Jumaat, 9 Mac 2012

Didenda Siar Gambar Pemain Real Madrid Dengan Teman Wanita Berbogel

 Gambar muka depan kontroversi Sami Khedira dan Lena Gercke menyebabkan pengarah syarikat akhbar harian Ettounsia didenda 1,000 dinar.
Mahkamah Turki semalam mendenda pengarah syarikat akhbar kerana menyiarkan sekeping gambar pemain Real Madrid, Sami Khedira berpelukan dengan teman wanitanya yang berbogel. Pengarah syarikat akhbar harian Ettounsia, Nassredine Ben Saidam didenda sebanyak 1,000 dinar (RM1,980) atas kesalahan melanggar undang-undang tatasusila.

Mahkamah turut mengarahkan syarikat itu menghapuskan kesemua salinan edisi akhbar pada 15 Februari yang menyiarkan gambar tersebut.

Gambar Khedira dan teman wanitanya, Lena Gercke, yang juga merupakan model, pada asalnya disiarkan dalam majalah GQ.


1 ulasan:

kerjakosong berkata...

http://jobkosong4all.blogspot.com/ job kosong 4all iklan jawatan kosong diseluruh malaysia ,samada dalam kerajaan mahupun swasta dan sentiasa di update bagi membantu mereka yang mencari pekerjaan,