Kasut berharga RM20,000 rekaan Neelofa |
"Pada awalnya, saya memang tidak pasti untuk menerima tawaran menghasilkan kasut perkahwinan Ezlynn kerana saya tidak pernah mereka kasut untuk majlis perkahwinan sebelum ini, apatah lagi untuk seorang selebriti.
"Kepercayaan yang diberikan itu menyuntik keyakinan kepada saya. Saya mengambil masa selama sebulan sejak Disember lalu untuk membuat kajian dan menyiapkan rekaan terbaik yang bersesuaian dengan tema musim luruh di Sepanyol itu," katanya selepas menghantar kasut tersebut untuk dicuba oleh Ezlynn, petang Isnin.
Bercerita lanjut, Neelofa berkata idea rekaan kasut tersebut diperoleh secara spontan ketika dia sedang mengelamun sebelum melelapkan mata pada minggu terakhir, Disember lalu.
"Sebelum ini, saya sudah melakukan beberapa draf dan pengubahsuaian pada rekaan kasut tersebut sehinggalah ilham muncul secara spontan sebelum saya masuk tidur pada satu malam, kira-kira dua minggu lalu.
"Selepas itu, saya mula melakukan pengubahsuaian terakhir sebelum menghantar rekaan muktamadnya kepada pengeluar dan siap dihantar kepada Ezlynn pada petang Isnin," katanya.
Kasut rekaan Neelofa untuk perkahwinan Ezlynn |
Kasut berwarna emas yang menggabungkan renda, permata Rafflesia dan berlian Swarovski itu direka bentuk agar sepadan dengan baju pengantin rekaan tiga pereka muda iaitu Nurliza Azulkarnain, Sya Shaharani dan Sharifah Mariam Syed Mohd.
Majlis resepsi itu akan berlangsung pada Rabu ini di Hotel Crowne Plaza Mutiara dan bakal diserikan dengan paduan warna tema emas, kuning dan perang.
Ezlynn sah bergelar isteri kepada pengurusnya, Adam Fahmi, 35, pada 20 November lalu dalam satu upacara yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, di sini. sumber
Gambar Majlis Pertunangan dan Pernikahan Ezlynn & Adam-Dilakukan pada hari yang sama

6 ulasan:
neelofa lawa!
gaya je tengok kasut nie..hehe..nyway mmg chanteq & superb!
cantiknya kasut dia..
untungla ea//
mahal gila!!
berbakat jugak dia nie ek
UNTUNGG LAAA....hihii..cantik lofaa kan......
menariknya blog awak ni ..mcm2 ada....TQVM atas info...^___^
p/s:nak ajak join rakanblog.com ..exchange website utk bantu membantu sesama bloggers
Catat Ulasan