Khamis, 17 Mei 2012

Ady Putra Failkan Permohonan Cerai Terhadap Isterinya Aida Yusof

Lumrah hidup sebagai seorang artis, kalau tak tahan godaan pasti bermacam dugaan. Ramai juga kes penceraian artis sekarang ini seperti Jimmy, Rita Rudaini dan terbaru pelakon Ady Putra.

Ady Putra kini dalam proses perceraian dengan isterinya, Aida Yusof.
Permohonan perceraian itu disahkan oleh pelakon itu sendiri di Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur pada 11 Mei 2012. Ady tidak mahu bercerita lanjut mengenai perkara itu kerana bimbang ia akan mengaibkan orang lain.

Perpisahan tersebut bukan mengenai isu tidak mendapat anak sepanjang perkahwinan atau pun ada orang ketiga tetapi masalah dalaman suami isteri.

Update
“Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya,” kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof. 

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu. Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman. 

“Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain,” katanya. Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

“Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami,” katanya.
Adi Putra Tarik Balik Permohonan Cerai

3 ulasan:

fieda berkata...

la pulak...ermmm...

Nyue berkata...

Apakah ini, sebelum nie bahagia jer...hrmm

adianiez AIDA berkata...

org ensem, bila da glamer, gini la :) hi hi