Khamis, 9 Februari 2012

Perkahwinan Fasha Sandha & Jejai-Dapat Tajaan Mewah

Rasanya semua tertanya-tanya tarikh sebenar perkahwinan pelakon seksi lagi sensasi, Fasha Sandha bersama pasangannya Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai.


Namun, dengarnya pelakon cantik itu dijangka akan menamatkan zaman bujangnya sama ada sebelum atau selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011(ABPBH 2011), 8 April ini. Sekiranya Fasha Sandha memilih sebelum berlangsungnya ABPBH 2011, maka tarikh kelahirannya yang ke 28 iaitu pada penghujung Mac depan akan menjadi tarikh keramat untuk mereka diijab kabulkan.

Tarikh hari bahagia Fasha Sandha & Jejai-Biarlah rahsia


Angin turut bertiup kencang yang mengatakan Fasha Sandha memilih sebuah hotel paling mahal di Jakarta, Indonesia sebagai lokasi pernikahan dan juga resepsi mereka yang hanya akan dihadiri 100 orang tetamu sahaja. Kalau benarlah begitu, maka memang betullah bahawa Fasha dan Jejai memilih lokasi di luar Malaysia sebagai saksi hari bahagia mereka berdua.

Dalam pada kesibukan Fasha membuat persiapan perkahwinannya dan juga penggambaran drama, dia dan pasangannya ada menerima lapan tajaan daripada pereka terkemuka namun ditolak dengan baik oleh pasangan itu. Antara pereka fesyen yang telah datang untuk menaja Fasha ialah Hatta Dolmat Couture dan Wanpa Creations.

Malah sebuah hotel bertaraf antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia dan Indonesia juga telah menunjukan rasa minat untuk menaja hari bahagia mereka berdua. Bagaimanapun turut ditolak secara baik oleh pasangan tersebut kerana tidak mahu terhutang budi. Bahkan kedua-dua mereka masih mampu menyerikan hari perkahwinan mereka menggunakan wang saku sendiri.

Fasha juga telah menempah dan membeli pakaian perkahwinannya bersama 12 pengapitnya menerusi seorang pereka terkenal yang selalu mereka pakaian Datuk Siti Nurhaliza.

Bukan saja pereka fesyen, Fasha nampaknya sudah memilih jurusoleknya sendiri untuk mendandan rapi rupa parasnya yang menarik ketika majlis nikah dan resepsi itu nanti. Fasha tidak akan mengunakan solekan jurusolek yang selalu dia gunakan kerana mahukan kelainan di hari bahagianya. Baca lagi kisah perkahwinan Fasha disini


1 ulasan:

Misz-ella berkata...

Elok la kawin. tak la lagi sikit2 kontrobersi.