Menurut sumber yang enggan dikenali, sidang media tersebut turut melibatkan persatuan tempatan dan sebuah blog yang terlibat secara langsung dalam penyiaran berita tersebut.
Difahamkan, Melia Aimiellia & pemilik blog berkenaan sudah berdamai dan sidang media berkenaan diadakan untuk mewar-warkan khabar baik berkenaan.
Beberapa minggu lepas, Melia Aimiellia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin bertindak menyaman blog yang terbabit dalam sebuah akhbar. Kemudian, sebuah akhbar tabloid menayangkan video temubual bersama penulis blog terlibat bagi menjelaskan keadaan sebenar.
Kalau mengikut info yang dibaca diatas blog tersebut ialah rotikaya.com. Kalau betul, eloklah tu. Bermaaf-maafanlah.....
Pemilik Blog RotiKaya.com Beri Penjelasan Isu Gambar Bogel Melia Aimelia
Blog Rotikaya.com Disaman Wan Shades Kerana Memfitnah
Update 25/3/2012
Sejak sebulan lalu, nama aktres Melia Aimiellia hangat diperkatakan, setelah sebuah blog hiburan tempatan; menerima video bogel yang pelakunya didakwa seakan aktres Karipap-Karipap Cinta itu.
Biarpun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan wanita di dalam video bogel itu dirinya, namun kenyataan Melia seolah-olah diperbesar-besarkan. Lebih parah, apabila Melia dan keluarga disisih saudara mara serta periuk nasinya terjejas, sehingga memaksa gadis berusia 19 tahun ini membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membersihkan namanya semula.
Justeru, pada satu sidang media yang diadakan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kelmarin, Melia mengakui lega selepas Seniman telah mengeluarkan satu surat khas yang mengesahkan bahawa pelaku di dalam video tersebut bukan Melia.
Malah bagi menjernihkan keadaan, Seniman turut mengaturkan pertemuan antara wakil blog hiburan tersebut dan Melia untuk berdamai.
“Secara jujurnya, saya mengakui sedikit lega selepas pihak blog hiburan tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka pada sidang media ini. Selain itu, mereka turut membuat permohonan maaf di blog mereka.
“Biarpun mungkin ada pihak yang tertanya-tanya mengapa saya senang memaafkan mereka walaupun keluarga saya berpecah-belah dan periuk nasi saya terjejas. Namun, saya dan keluarga tetap memaafkan mereka.
“Keluarga saya juga bersetuju untuk membatalkan laporan polis dan SKMM serta menarik balik tuduhan yang dikenakan kepada blog tersebut sebelum ini,” katanya yang ditemui selepas sidang media di Saloma Bistro.
Melia berkata, dia juga berpuas hati dan berterima kasih kepada pihak Seniman yang membantu membuat siasatan sekali gus mengesahkan wanita dalam gambar dan video lucah itu bukan dirinya.
"Selepas membuat laporan polis, saya telah meminta pertolongan Seniman untuk menyiasat hal ini. Setelah mereka melakukan siasatan, pihak perundangan Seniman telah mengeluarkan surat yang mengesahkan wanita dalam gambar tersebut bukan saya.
“Saya tidak tahu, bagaimana cara siasatan mereka, tetapi saya amat berpuas hati kerana dapat membersihkan nama baik saya,” jelasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan