Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu juga menyebabkan operasi pasar raya itu ditamatkan empat jam awal untuk memastikan tiada ancaman bahaya kepada orang ramai.
Seorang juruwang pasar raya berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Mazlan berkata semasa kebakaran beliau sedang melayan pelanggan sebelum terdengar orang ramai berteriak dan berlari keluar.
"Saya dengar ramai pelanggan menjerit 'api, api' sebelum mereka semua berlari keluar dan berkumpul di tempat letak kereta," katanya.
Dia berkata, kira-kira sejam kemudian, selepas api dipadamkan pihak Bomba dan Penyelamat, semua kakitangan dibenarkan masuk untuk menyelesaikan kerja masing-masing sebelum dibenarkan pulang.
Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin berkata kebakaran itu bukan hanya melibatkan tingkat atas premis berkenaan, namun turut menyebabkan kerosakan pada tingkat dua dan tiga.
"Tingkat dua dan tiga merupakan ruang pejabat dan kerugian dianggarkan bernilai RM5 juta termasuk kerosakan perabot dan permaidani yang basah dengan air," katanya ketika dihubungi.
Jurucakap Balai Bomba Subang Jaya ketika dihubungi pula berkata panggilan mengenai kebakaran itu diterima 7.12 malam sebelum ia dikawal pada 7.40 malam.
Dua jentera dan 10 anggota bomba dari Balai Bomba Subang Jaya digegaskan ke tempat kejadian.
2 ulasan:
wow...gler ah ..mcm dlm cter X-man pulak..
mujur la tak terbakar kesemuanya...
Catat Ulasan