Rabu, 14 Mac 2012

Pengakuan Suspek-Akibat Dihina Nenek, Dirang Dicekik Hingga Mati

Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.
Tempat kejadian Dirang dibakar

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.




14 ulasan:

skuterlady.blogspot.my berkata...

kalau pon marah kat nenek tu takkan la bodoh sangat nak lepaskan kemarahan tu kan budak kecik!

Unknown berkata...

Orang pengecut je yg buat perangai mcm ni... Nak lepaskan kat org besar tak berani, Cara mudah target budak kecik la... Puaka sangat perangai.

Golden Rose berkata...

kalau marah kat nenek pun nape budak yg tak bersalah & tak tau ape2 jadi mangsa....apelah yg budak 5 tahun ni tau pasal dendam....yg dia tau main, gelak, main, gelak je...ape hak pembunuh tu nak ragut kehidupan dirang...moga ALLAH memberikan kesedaran kpd pembunuh tu

ct N honey berkata...

@lady scootersebab bodoh lah dia buat perangai mcm tu,hrp dpt hukuman gantung aje nanti

ct N honey berkata...

@OgysiJemariSenisokong tu,semua perangai hantu ada dlm diri dia

ct N honey berkata...

@Golden Rosejuga mendapat balasan setimpal

Mila@Rimbun berkata...

sebagai peringatan buat kita, berhati-hatilah kalau mengeluarkan kata-kata... takut menyakiti orang bodoh mcm ni, sedara mara kita yg terkena tempiasnya

cik ika berkata...

ya allah...begitu murahnye nyawa budak secomel ni akibat dendam...
alfatihah tok arwah dirang

waniey20~ berkata...

kejamnya !!
moge pembunuh tu dapat balasan yang setimpal !
Al=Fatihah buat arwah Dirang...

Tanpa Nama berkata...

Bangsat punya pembunuh..laknat Allah kt ko dunia akhirat.Ikut hukum Islam kena qisas..Cekik dn bakar je balik pembunuh tu..

Rosniena berkata...

ni bukan manusia ni kategori syaitan..memang hati syaitan laknat,kesian budak2 jadi mangsa

Ulasan dan Kesilapan Filem ADNAN SEMPIT 2 (klik) berkata...

ish... sebab mulut nyawa binasa

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah utk arwah adk Dirang...;( napelah kejam sgt smpai nak bakar bdk yg x berslah tu..klau mrh ngn nenek ckp lah trus trg jgn smpai wat bnde bodoh..lgpon klau dah dasar penagih dadah sape yg suke...idup segan mati x mau. kat dunia kena hina apekan lg di akhirat..waahualam..

Tanpa Nama berkata...

"mengapakah kau dijadikan seorang manusia,kan lebih baik kau dijadikan seekor binatang" ditujukan buat si pembunuh tu ala2 dialog pramlee dlm citer ibu mertuaku.Al-Fatihah wat Dirang!