Rabu, 15 Februari 2012

Awas! Logam merkuri dalam krim Yoko

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan 'Daily Protecting Cream: Jole et Beaute' dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A Rahman, berkata jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.

Eisah berkata, penggunaan produk itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.
Sehubungan itu, pengguna boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-7883 5532/5534/8495 atau e-mel kepada kosmetik@bfpk.gov.my untuk pertanyaan

1 ulasan:

Suzie berkata...

x pernah dengar pula krim ni