Sabtu, 28 April 2012

Gambar Nora Danish Pergi Umrah 2012

Di saat Jejai dan Fasha disatukan, di saat itu jugalah pelakon jelita Nora Danish berangkat menunaikan ibadah umrah. Bagaimanapun, Nora menafikan dia ke sana kerana membawa diri. 


“Nora bukan membawa diri, keputusan mengerjakan umrah kali ini dirancang sejak Februari lalu dan tiada kaitan langsung dengan majlis pernikahan mereka.

Nora Danish ketika di Airport untuk pergi Umrah
“Saya akui memang tidak menerima sebarang kad jemputan daripada mereka. Mungkin mereka tahu tarikh perkahwinan mereka sama dengan tarikh Nora berangkat menunaikan umrah dan secara jujurnya saya tidak rasa terkilan atau berkecil hati mengenainya,” jelasnya.

Apabila ditanya mengenai persiapannya untuk menunaikan ibadah umrah, Nora mengatakan kali ini dia lebih teliti kerana telah mempunyai pengalaman pertama melaksanakan umrah tahun lalu.

“Saya akan berada di sana selama 13 hari dan mengharapkan semuanya dapat dipermudahkan dan berjalan dengan lancar sehingga semuanya selesai.
Masa untuk menaiki kapal terbang untuk ke Mekah
“Sepanjang mengerjakan umrah, anak saya akan berada di bawah jagaan keluarga Jejai,” katanya.

Bertanyakan mengenai perkembangan karier lakonannya, Nora berkata, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem ‘Mencari Cinta’ arahan Shirin Khuzaimi.

Menurutnya, dalam filem tersebut dia memegang watak utama, sebagai Myra dan bergandingan bersama pelakon berpengalaman, Rusdi Ramli.
Nora Danish pergi Umrah ditemani ibunya
Nora Danish bergambar dihadapan masjid
“Saya beruntung kerana diberi kepercayaan memegang watak utama dalam filem ini dan pada masa yang sama turut digandingkan dengan pelakon yang cukup berpengalaman.

“Setelah pulang dari umrah pula, saya akan mula melakukan sesi penggambaran untuk sebuah telefilem bersama Media Prima dan Alhamdulillah, rezeki dalam bidang lakonan tidak pernah putus,” katanya yang turut berterima kasih di atas sokongan padu yang diberikan peminat.

Gambar Mesra Nora Danish & Adi Putra Di Mekah Tunai Umrah


Tiada ulasan: