh, kira-kira jam 3.45 petang, kelmarin di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.Serina berkata, anak keduanya itu dilahirkan dalam keadaan normal seberat 3.3 kilogram dan hasrat suaminya, Gavin O’ Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar menyaksikan anak mereka dilahirkan pada Tahun Naga tercapai.

Ahad, 22 Januari 2012

Pengakuan Farah Mengenai Gambar Tersebar Di Internet-Ya! Itu Gambar Saya

Perkahwinan dan kebahagiaan yang dibina bersama penyanyi lagu Biso Bonar itu hanya mampu bertahan 63 hari sahaja. Dinikahi pada tarikh cantik 11 November 2011, talak satu kemudian jatuh ke atas usahanita berjaya itu pada tarikh 12 Januari 2012 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Impak perpisahan dengan jangka perkahwinan pendek itu benar-benar menimpa Farah Ashikin. Dia terpalit pelbagai spekulasi yang memberi kesan kepada diri dan kerjayanya. Bertemu Farah di butik Amir Luqman yang merupakan rakan kongsinya, Farah meminta ruang untuk menerangkan spekulasi yang bergerak dalam atmosfera percakapan khalayak. Malah, ibu kepada dua orang anak ini juga sempat memberitahu tentang onar yang menimpa dirinya.
Gambar terbaru Farah (janda Hattan)

Hantaran Artis-Hantaran & Video Perkahwinan Ally Iskandar & Nurfarahin Romli@Farah Lee

Hanya 2 kali lafaz, Ally Iskandar telah dinikahkan berwakil wali bapanya, Romli Bin Ismail oleh jurunikah kawasan Kampung Atas Tol, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin berjumlah RM250.

Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah rumah, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung, kunci rumah dan senaskhah Al-Quran.
 

Sabtu, 21 Januari 2012

Gambar Pertunangan Sharif SleeQ & Malaque Mahdaly

Setelah kontroversi perhubungan dia dengan penyanyi Malaysia Amanda Imani tercetus bulan lalu, Syarifullah Ahmad atau dikenali sebagai Sharif dari kumpulan SleeQ, telahpun membuka lembaran baru dengan tunangnya, Malaque Mahdaly, bekas peserta Singapore Idol musim ketiga.

"Percintaan saya dengan Malaque masih teguh dan sebab itu kita memutuskan untuk bertunang. Bagi saya memang adat perhubungan cinta mesti ada cabarannya. Tapi saya yakin dengan cinta kita dan mahu melangkah lebih jauh bersamanya", kata Sharif tentang pertunangannya yang berlangsung 1 Januari lalu.

Sharif  SleeQ dan tunangnya  Malaque
Majlis pertunangan Sharif SleeQ & Malaque

Awas! Ada Buaya Di Taman Rekreasi City Park, Seremban 2

Buaya tembaga yang didakwa ada di Taman Rekreasi City Park
Pengunjung taman rekreasi City Park, Seremban 2 di sini, bimbang berikutan wujud seekor anak buaya tembaga di dalam tasik berkenaan dipercayai dilepaskan individu tidak tanggungjawab sejak beberapa minggu lalu.

Jumaat, 20 Januari 2012

Gambar Majlis Resepsi Ezlynn & Adam 20 Januari 2012

DISATUKAN pada 20 November lalu dengan jejaka pilihan hati juga pengurus peribadinya, Adam Fahmy, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Azline Ariffin atau Ezlynn bertuah kerana mendapat tajaan Rafflesia untuk majlis resepsinya 11.01.2012.

Hari ini 20 Januari 2012 pula satu lagi majlis resepsi mereka sendiri khas untuk diraikan bersama saudara mara terdekat. Majlis berlangsung di Pusat Komuniti Bukit Damansara.
Majlis Resepsi Ezlynn & Adam 20.01.2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia

Buka aje Facebook dapat perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana  penyanyi Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 32, telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) di wad ICU hospital Ampang. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus.

Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.  Izwan Pilus meninggal dunia kerana mendapat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.

Gambar Pernikahan Ally Iskandar & Farah Lee Di Masjid Kristal, Terangganu

Ally pengacara terkenal TV3, atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 telah selamat bernikah bersama pasangannya Nurfarahin Romli, 23 atau lebih dikenali sebagai Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, tepat jam 10:03 minit pagi pada tanggal 20 Januari 2012.  


Farah Lee penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Incheon, Korea Selatan yang akan menamatkan pengajiannya Disember ini,adalah gadis yang menjadi pilihan keluarga Ally. 

Farah Lee di Masjid Kristal semasa Majlis pernikahannya

Khamis, 19 Januari 2012

Gambar Selebriti Dalam Kempen PETA Yang Sangat Mengujakan

PETA ( Orang Bagi Rawatan Beretika Haiwan) adalah organisasi menjaga hak binatang terbesar di dunia, dengan lebih daripada 3 juta ahli dan penyokong. Sentiasa menggunakan faktor kejutan dalam kempen-kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang kekejaman haiwan.

PETA bekerja melalui pendidikan awam, penyiasatan kekejaman, penyelidikan,penyelamatan binatang, undang-undang, acara khusus, penglibatan selebriti, dan kempen protes.


PETA juga bekerja atas pelbagai isu-isu lain, termasuk pembunuhan kejam memerang, burung, dan lain-lain "perosak" serta kezaliman kepada haiwan ternakan. 

Kenapa Panggilan Hangit Hot FM DiHentikan?

Siapa yang pernah terkena Panggilan Hangit dari Hot FM? Apakah perasaan anda? suka, sedih, sakit hati dan paling teruk sekali rasa dimalukan? Bagi yang mereka yang belum dapat Panggila Hangit, jangan risau dengarnya Panggilan Hangit akan di hentikan.

Setelah dikira berbagai faktor dan mendapat pandangan dari peminat, Hot FM telah memutuskan Panggilan Hangit yang telah bersiaran selama 5 tahun mulai minggu hadapan akan di hentikan. Faizal FBI telah mengumumkan ia akan dihentikan terus.

Roslin Hashim Bernikah Kali Ketiga Di Thailand

Bekas pemain badminton kebangsaan, Roslin Hashim yang pernah dikaitkan atas dakwaan khalwat dengan penerbit kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman, mengaku berkahwin buat kali ketiga pada tahun lalu.


Bagaimanapun, Roslin enggan memberitahu siapa wanita yang menjadi isterinya itu walaupun berulang kali diasak dengan soalan tersebut oleh wartawan yang menemu ramah beliau di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.



Ketika ditanya mengapakah Roslin, 36, bertindak merahsiakan identiti isterinya, beliau hanya menjawab:


Rabu, 18 Januari 2012

Khairul Fahmi mendakwa Harian Metro Tidak Benar, Kami Sudah Daftar.

Harian Metro hari mengeluarkan artikel bertajuk Apek tak daftar. Menurut artikel tersebut Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek supaya mendaftarkan segera syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) dan Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dengan SSM selepas semakan SSM mendapati syarikat itu belum berbuat demikian.
Mendapat maklumat dari twitter Apek lain pula. Khairul Fahmi mendakwa Harian Metro Tidak Benar, Kami Sudah Daftar. 

Ummi Hafilda & Azwan Berdamai-Tarik Balik Laporan Polis

Ummi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.


Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.


Trailer & Sinopsis Filem Nongkrong

Sekali lagi, Ismail Bob Hasim tampil dengan genre komedi seram menerusi filem ketujuh arahannya dan filem terbitan Metrowealth Pictures (MIG). Lokasi filem ini telah dijalankan penggambarannya di pinggir hutan sebuah kampung di Sijangkang, Selangor. Filem Nongkrong berkonsep sama seperti Ngangkung juga kerana masih menampilkan topik pemujaan nombor ekor.
Barisan pelakon Filem Nongkrong

Syarikat Apek Belum Berdaftar-Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menasihatkan penjaga gol skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek supaya mendaftarkan segera syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) dan Kelab Peminat Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dengan SSM selepas semakan SSM mendapati syarikat itu belum berbuat demikian.


Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, syarikat itu yang menawarkan beberapa pakej sebagai syarat keahlian dengan yuran serendah RM10 hingga RM750 didapati menyerupai penganjuran Skim Kepentingan iaitu seseorang penganjur menerusi skim ditawarkan itu memberi pulangan dari segi hasil atau perkhidmatan kepada ahlinya. 


Gambar Bangunan Dalam Pembinaan di KL Sentral Terbakar

Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi. Kejadian dipercayai berlaku di Tingkat 29 bangunan blok komersial dan pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.

Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan, selain mengenal pasti punca sebenar kejadian.
Belum dapat dipastikan ada kecederan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Selasa, 17 Januari 2012

Tiket PERCUMA Konsert Avril Lavigne-Live In Malaysia 2012

Suruhanjaya Tinggi Kanada dengan kerjasama JS Concert Productions, memberi dua keping tiket percuma menonton konsert 'Black Star Tour' persembahan artis antarabangsa Kanada Avril Lavigne di Kuala Lumpur pada 18 Februari ini. 

Lavigne, seorang penyanyi, penulis lagu dan pemuzik dari Napanee, Ontario, berjaya menempatkan single hitnya di peringkat antarabangsa seperti 'Complicated', 'Sk8er Boi', 'I'm With You', dan 'Losing Grip' dari 2002 6X platinum 'Let Go' diikuti dengan 'Girlfriend', 'When You’re Gone', dan 'Hot' dari platinum 'The Best Damn Thing' pada 2007.

Gambar Katie Holmes Seksi Dalam Iklan H.Stern

Isteri kepada pelakon Tom Cruise, Katie Holmes tampil dalam iklan terbaru untuk jenama barang kemas terkenal, H.Stern, tetapi dalam iklan ini, dia menunjukkan lebih banyak daripada mukanya.Pun begitu, iklan yang menampilkan katie dengan gaya separuh bogel ini hanya akan digunakan untuk kempen di Amerika Syarikat sahaja.

Penampilan seksi Katie dalam iklan ini dilihat amat berlainan dengan imej yang selalu dibawa olehnya sebelum ini di mana lebih sopan dan tidak menjolok mata.

Isnin, 16 Januari 2012

Buat Beg 2 Dalam 1-Jimat dan Mudah

Sudah lama tidak buat aktiviti menjahit. Asyik jadi blogger aje hobi yang satu ini dilupakan pula. Tapi dua tiga hari ini, tangan dah gatal nak menjahit aje. Menung dan cari ilham sekejap, nak jahit apa ye?

Ahad, 15 Januari 2012

Sinopsis Drama BFF...Teman Tapi Mesra-TV3

TV3 membawakan sebuah drama bersiri terbaru berjudul 'BFF…Teman Tapi Mesra' yang mengisahkan persahabatan Iskandar dan Shahidah yang terjalin sejak zaman kanak-kanak. Drama ini akan mula bersiaran mulai 15 Januari ini  pada setiap Ahad jam 9.00malam dengan membariskan bakat-bakat muda seperti Sari Yanti, Munif Isa, Irfan Roslan dan Syatilla Melvin.

Sinopsis Drama Bersiri 'BFF..Teman Tapi Mesra'.
Iskandar (Munif Isa) dan Shahidah (Sari Yanti) berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan sering berkongsi masalah. Selepas SPM, Iskandar diterima sebagai pelatih juruterbang manakala Shahidah terpaksa menurut kehendak ayahnya untuk belajar di universiti tempatan. Jauh di lubuk hati, Shahidah masih menyimpan cita-citanya untuk menjadi seorang pereka fesyen yang berjaya di ibu kota.

Rumah Wardina Dirompak Lagi-2 Kali Dalam Masa Seminggu

Pada pagi khamis yang lalu kita dikejutkan dengan berita tentang rompakan yang telah berlaku di rumah Wardina Safiyyah hingga menyebabkan kerugian hampir RM20,000 termasuklah kehilangan 5 laptop, suaminya Ikhwan telah dipukul dan yang sedihnya anak-anak Wardina sehingga kini masih trauma akibat kejadian tersebut. 

Malang menimpa lagi bagi keluarga Wardina kerana rumah barunya yang sedang diubahsuai di Petaling Jaya turut dipecah masuk.


Sabtu, 14 Januari 2012

Coli Dari Kulit Durian

Kelakar pun ada bila tengok Bra dari kulit durian. Bra ini dipakai oleh Julia Perez artis Indonesia ketika berada di Thailand. Ketika Julia membuat persembahan bertemakan Hawaii dan pantai.

Nenek Dirogol Sedang Kutip Durian

Tanpa mengira usia, seorang lelaki berusia lingkungan 30-an merogol nenek berusia 69 tahun ketika mangsa mengutip durian di kebunnya di Chamang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa yang bersendirian, terkejut dan rebah selepas disergah lelaki terbabit sebelum suspek mengikat tangan wanita berkenaan menggunakan kain dan merogolnya.

Mangsa menggagahkan diri melepaskan ikatan tangan dan pulang mengadu dirinya dirogol kepada ahli keluarga sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), jam 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, mengesahkan menerima laporan kes terbabit dan siasatan sedang dijalankan.

Jumaat, 13 Januari 2012

Gambar Aaron Aziz di Tokyo Auto Salon 2012

Untuk pengetahuan semua Aaron Aziz sekarang berada di Tokyo bersama isterinya. Aaron mengikuti rombongan M7 ke Tokyo kerana beliau adalah Duta rasmi produk minuman M7. Ketika disana Aaron di bawa melawat Booth M7 di mana berlangsungnya Tokyo Auto Salon yang bermula pada 13-15 Januari 2012.

Berita Terkini-Hattan & Farah Sah Bercerai

Desas-desus mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi yang popular dengan lalu Biso Bona, Hattan dan isteri yang baru dinikahinya November lalu akhirnya terjawab.

Pernikahan Fasha Sandha-Hanya Media Terpilih Sahaja Yang Hadir

Pelakon Fasha Sandha hanya akan memaklumkan tarikh perkahwinannya kepada enam media terpilih termasuklah mengundang wakil media tersebut meraikan majlis pernikahannya dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai).

Khamis, 12 Januari 2012

(Video) Dahlia Buat 'Surprise Birthday Party' Untuk Apek-Romantiknya..

Video Kejutan hari lahir untuk penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek yang ke-23. Romantik sungguh Apek dan Dahlia menyuapkan kek ke mulut masing-masing. Surprise Birthday Party ini telah diadakan oleh Dahlia dan rakan-rakan rapat Apek.  Selamat Hari Lahir Apek......

Gambar Majlis Resepsi Ezlynn & Adam Tajaan Rafflesia di Crowne Plaza Mutiara

DISATUKAN pada 20 November lalu dengan jejaka pilihan hati juga pengurus peribadinya, Adam Fahmy, penyanyi yang popular dengan lagu Hi Hi Bye Bye, Azline Ariffin atau Ezlynn bertuah kerana mendapat tajaan Rafflesia untuk majlis resepsinya.

Majlis tajaan Raflesia Pearl Wedding itu berkonsepkan musim luruh di Sepanyol bertemakan warna-warna emas, kuning dan perang dan diadakan di Crowne Plaza Mutiara pada 11.01.2012.

Rabu, 11 Januari 2012

Siti Nurhaliza & Nicholis Saputra Bakal Berlakon Filem Kekuatan Cinta

Sebuah syarikat penerbitan filem Indonesia menyatakan minat untuk menawarkan kepada diva tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin untuk muncul dalam filem berjudul ”Kekuatan Cinta”.

Gambar Kemalangan Perodua Myvi Terbang Di Kota Bharu

PEMILIK memeriksa keadaan kenderaannya yang rosak teruk selepas sebuah PERODUA Myvi yang terbabas dan merempuh longgokan pasir lalu terbang dan tersangkut di atas bumbung vannya di Jalan Perkeliling, Kota Bharu, 7.30 pagi tadi.

Gambar Siti Nurhaliza Di Dubai Sambut Birthday

Sebelum itu nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada Siti Nurhaliza pada hari ini 11.01.2012. Penyanyi kesayangan ramai ini kini berada di Dubai bersama suami, Datuk K untuk meraikan hari istimewa di sana.

Akibat Percaya Rokok Menthol Boleh Membunuh Sperma Gadis Mengandung Ditipu Teman Lelaki

Seorang remaja menyakinkan teman wanitanya yang juga di bawah umur untuk melakukan hubungan seks yang tidak dilindungi dengan memberitahu bahawa menthol dalam rokok akan membunuh sperma itu, sehingga menyebabkan gadis itu hamil.

Selasa, 10 Januari 2012

Pemandu diuji kereta automatik tidak dibenar pandu kereta manual

Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Gambar Kasut Rekaan Neelofa Untuk Perkahwinan Ezlynn Tajaan Rafflesia

Majlis resepsi perkahwinan penyanyi Ezlynn pada 11 Januari ini bukan sahaja bakal bergemerlapan dengan berlian dan aksesori tajaan Rafflesia Pearl Wedding, malah ia tambah berseri apabila kasut penyanyi itu mendapat sentuhan rekaan khas pelakon jelita Neelofa.

Isnin, 9 Januari 2012

Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan Daripada Tuduhan Meliwat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ahad, 8 Januari 2012

Yusry & Lisa Ubah Lokasi Nikah

Pasangan selebriti, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mengubah lokasi majlis pernikahan mereka pada 23 Februari ini daripada cadangan awal di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya ke Hotel Marriot Putrajaya.

Sinopsis Filem Ular-Yusri & Lisa Berlakon Bersama

Buat pertama kalinya, pengarah terkenal Yusry Abdul Halim digandingkan bersama bakal isterinya Lisa Surihani dalam sebuah filem terbaru terbitan KRU Studios yang bertajuk Ular. Yusri dan Lisa  bukannya digandingkan sebagai sepasang kekasih di dalam filem ini tetapi sebagai seorang jurukamera dan wartawan.

Sabtu, 7 Januari 2012

Gambar Majlis Pernikahan & Resepsi Nurul Shameem Dan Syed Faizal (Anak Datuk Dr Maznah Hamid/Iron Lady)

Majlis pernikahan Nurul Shameem dan Syed Faizal puteri kepada Datuk Shaheen Mirza Habib & Datuk Dr Maznah Hamid telah berlangsung dengan begitu meriah. Pengantin lelaki bertugas sebagai akauntan di Petronas, manakala Nurul Shameem pula bertugas di syarikat milik ibunya Datuk Maznah diraikan selama 7 hari 7 malam bermula pada 27 November dalam majlis berinai dan berakhir di kampung Datuk Maznah di Ayer Hitam Jerlun kedah.

Jumaat, 6 Januari 2012

Ibu Nur Amalina Beri Amaran-Akaun Facebook palsu

Belum pun reda isu kononnya pelajar genius, Nur Amalina Che Bakri mengalami kejutan budaya, gadis 23 tahun itu itu dieksploitasi pula menerusi akaun Facebook palsu.

Khamis, 5 Januari 2012

Lelaki Bogel Muncul Di Iklan Pakaian Kanak-Kanak.

La Redoute, sebuah syarikat pakaian Perancis, telah dikecam oleh pelawat laman web tersebut kerana telah menyiarkan satu iklan dalam talian yang kurang sesuai untuk dilihat.

(Video) Lagu Terukir Di Bintang Khas Untuk Qi-Yuna

Yuna yang baru sahaja balik dari percutian panjang bersama keluarga telah melancarkan album terbarunya yang berjudul ‘Terukir Di Bintang’. Terdiri daripada 8 buah lagu yang digarap dan ditulis sepenuhnya oleh Yuna, album terbaru Yuna ini bakal memikat halwa telinga dan menaikkan bulu roma para pendengar.

Lagu Obsesiku (Aqasha)-OST Drama Gemersik Kalbu

Drama Bersiri Gemersik Kalbu telah memulai siarannya pada 2 Januari 2012 yang lalu.  Drama ini  bersiaran sebanyak 26 episod, dalam Slot Akasia di TV3. Penerbitnya ialah Global Station. Pelakon Drama Bersiri Gemersik Kalbu terdiri dari Ayu Raudah,Aqasha,Neelofa,Faradhiya dan diarahkan oleh Feroz Kader. Sinopsisnya baca disini

Rabu, 4 Januari 2012

Terkini Video Nur Amalina Che Bakri Dari UK-Komen Gambar Kontroversinya

Amalina Che Bakri yang ketika ini berada di UK baru sebentar tadi telah pun memberikan jawapan balas melalui bantuan Skype yang dilakukan oleh kalangan wartawan tempatan di rumah keluarga Nur Amalina Che Bakri di Kota Tinggi, Johor.

Gambar Sekitar Majlis Penyerahan Kunci Rumah Khairul Fahmi Oleh Datuk Nik Abdul Aziz

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menerima kunci rumah daripada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai penghargaannya membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki hujung tahun 2010.


Majlis penyerahan kunci rumah baru yang bernilai RM200,000 disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Kurnia,Pengkalan Chepa,di sini, tengahari tadi.  

Komen Ibu Nur Amalina Che Bakri Mengenai Gambar Kontroversi Anaknya

Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri terus cemerlang dalam pengajian perubatan di Universiti Edinburgh apabila meraih banyak pengiktirafan universitinya selain beberapa kajiannya diterbitkan dalam jurnal institusi pengajian tinggi di United Kingdom (UK).

Selasa, 3 Januari 2012

Fasha Sandha Mengaku Akan Bernikah Tahun ini

Sana sini orang asyik bercerita mengenai pelakon jelita Fasha Sandha yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Malah dalam dua tiga hari ini dalam FB asyik upload gambar Fasha dengan kekasih hatinya Jejai. Seperti ingin memberitahu satu dunia yang mereka sekarang sedang dibuai cinta.

Ubat Bernilai RM1.07 Juta Yang Dicuri Di (HKL) Ditemui Semula

Polis telah menemui ubat-ubatan bernilai RM1.07 juta yang dilaporkan dicuri dari Bahagian Farmasi Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Isnin, 2 Januari 2012

Gambar Pertunangan Izreen Asminda (Melly/Cikgu Zakiah) & Muhammad Riza

Setelah mendapat banyak kontroversi terutama kisah percintaan yang tidak kesampaian bersama Johan, akhirnya Izreen Asminda Aznam memilih jejaka yang bernama Muhammad Riza Baharudin sebagai penganti. Lebih manis lagi apabila pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 1 Januari 2012.

Kemalangan Ngeri( Putus Kepala, Otak Bersepai, Isi Perut Terburai)-7 maut 4 cedera

Perjalanan pulang 10 rakan sekampung selepas membeli barang keperluan untuk menyambut tahun baru berakhir dengan tragedi apabila tujuh daripadanya, termasuk empat pelajar maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung treler dan sebuah kereta lain di Batu 6 Lekir, Jalan Sitiawan-Teluk Intan dekat sini, malam kelmarin.

Ahad, 1 Januari 2012

Gambar Sherry Merlis & Ash Bernikah

Awal November 2011 yang lalu, Ash & Sherry Merlis dikatakan sedang sibuk dengan dengan persiapan perkahwinan . Bagaimanapun, baik Ash mahupun Sherry masing-masing tidak mahu mendedahkan tarikh pernikahan mereka. Mereka juga memberi satu kenyataan kepada media mengatakan yang beliau tidak akan bernikah hujung tahun 2011 seperti yang di’gembar gemburkan oleh peminat.

Apek Diiktiraf Jejaka Terhangat 2011 Oleh XY Ikon Lelaki (BH)

SIAPA jejaka pilihan Malaysia 2011? Lelaki mana paling bergaya? Siapa pula jejaka yang mencipta fenomena bagi 2011? Kolum XY - Ikon Lelaki telah memilih enam jejaka termasuk sekumpulan lelaki yang dilihat paling menonjol serta memberi impak besar dalam bidang sukan, hiburan, peragaan dan kemasyarakatan sepanjang tempoh 12 bulan lalu. Pemilihan ini adalah berdasarkan reaksi peminat, liputan media dan skala sumbangan serta kejayaan yang dicipta mereka.